Syukur kepada Allah swt kerana mempertemukan kami sekeluarga semula. Penerbangan Auckland-Wellington mendarat tiba jam 4.30 petang. Kami semua telah sedia menanti kepulangan mama. Sejak pagi lagi anak-anak sudah ternanti-nanti kepulangan ibu mereka yang tersayang. Perpisahan lebih 2 minggu benar-benar menyentuh hati mereka [... dan hati saya juga]. Perpisahan kali ini telah meng’refresh’ kembali percintaan dan kasih sayang kami sekeluarga.
Ainul memeluk Mama, Najmi tempat ke 2, Imran tempat ke 3
Najmi membiarkan Imran dan Ainul memeluk Mama dahulu
Anak-anak yang merindui Ibunya
Hadiah-hadiah yang mama belikan
Najmi, Ainul dan Imran memeluk erat Mama mereka. Najmi lebih banyak memendamkan rasa. Mungkin dia sudah besar dan sudah pandai menyembunyikan perasaannya. Jauh di hati kecilnya, dia juga benar-benar merindui Mama. Berbeza dengan Ainul dan Imran, yang selalu menzahirkan kerinduan mereka. Itulah hubungan istimewa antara anak dan ibu. Bila melihat hubungan istimewa ini, saya menyedari bahawa ibu sebenarnya mempunyai tempat yang begitu istimewa di hati anak berbanding dengan bapa [... saya selalu sangkakan anak-anak ini lebih rapat dengan saya]. Pada hari ini saya mengakuinya.
Salam Khairul,
ReplyDeletePapa pun macam Najmi juga (maaf bergurau). Semoga bahagia selalu.
Alhamdulillah dah selamat sampai.. siap ada banner utk mama tue.. Cik Na pulak dah rindu kt mama, my shopping partner, hehe :-)
ReplyDeleteHepi la Imran,Ainul n Imran bila mama dh balik...terharu pulak bila tengok adegan ibu dan anak2 berpelukan...haihhhh tiba2 rindu kat mak jugakkkkk
ReplyDelete