Penyelia merupakan insan penting dalam pengajian PhD. Kami berdua berkongsi penyelia yang sama, iaitu Tony dan Keitha. Kedua-duanya dalah "Full Professor" dalam bidang financial reporting dan corporate governance. Hubungan kami dengan mereka agak 'formal', iaitu hubungan antara supervisor-supervisee. Kami bertemu sekali setiap 2 minggu, selama sejam seorang. Pada hari lain, kami bebas dan merdeka. Setiap kali mereka mencadangkan tarikh 'meeting', kami akan menerimanya tanpa sebarang masalah. Any time, any day, is okay for us. Kami dengan sukacita membatalkan segala program dan perjanjian lain untuk meeting tersebut. Bak kata pepatah, "Superviors come first"
Penyelia-penyelia kami memberikan kebebasan penuh kepada kami dalam menjalankan penyelidikan pada hari yang lain. Kami boleh memilih untuk berada di office, library, atau rumah untuk hari-hari tersebut. Mereka tidak kisah dan tidak peduli, yang penting bagi mereka ialah masa 'meeting' mesti bersedia dan ada progress. Mereka amat faham bahawa kami berdua mempunyai tugas menjaga 3 anak selain dari pengajian PhD ini.
Ada rakan yang lain mempunyai hubungan yang istimewa dengan penyelia. Seorang sahabat [ + wife dan anak-anak] menerima jemputan istimewa untuk makan malam di rumah Supervisor. Terpaksa menerangkan pasal makanan halal dan haram kepada Supervisor. Ada juga pelajar yang dipantau setiap jam ala-ala banduan. Kedatangan pelajar diambil 4 kali sehari. Semuanya menerima rezeki dan bahagian masing-masing. Bagi kami, alhamdulillah kami bersyukur dengan hubungan 'formal' kami dan kebebasan yang diberikan.
Ok gak..saya berjumpa SV hampir 6 bulan sekali, Mula-mula paling kerap pun sebulan sekali, lepas kami kena jalan sendiri. Tapi supervisor suka kalau kami ada kat lab, kalau dia free, dia akan dtg lab, dan kalau kami ada masalah, boleh terus tanya. Tapi alhamdulliah, semua ok. Saya rasa ok sebab setiap 6 bulan itu, saya kena tulis 1 chapter. Skrg ini, dah nak submit, mungkin 2/3 kali lagi perjumpaan dengan penyelia sebelum submit. Thanks
ReplyDeleteYatiB,
ReplyDeleteBagus, Tahniah dan Alhamdulillah atas progress. Semoga dipermudahkan segala urusan oleh NYA.