Thursday, January 14, 2010

Nafsu... Tidak Pernah Puas

Gaji pertama adalah suatu yang istimewa dalam hidup setiap individu. Dalam budaya masyarakat Malaysia, terutamanya bangsa Melayu, gaji pertama akan dihabiskan untuk memberi ibu-bapa, adik-beradik dan saudara-mara. Mungkin jika ada berbaki, kawan-kawan rumah bujang pun turut dapat merasa. Baguslah jika begitu. Yang menjadi kisah sedihnya jika ia menjadi pemberian terakhir dari seorang anak kepada ibu-bapanya.

Saya ingin berpesan-pesan kepada semua pelajar yang sudah bekerja ataupun akan berkerja tidak lama lagi. Janganlah sekadar memberi gaji pertama sahaja kepada ibu-bapa anda. Berilah sejumlah wang yang tetap kepada mereka setiap bulan. Ambil 5%-10% dari gaji untuk buat 'standing order' atau 'direct debit' dari akaun gaji tersebut kepada ibu-bapa yang banyak berkorban untuk kejayaan anda hari ini. Ingatlah pengorbanan dan kasih sayang ibu dalam membesarkan anda.

Saya yakin ada segelintir yang hanya akan memberi jika adalah lebihan (balance) dari gaji setelah ditolak segala perbelanjaan. Tetapi percayalah, wang tersebut tidak akan ada lebihnya kerana tiada keberkatan di situ. Nafsu kita tidak pernah puas. Dari satu handphone ke satu handphone yang lain, dari satu kereta ke kereta yang lain, dari satu perabut ke perabut yang lain. Akhirnya, setelah berpendapatan RM4,000-5,000 pun tidak cukup juga untuk memberi sedikit kepada ibu-bapa yang dikasihi.

7 comments:

  1. Alhamdulillah..start saya mula kije (mula kije part time lepas abis sekolah)sampai now saya x pernah fail bagi duit pada mak...and jumlah makin bertambah ikut naik gaji saya gak..alhamdulillahh

    ReplyDelete
  2. Syabas Shaeiddah

    Alhamdulilaah saya gembira mendengar. Sejuk perut yang mengandungkan you.

    ReplyDelete
  3. Salam Khairul.

    Saya pun nak ungkapkan nasihat yang sama pada kawan-kawan dan pelajar-pelajar namun tak terucap. Terima kasih atas entri ini.

    ReplyDelete
  4. em...saya sngt suke post ini.Sehingga hati saya begitu tersentuh.

    alhamdulillah...bermula gaji pertama hingga skg, sy masih tidak 'mis' memberi wang bulanan untuk mak ngn ayah. Walaupun saya tahu, jumlah itu tak setimpal dgn apa yg mereka berikankan kpd sya.

    harap, 1 day bile gaji saya dah betol mampu, sy dapat berikan pembantu rumah n jururawat plak utk mereka..;-)

    ReplyDelete
  5. En. Halim,
    Terima kasih atas sokongan

    Pojie,
    Saya bangga mempunyai student macam you, Teruskanlah perkara ini.

    ReplyDelete
  6. salam..
    saya suka baca blog ni. post yg ni fave saya. saya blom keje tp kalau dah b'keje sy pasti akan igt pesanan ni.
    :)

    ReplyDelete
  7. salam..membaca coretan ni mengingatkan saya kpd Puan Norhayati bt Alias (UiTM Segamat)kerana beliau juga pernah berpesan kepada kami perkara yg sama.Terima kasih kpd guru2 & pensyarah2 saya yg sentiasa mengingatkan t/jwb kami kpd org tua. Guru laksana matahari..dirinya terang benderang di samping menerangi pula org lain...

    ReplyDelete