Sunday, January 31, 2010

Apam Balik

Semalam, dengan penuh rasa gembira dan excited (teruja), saya memberitahu Najmi, Ainul dan Imran, bahawa Mama sedang memasak makanan kegemaran saya ketika saya seusia mereka. Mereka bertanya, “apa dia?”. Saya menjawab, “waffle with roasted peanut and corn @ Apam Balik”. Mereka menanti dengan penuh kesabaran. Mereka tertanya-tanya bagaimanalah rasanya makanan kegemaran papa mereka.


Apam Balik versi NZ

Apabila “Apam Balik” tersebut siap, mereka terus mencubanya. Ainul nampaknya suka dengan apam balik tersebut. Manakala, Najmi dan Imran kelihatan tidak berahi langsung. Ahh!! saya tersedar. Mereka adalah generasi yang berbeza. KFC, McDonald, dan Pizza telah memenangi selera generasi baru ini. Permainan “Polis Sentri” mungkin tidak menarik berbanding dengan permainan elektronik mereka. Terjun di ‘swimming pool’ juga mungkin lebih menyeronokkan berbanding dengan berendam di sungai. Tanpa disedari, panggilan “Papa” dan “Mama” perlahan-lahan menggantikan “Ayah” dan “Ibu”. [hmm.. saya juga menyumbang kepada perkara ini]

3 comments:

  1. wowwie, looks yummy :-)

    ReplyDelete
  2. Salam. Nuar mohon jasa baik dari Deb...aku nak resepi apam balik ni..leh tak?favourite aku tapi tak tau masak..he..he..

    ReplyDelete
  3. Salam,

    resipi nyer di ambil di sini... :)
    http://www.myresipi.com/top/detail/3221

    ReplyDelete