Sunday, January 17, 2010

Hari Terakhir

Semalam ialah hari terakhir "4-week holiday program" anjuran Masjid Lower Hutt sempena cuti sekolah. Najmi dan rakannya Ishraf dan Wafi telah bersama-sama belajar di Masjid sejak dari Zohor hingga Asar, dan semalam mereka merayakan majlis penutupnya. Selepas asar ada jamuan makan dan penyampaian hadiah. Anak-anak ini gembira selepas menamatkan program ini, walaupun pada mulanya agak 'liat' untuk menyertainya. Pada masa itulah bapa kena bertegas.

Semalam juga ialah hari terakhir mama di Malaysia. Mama pulang semula ke NZ malam tadi dan InsyaAllah akan sampai pada petang ini. Jauh sungguh Mama travel, iaitu Wellington-Auckland-KLIA-Seoul-KLIA-Auckland-Wellington. Alhamdulillah Mama selesai dengan janyanya segala urusan di Seoul dan sempat transit di Malaysia selama seminggu. Kepada Mama, Selamat Pulang Ke Wellington. We miss you very much.. huhu

2 comments:

  1. Bagusnya Abg Najmi :-)

    ReplyDelete
  2. Kak Na,

    Najmi makan nasi tu tambah lagi tu. Nasib baik Masjid dekat rumah ni selalu juga buat program untuk anak-anak. Jika tidak rugi juga rasanya berbanding dengan kanak-kanak di Malaysia.

    ReplyDelete