Apabila “Apam Balik” tersebut siap, mereka terus mencubanya. Ainul nampaknya suka dengan apam balik tersebut. Manakala, Najmi dan Imran kelihatan tidak berahi langsung. Ahh!! saya tersedar. Mereka adalah generasi yang berbeza. KFC, McDonald, dan Pizza telah memenangi selera generasi baru ini. Permainan “Polis Sentri” mungkin tidak menarik berbanding dengan permainan elektronik mereka. Terjun di ‘swimming pool’ juga mungkin lebih menyeronokkan berbanding dengan berendam di sungai. Tanpa disedari, panggilan “Papa” dan “Mama” perlahan-lahan menggantikan “Ayah” dan “Ibu”. [hmm.. saya juga menyumbang kepada perkara ini]
Sunday, January 31, 2010
Apam Balik
Friday, January 29, 2010
Makanan Halal vs. Rezeki Halal
Semua muslim amat prihatin dengan makanan yang halal. Tiada siapa sanggup menelan makanan yang mengandungi babi, arak, dan makanan haram yang lain. Apabila berada di luar negara, semua menjadi lebih prihatin kerana banyak makanan yang tidak halal. Maka, semua kandungan makanan disemak dengan teliti. Pelbagai rujukan dilakukan sebelum memakan sesuatu makanan. Tindakan ini amatlah baik, perlu dipuji dan dicontohi. Mencari dan memastikan makanan yang halal adalah kefardhuan bagi setiap muslim.
Makanan Halal vs. Rezeki Halal
Semua muslim amat prihatin dengan makanan yang halal. Tiada siapa sanggup menelan makanan yang mengandungi babi, arak, dan makanan haram yang lain. Apabila berada di luar negara, semua menjadi lebih prihatin kerana banyak makanan yang tidak halal. Maka, semua kandungan makanan disemak dengan teliti. Pelbagai rujukan dilakukan sebelum memakan sesuatu makanan. Tindakan ini amatlah baik, perlu dipuji dan dicontohi. Mencari dan memastikan makanan yang halal adalah kefardhuan bagi setiap muslim.
Di sebalik isu tentang mencari makanan halal, ada kisah pelik lagi ajaib yang ingin dikongsikan. Baru-baru ini kami berkenalan dengan seorang kenalan yang sangat prihatin dengan isu makanan halal. ini Pakaiannya sendiri sudah cukup melambangkan ketakwaan dan keimanan yang tinggi kepada Allah swt. Namun rasa hormat kami lenyap sekelip mata, apabila mengetahui beliau membuat tuntutan palsu atas kos penginapan dan perjalanannya. Kenalan tersebut tewas dalam ketamakan mengumpulkan harta dunia. Beliau keliru antara makanan yang halal dan rezeki yang halal.
Marilah kita sama-sama berdoa kepada Allah swt agar diberikan rezeki yang halal lagi berkat. Ya Allah Ya Tuhanku, Jauhkanlah kami dari rezeki yang haram dan syubhah. Jauhkanlah kami rezeki yang datang dari sumber rasuah, riba, penipuan, penganayaian dan apa-apa jenis rezeki yang haram, iaitu yang akan menyumbat kami ke neraka mu. Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim, kurniakan rezeki yang halal, lagi berkat kepada kami, kepada keluarga kami, kepada keturunan kami dan kepada seluruh umat muslimin dan muslimat. Amin Ya Allah.
Wednesday, January 27, 2010
Selamat Hari Lahir Mak (Opah)
Selamat Hari lahir kami ucapkan kepada Mak (Opah). Terima kasih kerana mendidik dan membesarkan kami menjadi insan berguna. Kami berdoa agar Allah swt, agar mengurnaiakan kesihatan dan kebaikan kepada Mak (Opah). We love you very much.
Monday, January 25, 2010
Persiapan Untuk Ke Sekolah
Yang menariknya, persiapan untuk kembali ke sekolah di sini adalah tersangat mudah. Bagi anak-anak kami yang berada di Primary School, tiada school uniform. Pakailah apa sahaja pakaian yang bersesuaian. Kami hanya perlu membeli buku tulis, balutkannya dan hantar ke sekolah. Kertas pembalut pun bermacam-macam warna dan rekabentukj. Tidak perlu guna pembalut lutsinar yang standard atau seragam. Terpulanglah kepada citarasa dan kreativiti masing-masing. Anak-anak bebas memilih.
Buku trulis Najmi-Transformers
Berkaitan dengan Yuran sekolah, ia adalah percuma kepada semua anak pelajar PhD aatau pemegang working visa. Oleh itu, kami tidak perlu bayar apa-apa yuran. Cuma ibu bapa digalakkan memberikan 'donation' kepada sekolah. Kadar donation berbeza-beza mengikut decile rating, yang ditentukan mengikut lokasi, dan tahap sosio ekonomi pelajar. Untuk sekolah mereka, donation adalah sebanyak NZD 80 setahun. Memandangkan Najmi akan membayar donation tersebut, Ainul dan Imran diberikan pengecualian. Alhamdulillah, kami bersyukur kepada Allah dengan kemudahan persekolahan anak-anak kami di sini.
Kisah hidup pelajar PhD Malaysia di NZ beberapa tahun yang lepas benar-benar menginsafkan kami. Pada waktu itu, tiada pengecualian yuran diberikan. Ada yang terpaksa 'bergolok-bergadai' untuk membayar yuran sekolah anak-anak. Kalau tak silap yuran sekolah untuk international student dalam lingkungan NZD 6k-8k. Pernah diceritakan kisah, anak pelajar Malaysia yang dihalau keluar dari sekolah kerana ibu-bapa tidak mampu memjelaskan bil sekolah yang tertunggak. Yang lagi sedihnya bila diadukan kepada pegawai 4!(@M yang bertanggungjawab, maka respon pegawai tersebut ialah "Kalau dah tahu tak mampu, buat apa datang ke sini untuk belajar". Begitu mudah jawapan mereka yang berada ditampuk kuasa.
Thursday, January 21, 2010
Pulut & Pisang
Saya lebih suka pulut bersama daging rendang
Alhamdulillah, sentiasa ada orang bermurah hati untuk bersedekah pulut dan pisang di Masjid kampung saya. Kadangkala, ada pelbagai jenis pulut seperti pulut inti kelapa, pulut inti daging rendang, pulut sambal ikan bilis, pulut telur telur dadar, dan macam-macam lagi. Jika tiada orang sedekah minggu tersebut, maka kami semua makan pisang sahajalah pada hari jumaat itu. huhu.. Entah kenapa, makan di masjid ini lebih menyelerakan berbanding dengan makan di rumah. Mungkin kerana makan bersama-sama dengan kawan-kawan atau mungkinkah kerana ianya percuma.
Selepas puas makan pisang dan pulut, barulah kami beramai-ramai masuk ke masjid untuk beriktikaf dan kemudiannya bersembahyang jumaat. Pisang dan pulut tersebut telah berjaya memotivasikan kanak-kanak seperti kami untuk datang awal ke Masjid ..hehe. [...nasihat saya: datanglah awal ke masjid kerana Allah, iaitu untuk beriktikaf, bukan kerana pisang atau pulut]
Namun di akhir zaman ini, saya jadi hairan dan pelik. Ada segelintir manusia yang pergi ke Masjid tapi hanya lepak di bawah pokok berhampiran Masjid. Sebaik sahaja Imam memberikan salam, mereka pun bergegas pulang. Mungkinkah mereka menyembah pokok ? Bagi kaum ibu, mereka sudah lali melihat senario ini ketika menunggu anak lelaki mereka.
Wednesday, January 20, 2010
Hubungan Dengan Penyelia
Penyelia merupakan insan penting dalam pengajian PhD. Kami berdua berkongsi penyelia yang sama, iaitu Tony dan Keitha. Kedua-duanya dalah "Full Professor" dalam bidang financial reporting dan corporate governance. Hubungan kami dengan mereka agak 'formal', iaitu hubungan antara supervisor-supervisee. Kami bertemu sekali setiap 2 minggu, selama sejam seorang. Pada hari lain, kami bebas dan merdeka. Setiap kali mereka mencadangkan tarikh 'meeting', kami akan menerimanya tanpa sebarang masalah. Any time, any day, is okay for us. Kami dengan sukacita membatalkan segala program dan perjanjian lain untuk meeting tersebut. Bak kata pepatah, "Superviors come first"
Penyelia-penyelia kami memberikan kebebasan penuh kepada kami dalam menjalankan penyelidikan pada hari yang lain. Kami boleh memilih untuk berada di office, library, atau rumah untuk hari-hari tersebut. Mereka tidak kisah dan tidak peduli, yang penting bagi mereka ialah masa 'meeting' mesti bersedia dan ada progress. Mereka amat faham bahawa kami berdua mempunyai tugas menjaga 3 anak selain dari pengajian PhD ini.
Ada rakan yang lain mempunyai hubungan yang istimewa dengan penyelia. Seorang sahabat [ + wife dan anak-anak] menerima jemputan istimewa untuk makan malam di rumah Supervisor. Terpaksa menerangkan pasal makanan halal dan haram kepada Supervisor. Ada juga pelajar yang dipantau setiap jam ala-ala banduan. Kedatangan pelajar diambil 4 kali sehari. Semuanya menerima rezeki dan bahagian masing-masing. Bagi kami, alhamdulillah kami bersyukur dengan hubungan 'formal' kami dan kebebasan yang diberikan.
Monday, January 18, 2010
Ketibaan Ibu Tersayang
Anak-anak yang merindui Ibunya
Najmi, Ainul dan Imran memeluk erat Mama mereka. Najmi lebih banyak memendamkan rasa. Mungkin dia sudah besar dan sudah pandai menyembunyikan perasaannya. Jauh di hati kecilnya, dia juga benar-benar merindui Mama. Berbeza dengan Ainul dan Imran, yang selalu menzahirkan kerinduan mereka. Itulah hubungan istimewa antara anak dan ibu. Bila melihat hubungan istimewa ini, saya menyedari bahawa ibu sebenarnya mempunyai tempat yang begitu istimewa di hati anak berbanding dengan bapa [... saya selalu sangkakan anak-anak ini lebih rapat dengan saya]. Pada hari ini saya mengakuinya.
Sunday, January 17, 2010
Hari Terakhir
Thursday, January 14, 2010
Nafsu... Tidak Pernah Puas
Gaji pertama adalah suatu yang istimewa dalam hidup setiap individu. Dalam budaya masyarakat Malaysia, terutamanya bangsa Melayu, gaji pertama akan dihabiskan untuk memberi ibu-bapa, adik-beradik dan saudara-mara. Mungkin jika ada berbaki, kawan-kawan rumah bujang pun turut dapat merasa. Baguslah jika begitu. Yang menjadi kisah sedihnya jika ia menjadi pemberian terakhir dari seorang anak kepada ibu-bapanya.
Saya ingin berpesan-pesan kepada semua pelajar yang sudah bekerja ataupun akan berkerja tidak lama lagi. Janganlah sekadar memberi gaji pertama sahaja kepada ibu-bapa anda. Berilah sejumlah wang yang tetap kepada mereka setiap bulan. Ambil 5%-10% dari gaji untuk buat 'standing order' atau 'direct debit' dari akaun gaji tersebut kepada ibu-bapa yang banyak berkorban untuk kejayaan anda hari ini. Ingatlah pengorbanan dan kasih sayang ibu dalam membesarkan anda.
Saya yakin ada segelintir yang hanya akan memberi jika adalah lebihan (balance) dari gaji setelah ditolak segala perbelanjaan. Tetapi percayalah, wang tersebut tidak akan ada lebihnya kerana tiada keberkatan di situ. Nafsu kita tidak pernah puas. Dari satu handphone ke satu handphone yang lain, dari satu kereta ke kereta yang lain, dari satu perabut ke perabut yang lain. Akhirnya, setelah berpendapatan RM4,000-5,000 pun tidak cukup juga untuk memberi sedikit kepada ibu-bapa yang dikasihi.
Wednesday, January 13, 2010
Nasihat Soal Hidup
YM Raja Omar adalah salah seorang pendorong kuat mengapa saya menjadi seorang pensyarah. Di kala saya berada di persimpangan samada untuk menerima atau menolak tawaran "Young Lecturer Scheme" dari UiTM, majoriti dari rakan-rakan dan pensyarah-pensyarah mengatakan saya mempunyai masa depan yang sangat cerah jika saya 'practice' dalam bidang ini. Hanya emak saya dan YM Raja Omar yang bertegas supaya saya memilih jalan ini. Saya agak keliru, namun akhirnya memilih jalan ini.
Saya berasal dari kampung. Saya bertuah kerana ada pensyarah yang begitu komited dalam menjadikan kami manusia yang berguna. YM Raja Omar selalu memberikan nasihat bukan sahaja dalam subjek perakaunan, malah yang penting lagi dalam soal-soal kehidupan. Beliau seringkali memantau perkembangan akademik saya dan rakan-rakan yang lain. Bayangkan beliau sentiasa mengajar saya sepanjang pengajian di peringkat Diploma, iaitu FAC 100 (Part 1), FAC 150 (Part 2), FAC 200 (Part 3), FAC 250 (Part 4), TAX 320 (Part 5), FAC 350 (Part 6).
Seringkali beliau muncul di tengah-tengah malam. Beliau datang menziarah kami di Hostel UiTM untuk memantau kami. Adakalanya kami sedang menelaah pelajaran, dan adakala sedang dibuai mimpi. Hubungan kami dan beliau sebenarnya melangkaui hubungan pelajar dan pensyarah. Beliau sebenarnya bagaikan ayahanda kepada kami semua.
Kepada YM Raja Omar, saya ucapkan ribuan terima kasih atas tunjuk ajar dan didikan. Saya doakan YM sentiasa sihat dan dalam keadaan baik. Amin Ya Allah,
Tuesday, January 12, 2010
Rahsia Yang Bocor
Kami semua (kecuali Najmi) jatuh sakit sebaik sahaja pulang dari Levin. Mungkin cuaca agak panas pada hari tersebut. Pada hari Ahad keadaan menjadi agak parah. Ainul dan Imran tidak mahu makan atau minum. Saya kemudiannya membawa mereka ke After Hours Medical Centre di Lower Hutt. Pada hari ini, Selasa, keadaan bertambah baik. Mereka sudah mahu makan dan minum. PSP dan Nintendo DS sudah mula beroperasi. Itulah petanda mereka telah kembali sihat.
Tiga hari (Ahad-Selasa) terasa begitu panjang sekali. Menjaga anak yang sakit ditambah dengan diri sendiri juga sakit adalah satu cabaran yang sangat besar. Saya berdoa kepada Allah agar diberikan kesihatan yang baik. Sudah menjadi lumrah manusia, saya lupa dengan nikmat yang berikan oleh Pencipta. Apabila nikmat tersebut telah ditarik oleh Nya, barulah saya meminta-minta dan berdoa kepada Nya. Saya mohon ampun ke hadrat Allah swt. Masukkanlah kami dalam golongan hamba mu yang sentiasa bersyukur.
Saya rahsiakan kesihatan kami dari Deb (Mama). Saya tidak mengganggu konsentrasi beliau yang kini berada di Malaysia. Namun rahsia itu tidak kekal lama. Ia dibocorkan oleh Imran pagi tadi, apabila Mama (Deb) membuat panggilan ke NZ. Itulah hubungan istimewa antara anak dan ibu. Anak-anak ini akan sentiasa mengadu dengan ibu mereka dan tidak berbohong sama sekali.
Monday, January 11, 2010
Strawberry Picking & Levin Park
Imran - petani moden
Ainul pilih yang merah sahaja
Banyak tak strawberry saya Mama?
Bapa Mithali dan 3 anak
Selepas aktiviti 'strawberry picking', saya membawa Najmi, Ainul dan Imran ke Levin Park, yang terletak 30 minit di utara Otaki. Taman permainan ini amat menarik bagi kanak-kanak. Bagi yang dewasa, kami menghabis masa makan-makan dan berbual-bual dengan rakan-rakan sambil mengawasi anak yang bermain.
Buah hati papa
Lebih kurang pukul 4 petang, kami bertolak pulang ke Wellington. Kepada rakan-rakan yang menyertai aktiviti ini, saya ucapkan terima kasih. Saya sebernarnya sedar ada rakan-rakan yang hadir semata-mata untuk meneman dan menghiburkan anak-anak saya, bukan untuk strawberry picking sangat pun. Saya ucapkan terima kasih.
Friday, January 8, 2010
Pingat Logam
Saya teringat kembali kenangan minggu pertama berada di Wellington. Saya dan Deb pergi ke Halal Butcher, di Riddiford Street, Newtown. Tiba-tiba kami terserempak dengan seorang wanita rakyat Malaysia. Orangnya berumur, memakai baju kurung dan sedang sibuk membeli daging. Dia menyapa kami dan bertanya beberapa soalan ‘basic’ . Di akhir perbualan kami memperkenalkan diri kami, dan kemudiannya bertanya “Apa nama puan?”. Dia tersenyum-senyum, seperti malu kucing, sambil berkata, “Tak apalah, nanti you akan tahu siapa saya”. Saya dan Deb ditinggalkan terpinga-pinga oleh beliau. Mungkin beliau orang yang mempunyai gelaran.
Title atau gelaran merupakan sebahagian dari budaya dan cara hidup masyarakat Malaysia. Macam-macam gelaran ada seperti Encik, Cik, Tuan, Puan, Tuan Haji, Puan Hajjah, Datuk, Datin, Dato Seri, Datin Seri, Tan Sri, ?, Tun, ?. Dalam dunia akademik Malaysia pun ada Dr., Prof. Madya, Professor dan sebagainya. Masing-masing membawa maksud yang berbeza. Semua gelaran ini adalah untuk membezakan satu kumpulan manusia dengan satu kumpulan yang lain.
Apabila berada di luar negara, ‘gelaran-gelaran’ seperti ini tidakldiagungkan seperti di Malaysia. Contohnya terdekat ialah kedua-dua supervisor kami, semua ahli fakulti memanggil mereka sebagai Tony dan Keitha sahaja. Pada mulanya kami agak janggal juga, tapi lama-lama sudah menjadi kebiasaan. Kalau di Malaysia, pemanggil mungkin akan di’sound’ kerana tidak 'reti' hormat pada orang yang ber’gelaran’ tersebut. Silap haribulan, gelaplah kerjaya dan masa depan budak itu.
Secara peribadi, saya hormat orang yang mempunyai gelaran-gelaran tersebut. Namun, ia bukanlah boleh dipaksa-paksa. Penghormatan sebenar lahir dari hati nurani manusia itu sendiri. Manusia dihormati kerana keperibadiannya, kerana ilmunya, kerana umurnya, kerana jasanya, kerana alimnya, kerana. kerana. kerana. tapi bukan Bukan Kerana Beberapa Keping Pingat Logam dalam simpanannya. Kepada mereka yang taksub dengan gelaran-gelaran tersebut, saya cadangkan agar jangan lupa untuk berpesan kepada anak-anak supaya arahkan Pembaca talkin turut menyebut Pingat-Pingat Logam anda.
Thursday, January 7, 2010
Jalan-jalan di Doota
Semoga conference ini memberi input yang berguna
Sementara itu keadaan di Wellington terkawal dan baik. Imran dan Ainul telah pulih dari Chicken Pox. Mereka juga mendapat makanan 3 kali sehari. InsyaAllah, weekend ini kami akan pergi fruit picking di Otaki dan bermain di Lindale Park. Selain itu, semalam Mr. Papa bawa anak-anak ke PakNSave untuk beli barang keperluan. Yang menariknya, semasa dalam kereta Imran dan Ainul asyik berpesan, "Papa, you can't marry another woman". Saya terkejut mendengar pesanan itu. Saya tanyakan "kenapa." Mereka berdua memberi justifikasi panjang bersilih ganti antara Imran dan Ainul. Saya ketawa kecil mendengar hujah anak-anak budak berumur 5 dan 6 tahun. Mereka berdua sebenarnya hanyalah menjalankan amanah dan pesanan Mama mereka. He He.
Wednesday, January 6, 2010
Day 3: Presentation Day
Senyuman mama (Deb) nampaknya lebih manis setelah selesai pembentangan. Mungkin mama telah terbayangkan kedai-kedai yang ingin dilawati .. ha ha.. Jangan marah Mama.. Ucapan dari kami "Shopping jangan tak shopping... Alang-alang dah sampai.. pergi beli banyak sikit.. untuk hadiah atau jual pada kawan2 kat Wellington. He He."
Tuesday, January 5, 2010
Kanak-kanak & Persahabatan
Persahabatan antara kanak-kanak amat berbeza dengan persahabatan orang dewasa. Ianya suatu yang sangat mudah. Kanak-kanak bersahabat tanpa melihat warna kulit, bangsa, bahasa, harta dan sebagainya. Bagi mereka persahabatan adalah suatu proses sponton mengikut fitrah dan naluri. Mereka berkawan, bergaduh, dan esoknya berkawan kembali. Tiada dengki atau hasad dalam persahabatan kanak-kanak.
Jauh berbeza dengan orang dewasa yang menjadikan persahabatan suatu yang begitu kompleks. Kadangkala, orang dewasa bersahabat kerana 'bulu', fahaman politik, peluang perniagaan, peluang kerjaya, dan apa-apa sahaja yang menguntungkan. Bilamana tiada lagi keperluan yang menguntungkan, maka persahabatan tidak lagi perlu dijalinkan. Malah selisih di tepi jalan pun buat tak nampak. Namun itu sudah cukup baik. Ada setengahnya akan diakhiri dengan cercaan, kejian dan aksi tikam belakang yang begitu kejam dan amat mengerikan.
Sunday, January 3, 2010
Day 1: Tiba di Seoul
Saturday, January 2, 2010
Winter Sonata
Bye Bye Mama, jangan lupa beli tau ..
Pihak pengajur (JCAE) juga membiayai kos perjalanan mama, ditambah pula peruntukan dari pihak SACL, VUW. Selepas habis symposium ini, mama akan meyertai Doctoral Consortium yang dikendalikan oleh Katherine Schipper, Dan Simunic dan Ross Watts. Kepada Papa, kenalah usaha lebih kuat lagi supaya boleh cemerlang macam mama. hu hu.
Selepas habis program ini, barulah mama akan pergi bercuti sambil ber'shopping'. Mengikut telahan, mama akan banyak menumpukan masa di Dongdaemun Market. He he..