Kami semua (kecuali Najmi) jatuh sakit sebaik sahaja pulang dari Levin. Mungkin cuaca agak panas pada hari tersebut. Pada hari Ahad keadaan menjadi agak parah. Ainul dan Imran tidak mahu makan atau minum. Saya kemudiannya membawa mereka ke After Hours Medical Centre di Lower Hutt. Pada hari ini, Selasa, keadaan bertambah baik. Mereka sudah mahu makan dan minum. PSP dan Nintendo DS sudah mula beroperasi. Itulah petanda mereka telah kembali sihat.
Tiga hari (Ahad-Selasa) terasa begitu panjang sekali. Menjaga anak yang sakit ditambah dengan diri sendiri juga sakit adalah satu cabaran yang sangat besar. Saya berdoa kepada Allah agar diberikan kesihatan yang baik. Sudah menjadi lumrah manusia, saya lupa dengan nikmat yang berikan oleh Pencipta. Apabila nikmat tersebut telah ditarik oleh Nya, barulah saya meminta-minta dan berdoa kepada Nya. Saya mohon ampun ke hadrat Allah swt. Masukkanlah kami dalam golongan hamba mu yang sentiasa bersyukur.
Saya rahsiakan kesihatan kami dari Deb (Mama). Saya tidak mengganggu konsentrasi beliau yang kini berada di Malaysia. Namun rahsia itu tidak kekal lama. Ia dibocorkan oleh Imran pagi tadi, apabila Mama (Deb) membuat panggilan ke NZ. Itulah hubungan istimewa antara anak dan ibu. Anak-anak ini akan sentiasa mengadu dengan ibu mereka dan tidak berbohong sama sekali.
No comments:
Post a Comment