YM Raja Omar adalah salah seorang pendorong kuat mengapa saya menjadi seorang pensyarah. Di kala saya berada di persimpangan samada untuk menerima atau menolak tawaran "Young Lecturer Scheme" dari UiTM, majoriti dari rakan-rakan dan pensyarah-pensyarah mengatakan saya mempunyai masa depan yang sangat cerah jika saya 'practice' dalam bidang ini. Hanya emak saya dan YM Raja Omar yang bertegas supaya saya memilih jalan ini. Saya agak keliru, namun akhirnya memilih jalan ini.
Saya berasal dari kampung. Saya bertuah kerana ada pensyarah yang begitu komited dalam menjadikan kami manusia yang berguna. YM Raja Omar selalu memberikan nasihat bukan sahaja dalam subjek perakaunan, malah yang penting lagi dalam soal-soal kehidupan. Beliau seringkali memantau perkembangan akademik saya dan rakan-rakan yang lain. Bayangkan beliau sentiasa mengajar saya sepanjang pengajian di peringkat Diploma, iaitu FAC 100 (Part 1), FAC 150 (Part 2), FAC 200 (Part 3), FAC 250 (Part 4), TAX 320 (Part 5), FAC 350 (Part 6).
Seringkali beliau muncul di tengah-tengah malam. Beliau datang menziarah kami di Hostel UiTM untuk memantau kami. Adakalanya kami sedang menelaah pelajaran, dan adakala sedang dibuai mimpi. Hubungan kami dan beliau sebenarnya melangkaui hubungan pelajar dan pensyarah. Beliau sebenarnya bagaikan ayahanda kepada kami semua.
Kepada YM Raja Omar, saya ucapkan ribuan terima kasih atas tunjuk ajar dan didikan. Saya doakan YM sentiasa sihat dan dalam keadaan baik. Amin Ya Allah,
Jasa dan pengorbanan YM tetap dalam ingatan , KA ,hope you will be the next "YM Raja Omar" demi kejayaan anak2 bangsa kita ,insyaallah
ReplyDelete