Semalam 1 Januari 2010, Deb(Mama) terbang ke Seoul, Korea, sempena Symposium 2010-Journal of Accounting and Economics (JCAE). Perjalanan kali ini agak panjang iaitu dari Wellington-Auckland-KLIA-Seoul. Mama transit 3 jam di KLIA sebelum bertolak ke Seoul. Saya dan anak-anak ucapkan syabas pada Mama kerana menjadi pleanary speaker untuk salah satu sesi bagi symposium ini. Alhamdulillah, syukur kepada Allah swt atas anugerahNya. Allah makbulkan doa dan usaha gigih mama kerana bukan semua 'research paper' diterima untuk perbentangan di JCAE. Bilangan pembentangan juga adalah sangat terhad. Kami sekeluarga doakan keselamatan dan kejayaan mama.
Bye Bye Mama, jangan lupa beli tau ..
Pihak pengajur (JCAE) juga membiayai kos perjalanan mama, ditambah pula peruntukan dari pihak SACL, VUW. Selepas habis symposium ini, mama akan meyertai Doctoral Consortium yang dikendalikan oleh Katherine Schipper, Dan Simunic dan Ross Watts. Kepada Papa, kenalah usaha lebih kuat lagi supaya boleh cemerlang macam mama. hu hu.
Selepas habis program ini, barulah mama akan pergi bercuti sambil ber'shopping'. Mengikut telahan, mama akan banyak menumpukan masa di Dongdaemun Market. He he..
Kalau nak beli Brooch, kena ke Namdaemun Market. Dongdaemun tak de jual korean brooch.
ReplyDeleteTerima kasih, nanti saya akan sampaikan pada Deb.
ReplyDeleteDah pergi shopping souveniers kat Dotta di Dongdaemun.. nanti nak pergi Namdaemun beli brooch.. :)
ReplyDelete