Tuesday, January 5, 2010

Kanak-kanak & Persahabatan

Semalam, Najmi menerima kunjungan terakhir dari Nabhan. Nabhan akan pulang ke Malaysia kerana ayahnya, Mizan telah menamatkan pengajian di peringkat PhD. Dia akhir kunjungan tersebut, barulah saya maklumkan kepada Najmi bahawa Nabhan akan pulang ke Malaysia. Najmi terduduk - sedih dan dan begitu kecewa. Dia terus ke komputer dan ber'pura-pura' bermain game di internet untuk melindungi perasaannya. Najmi rasa kehilangan.

Najmi & Nabhan

Persahabatan antara kanak-kanak amat berbeza dengan persahabatan orang dewasa. Ianya suatu yang sangat mudah. Kanak-kanak bersahabat tanpa melihat warna kulit, bangsa, bahasa, harta dan sebagainya. Bagi mereka persahabatan adalah suatu proses sponton mengikut fitrah dan naluri. Mereka berkawan, bergaduh, dan esoknya berkawan kembali. Tiada dengki atau hasad dalam persahabatan kanak-kanak.

Jauh berbeza dengan orang dewasa yang menjadikan persahabatan suatu yang begitu kompleks. Kadangkala, orang dewasa bersahabat kerana 'bulu', fahaman politik, peluang perniagaan, peluang kerjaya, dan apa-apa sahaja yang menguntungkan. Bilamana tiada lagi keperluan yang menguntungkan, maka persahabatan tidak lagi perlu dijalinkan. Malah selisih di tepi jalan pun buat tak nampak. Namun itu sudah cukup baik. Ada setengahnya akan diakhiri dengan cercaan, kejian dan aksi tikam belakang yang begitu kejam dan amat mengerikan.

2 comments:

  1. I couldn't agree more. Sebab tu kadang2 rasa mcm nak balik jadi kanak2 semula...hehehe.

    ReplyDelete
  2. Hi Akma,


    We attended QARN Consortium held at AU Business School, but you were not there. Grace told me that you went to Las Vegas.

    ReplyDelete