Saya teringat kembali kenangan minggu pertama berada di Wellington. Saya dan Deb pergi ke Halal Butcher, di Riddiford Street, Newtown. Tiba-tiba kami terserempak dengan seorang wanita rakyat Malaysia. Orangnya berumur, memakai baju kurung dan sedang sibuk membeli daging. Dia menyapa kami dan bertanya beberapa soalan ‘basic’ . Di akhir perbualan kami memperkenalkan diri kami, dan kemudiannya bertanya “Apa nama puan?”. Dia tersenyum-senyum, seperti malu kucing, sambil berkata, “Tak apalah, nanti you akan tahu siapa saya”. Saya dan Deb ditinggalkan terpinga-pinga oleh beliau. Mungkin beliau orang yang mempunyai gelaran.
Title atau gelaran merupakan sebahagian dari budaya dan cara hidup masyarakat Malaysia. Macam-macam gelaran ada seperti Encik, Cik, Tuan, Puan, Tuan Haji, Puan Hajjah, Datuk, Datin, Dato Seri, Datin Seri, Tan Sri, ?, Tun, ?. Dalam dunia akademik Malaysia pun ada Dr., Prof. Madya, Professor dan sebagainya. Masing-masing membawa maksud yang berbeza. Semua gelaran ini adalah untuk membezakan satu kumpulan manusia dengan satu kumpulan yang lain.
Apabila berada di luar negara, ‘gelaran-gelaran’ seperti ini tidakldiagungkan seperti di Malaysia. Contohnya terdekat ialah kedua-dua supervisor kami, semua ahli fakulti memanggil mereka sebagai Tony dan Keitha sahaja. Pada mulanya kami agak janggal juga, tapi lama-lama sudah menjadi kebiasaan. Kalau di Malaysia, pemanggil mungkin akan di’sound’ kerana tidak 'reti' hormat pada orang yang ber’gelaran’ tersebut. Silap haribulan, gelaplah kerjaya dan masa depan budak itu.
Secara peribadi, saya hormat orang yang mempunyai gelaran-gelaran tersebut. Namun, ia bukanlah boleh dipaksa-paksa. Penghormatan sebenar lahir dari hati nurani manusia itu sendiri. Manusia dihormati kerana keperibadiannya, kerana ilmunya, kerana umurnya, kerana jasanya, kerana alimnya, kerana. kerana. kerana. tapi bukan Bukan Kerana Beberapa Keping Pingat Logam dalam simpanannya. Kepada mereka yang taksub dengan gelaran-gelaran tersebut, saya cadangkan agar jangan lupa untuk berpesan kepada anak-anak supaya arahkan Pembaca talkin turut menyebut Pingat-Pingat Logam anda.
hurmmm.. setuju 100 %.. Khairul, panggil saya Anija saja.. hehehe..
ReplyDeletesetuju. kalau kita diingati kerana amal ibadat dan ketakwaan, harap dpt menjadi bekal ke alam akhirat. great people fade with time but good ones stay in our heart.
ReplyDeletesetuju. kalau kita diingati kerana amal ibadat dan ketakwaan, harap dpt menjadi bekal ke alam akhirat. great people fade with time but good ones stay in our heart.
ReplyDeletepanggilan utk isteri Tan Sri ialah Puan Sri, panggilan utk isteri Tun ialah Toh Puan, panggilan utk isteri Dato' ialah Nenek
ReplyDeleteTerima kasih atas tambahan/pendapat
ReplyDelete