Yang menariknya, persiapan untuk kembali ke sekolah di sini adalah tersangat mudah. Bagi anak-anak kami yang berada di Primary School, tiada school uniform. Pakailah apa sahaja pakaian yang bersesuaian. Kami hanya perlu membeli buku tulis, balutkannya dan hantar ke sekolah. Kertas pembalut pun bermacam-macam warna dan rekabentukj. Tidak perlu guna pembalut lutsinar yang standard atau seragam. Terpulanglah kepada citarasa dan kreativiti masing-masing. Anak-anak bebas memilih.
Buku trulis Najmi-Transformers
Berkaitan dengan Yuran sekolah, ia adalah percuma kepada semua anak pelajar PhD aatau pemegang working visa. Oleh itu, kami tidak perlu bayar apa-apa yuran. Cuma ibu bapa digalakkan memberikan 'donation' kepada sekolah. Kadar donation berbeza-beza mengikut decile rating, yang ditentukan mengikut lokasi, dan tahap sosio ekonomi pelajar. Untuk sekolah mereka, donation adalah sebanyak NZD 80 setahun. Memandangkan Najmi akan membayar donation tersebut, Ainul dan Imran diberikan pengecualian. Alhamdulillah, kami bersyukur kepada Allah dengan kemudahan persekolahan anak-anak kami di sini.
Kisah hidup pelajar PhD Malaysia di NZ beberapa tahun yang lepas benar-benar menginsafkan kami. Pada waktu itu, tiada pengecualian yuran diberikan. Ada yang terpaksa 'bergolok-bergadai' untuk membayar yuran sekolah anak-anak. Kalau tak silap yuran sekolah untuk international student dalam lingkungan NZD 6k-8k. Pernah diceritakan kisah, anak pelajar Malaysia yang dihalau keluar dari sekolah kerana ibu-bapa tidak mampu memjelaskan bil sekolah yang tertunggak. Yang lagi sedihnya bila diadukan kepada pegawai 4!(@M yang bertanggungjawab, maka respon pegawai tersebut ialah "Kalau dah tahu tak mampu, buat apa datang ke sini untuk belajar". Begitu mudah jawapan mereka yang berada ditampuk kuasa.
No comments:
Post a Comment