Wednesday, December 31, 2008

Tarikh Istimewa

Maal Hijrah, Tahun Baru dan 31 Disember kebetulan semuanya begitu hampir sekali. Bagi seorang Muslim, Maal Hijrah semestinya membawa pengertian yang besar. Namun di Wellington tiada sambutan yang gilang-gemilang seperti di Malaysia. Di Masjid Lower Hutt pun tiada apa aktiviti yang luar biasa kecuali Summer Camp untuk anak-anak sempena cuti sekolah. Program selama 4 jam sehari, 4 hari seminggu dan selama 4 minggu insyaAllah akan banyak memberi manfaat kepada Najmi. Maklum sahajalah di sini tiada kelas agama seperti di Malaysia.




31 Disember 2000


31 December juga ialah tarikh yang istimewa bagi kami. Bukannya disebabkan majoriti syarikat di Malaysia hatta di seluruh dunia menutup akaun mereka pada tarikh ini, tapi ia adalah tarikh ulangtahun perkahwinan kami. 31 December 2008 ini ialah ulangtahun perkahwinan yang ke 8. Alhamdulillah dalam tempoh 8 tahun ini pelbagai suka-duka telah berjaya dilalui. Kepada isteri tersayang, tiada kata cinta dapat menggambar perasaan ini. Terima kasih atas sokongan dan pengorbanan yang diberikan selama ini.




Anak-anak kesayangan Papa & Mama

Kalau ditanya apa yang paling istimewa dalam 8 tahun perkahwinan ini, jawapannya tentulah kehadiran tiga cahaya mata iaitu Najmi, Ainul dan Imran yang menyerikan rumah kami & juga rumah Opah dan Nenek. he he

Selamat Pengantin Baru (Part2)

Menatap koleksi gambar perkahwinan Abe & Kak Ita melalui http://picasaweb.google.com/wamalina , menimbulkan rasa sedih kerana tidak dapat bersama dalam majlis perkahwinan tersebut. Kami di sini sentiasa mendoakan kebahagian Abe & Kak Ita. Selamat Pengantin Baru sekali lagi kami ucapkan kepada mereka.




Insan Istimewa

Sabtu (27 December 2008), kami dan semua rakan-rakan menganjurkan majlis farewell untuk Yang Berbahagia Prof. Dato’ Othman Yatim dan Datin, (Malay Chair di Victoria University of Wellington). Majlis diadakan di rumah Adi Affendi, iaitu pegawai di Kedutaan Malaysia di Wellington. Terima kasih kepada Adi & Zaza yang sudi menjadi host untuk majlis ini. Mereka bersusah payah menyediakan tempat untuk kami berkumpul pada hari itu. Majlis BBQ gilang gemilang ini dihadiri oleh ramai rakan dan keluarga yang terdiri dari pelajar post-grads, pegawai & staff kedutaan dan rakan-rakan yang lain.



Dao' Prof Dr. Othman & Adi Affendi (Tuan Rumah)


Pelbagai jenis makanan disediakan oleh semua hadirin selain dari BBQ. Untuk BBQ kali ini, bukan sahaja penuh dengan ayam dan kambing, tetapi juga makanan-makanan laut hasil tangkapan Kelab Joran Melayu Wellington. Mana tidaknya, Kelab Joran Melayu Wellington telah mendapat hasil tangkapan yang sangat lumayan sejak kebelakangan ini.



Najmi minat memasak BBQ


Dato' Dr. Prof. Othman ini sangat istimewa orangnya. Walaupun beliau seorang yang berharta ($$$), ber’mercedes’, berilmu (Dr.), berpangkat (Professor) dan berdarjat (Dato’), namun beliau tidak sama sekali meninggi diri. Semakin berisi semakin tunduk orangnya. Beliau (Dato’ dan Datin) tidak pernah menganggap pangkat dan anugerah yang telah mereka terima sebagai sesuatu untuk dibanggakan.



Sebahagian dari juadah yang disediakan


Ini menjadikan saya hairan dengan kewujudan manusia spesis lain yang telah diberikan pelbagai anugerah dari Allah swt seperti berharta, berkuasa, berpangkat dan berdarjat namun begitu sombong dan angkuh. Jangankan nak berbual atau bertanya khabar, nak memberikan senyuman pun tidak sudi kepada mereka yang bukan dari kasta yang sama. Hati nakal saya berkata, pangkat, kuasa, darjat dan harta itu mereka boleh sumbatkan bersama-sama ke liang lahat. (kenyataan ini tiada kaitan dengan hidup atau mati, .. entah kenapa tiba-tiba terlebih emosi menulis entri ini)



Dato' & Datin sentiasa menyokong aktiviti post grad welly (Di Miramar Beach)


Saya teringat kembali saat mula tiba di Wellington. Dato’ datang ke majlis menyambut kami walaupun tidak beberapa sihat pada hari itu. Selain itu, kami juga tumpang menyambut hari raya Aidil Fitri dan Aidil Adha di rumah beliau (Teratak Malaysia). Dato’ dan Datin sentiasa gembira menerima kedatangan kami walaupun kadangkala kami akan lepak di rumahnya agak lama untuk berbual dan berborak dengan rakan yang lain. Selain itu, beliau sentiasa mengambil berat tentang hal ehwal kami pelajar post grad dan keluarga walaupun beliau bukan pegawai MSD


Saya menulis entri ini bukan untuk mengagongkan beliau, cuma ingin berkongsi kewujudan manusia istimewa ini, iaitu


yang tak tinggi dek pangkat

tak megah dek puji

yang tak sombong dek kaya

yang tak lagak dek kuasa


Hadiah mesti dibuka serta merta- mengikut adat Kiwi


Mengenali Prof. Othman menimbulkan keinsafan dalam diri saya. Saya memohon ampun dari Nya. Saya mohon jauhkan dari rasa tinggi, megah, sombong dan berlagak. Saya mohon agar sentiasa diberikan rasa rendah diri dan takut kepada Nya. Amin Ya Allah.

Tuesday, December 30, 2008

Macam-Macam Ada

Sudah lama rasanya tak update blog ini. Untuk makluman semua kawan-kawan, kami baru berpindah ke rumah baru. Disebabkan sekarang ni musim cuti krismas, maka tiada techinician yang boleh memasangkan talian telefon, broadband dan digital TV sehinggalah semalam.



Terima Kasih kepada semua kawan-kawan yang membantu


Semoga Allah memudahkan semua urusan kalian juga


Terima kasih kepada rakan-rakan Wellington Post Grads & Ahli Kelab Joran Wellington kerana bersusah payah membantu urusan pindah-mindah ini. Jasa kalian semua amatlah kami hargai. Kepada Abg Ali, Sufian, Niklin, Nik Fadly, Madi, Zaidi, Jestin, Azam, Alif dan semua yang membantu (Bel & Maz), ucapan terima kasih yang tak terhingga.



Minum selepas selesai operasi + sembahyang jumaat


Sekarang ni tengah musim cuti krismas dan tahun baru. Jadi sekolah tutup sehingga awal Februari. Universiti pun tutup juga. Bagi kami sekeluarga, krismas baru-baru ini, kami dan rakan-rakan yang lain berjalan ke Raumati Beach dengan Train. Ianya adalah percuma sempena cuti Krismas. Kalau tahun lepas kami lepak di Paraparaumu Beach, tahun ini di Raumati Beach, mungkin ada keizinanNya tahun depan ke Whaikane Beach pula.



Rumah ini gunakan kayu api untuk panaskan rumah selain dari heater elektrik.

Yang paling menarik tentang cuti krismas ialah keesokan harinya ialah Boxing Day. Jualan murah besar-besaran di semua kedai. Seharilah kami tawaf di Supermarket sekitar Lower Hutt dan Petone.. ha ha .. Tapi kena berhati-hati juga, sebab kadang-kadang Sale tu sebenarnya harga biasa sahaja. Tetapi ada juga setengah barang yang jualan murah hingga 60%. Jadi inilah masa yang terbaik untuk membeli barang pilihan anda. he he .. Mengikut sumber yang boleh dipercayai ramai pelajar post-grads wanita membeli set pinggan noritake hari tu. Harga satu set lebih kurang NZ$ 149 sahaja.

Wednesday, December 17, 2008

Kenapa Menulis Blog ?

Sehari sebelum berlepas ke NZ untuk meneruskan pengajian, Prof. MKI hadiahkan saya web ini. Pesan beliau, tulislah sesuatu untuk keluarga dan rakan-rakan di Malaysia. Saya terfikir "Apa yang nak saya tuliskan, tiada kisah yang menarik dalam hidup ini untuk dikongsikan atau dijadikan teladan, tambahan pula saya jarang menzahirkan perasaan saya". Namun saya gagahkan juga menulis baris-baris kata untuk pengisian blog ini.


Lama kelamaan saya mula mengerti. Blog ini dibaca oleh keluarga dan rakan-rakan di Malaysia. Setiap kali mereka melihat blog ini, mereka tahu kami dalam keadaan sihat di sini. Opah, Atuk, Nenak dan Atuk tahu bahawa cucu-cucu mereka dalam keadaan baik setiap kali melayari blog ini. Setidak-tidaknya, jika ada keluarga, rakan-rakan atau bekas-bekas pelajar yang ingin mengetahui khabar kami, mereka tahu di mana untuk mencarinya.


Perasaan teruja timbul bilamana blog ini juga dijadikan rujukan dan dimanfaatkan oleh sahabat seperti Ridwan, Zaidi, Haza, Abg Azam dan Kak Azizah. Catatan pengalaman sejak mendarat di Wellington hingga kini telah memberi satu gambaran jelas tentang kehidupan yang akan dilalui oleh mereka di bumi kiwi ini. Abang Azam berpuluh kali mengucapkan terima kasih atas tips-tips yang saya berikan di dalam blog ini. Kata beliau blog ini telah memberi persedian mental dan psikologi kepada mereka. Anak-anak mereka juga seolah-olah sudah lama mengenali Najmi, Ainul dan Imran. Saya gembira jika ia benar begitu. 


Kenapa kami tidak menulis tentang PhD kami. Ohh.. ianya bukan kisah menarik dan mudah difahami oleh semua. Blog ini adalah tempat kami lari dari segala teori, permasalahan penyelidikan, kaedah kajian, methodologi dsb nya. Tambahan pula kisah PhD ini adalah sama sahaja seperti kisah yang ada didalam buku-buku panduan PhD iaitu kajian literature, research proposal, data collection, sampling dan lain-lain. Saya berharap ia akan kekal begitu..

Tuesday, December 16, 2008

Berpindah

InsyaAllah pada hari khamis ini, kami akan mula berpindah ke rumah baru di Naenae, Lower Hutt. Ia adalah selepas mengambil kira kehendak dan keselasaan anak-anak. Namun yang sedihnya, pihak telstra hanya boleh sambung semula Telefon, Internet dan TV selepas Krismas iaitu 29 December 2008.


Dalam tempoh ini, boleh telefon atau text kami di nombor handphone berikut:


Khairul : +64 21 02 64 2005


Adibah : +64 21 02 63 0493

Saturday, December 13, 2008

Mercedes vs Non-Mercedes

Tanggal 13 December 2008 bersamaan dengan hari Sabtu, semua pelajar post grad wellington dan keluarga berkumpul di pantai Miramar untuk majlis BBQ sempena Aidil Adha. Selain itu, satu pertandingan GP Joran juga diadakan dengan tawaran pelbagai hadiah yang menarik. Pelbagai juadah juga dibawa, Seekor kambing dan beberapa ekor ayam di'BBQ'kan. Bila tengok makanan yang sangat banyak ini, timbul konflik dan persoalan dalam diri, tentang makanan mana yang nak disantap.



Kambing dengan 5 jenis resepi marinate berbeza, Ikan pun ada



Imran gembira


Program ini juga lebih meriah dengan kehadiran jemputan-jemputan di kalangan rakan-rakan karib & keluarga sini seperti Nawawi (Cambodia), Niklin (Acheh), Adi & Zaza (Hicom), Lt.Col Ahmad Faiezzelan (Hicom) dan Nizam & Ina (Hicom). Yang paling istimewa ialah kehadiran Y. Berbhg Dato Prof. Othman Yatim dan Datin ke Majlis ini. Y.Berbhg Dato Prof. Othman telah melepaskan acara GP Joran dan juga meng'sponsor' pelbagai hadiah untuk pertandingan ini. Terima kasih kepada Dato' dan Datin yang sentiasa menyokong aktiviti kami dan sentiasa sudi membantu kami selama ini.


 


Kelab Wanita menjamu selera.



Makan time


Peserta pertandingan masing-masing sibuk dengan umpan tersendiri. Selain itu juga pelbagai jenama joran digunakan seperti Katmandu, Shimano, Jorvois, dan lain-lain lagi. Selepas beberapa minit pertandingan bermula, beberapa peserta menarik diri lebih awal kerana tidak tahan dengan godaan bau BBQ. Kelab wanita juga lebih sibuk dengan sesi temubual & perbincangan hal ehwal semasa. Bagi anak-anak mereka kelam kabut bermain dengan anak-anak Malaysia yang lain.



Y. Berbhg Dato Prof. Otham Yatim melancar pertandingan



Mencari Spot yang Terbaik 



Secara keseluruhannya ini adalah keputusan pertandingan:

GP Joran Siri 1


Kategori Pertama  :   Tangkapan terawal     :  Sham (Ueya)

Kategori Kedua     :   Tangkapan terbanyak :  Abg Ali

Kategori Ke tiga    :   Tangkapan terbesar   :  Abg Ali

Hadiah cabutan bertuah :

Cabutan Pertama   :   Abg Ali

Cabutan Kedua      :   Mizan

Cabutan ketiga      :   Niklin

 



Tangkapan terawal, Sham menggunakan pancing Shimano



Juara tangkapan terbanyak & tangkapan terbesar




Datin menyampaikan hadiah cabutan bertuah kepada Mizan 



Datin menyampaikan hadiah cabutan bertuah kepada sdr. Niklin


Aktiviti ini telah merapatkan hubungan silatur-rahim dikalangan semua pelajar, pasangan, anak-anak dan rakan-rakan di Wellington. Yang paling menarik, ialah  semua orang boleh duduk bersama walaupun berlainan (1) Darjat (Dato vs non Dato); (2) Pangkat (Pegawai vs Pelajar); (3) Kelab kereta (Mercedes vs Non-Mercedes). Alangkah bagusnya kalau di Malaysia pun begitu juga.



Kitalah Sahabat, Kitalah Keluarga

Wednesday, December 10, 2008

KHUTBAH TERAKHIR NABI MUHAMMAD SAW

Berikut adalah petikan KHUTBAH TERAKHIR NABI MUHAMMAD SAW YANG KITA SAYANGI di Lembah Uranah, Gunung Arafah, berhampiran kota Makkah pada 9 Zulhijah tahun ke-10 Hijrah


“Wahai manusia dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan!!! Aku tidak mengetauhi apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tabun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di tempat ini pada hari ini. Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebgai suci dan ketauhilah bahwa jiwa dan harta (harga diri) setiap Muslin sebagai amanah suci, sampai kalian berjumpa Tuhan. Aku telah menyampaikan Amanah. Sesungguhnya segala sesuatu yang jahil dizaman jahiliah telah dicampakkan dibawah telapak kakiku. Kembalikan harta yang diamanahkan kepadamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapa pun agar orang lain tidak menyakiti kamu pula. Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu pasti akan menemui Tuhan kamu dan dia pasti membuat perhitungan atas segala amalan dan perbuatan kamu. Semua bentuk riba dihapuskan, tetapi modol tetap kalian miliki. Allah S.W.T. telah Memerintahkan larangan (Haram) terhadap semua bentuk Riba. Semua sisa ribaya Abbas Ibn Muthalib telah dihapuskan. Semua bentuk balas dendam (pertumpahan darah) masa jahiliah telah dibatalkan dan aku melaluinya daripada demdan anak dari Rabi’ah Ibn Al-Harith Ibn Abd Muthalib (yang terbunuh oleh suku Hidhail).


Wahai manusia, Allah SWT telah menanugerakan setiap diantara kamu akan hak-haknya. Wasiat pusaka kepada ahli waris adalah tidak sah. Pelaku penzina mestilah direjam. Anakmu adalah yang isterimu lahirkan. Barangsiapa mengaku sebagai anak si fulan padahal tidak benar maka kutukan Allah, para Malaikat dan seluruh manusia terhadapnya (Allah tidak akan menerima taubatnya). Wahai manusia, berwaspadalah pada syaitan demi keselamatan kami dan agamamu, kerana syaitan tidak pernah putus asa untuk mengajakmu menyembahnya dan menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil. Wahai manusia dengan mengakali (menipu diri sendiri) atau menunda-nunda bulan-bulan haram sehingga dengan demikian dapat menhalalkan apa yang Allah haramkan dan menharamkan apa yang Allah halalkan adalah kesesatan yang menuju kekafiran. Perputaran waktu telah detetapkan oleh Allah sejak Dia ciptakan langit dan bumi. Jumlah perhitungan bulan yang ditetapkan oleh Allah adalah 12 dan 4 diantaranya dinamakan bulan-bulan haram (Dzulakaidah, Dzulhijjah,, Muharram dan Rejab).


Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas para isteri kamu, maka mereka juga mempunyai hak keatas kamu. Kamu punya hak bahawa mereka tidak boleh mengizinkan kedalam rumahmu orang yang kamu tidak sukai dan tidak melakukan hal-hal yang tidak pantas. Sekiranya mereka menyempurnakan hak-hak kamu maka mereka juga berhak untuk memberi makan dan pakaian dalam suasana kasih saying. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah lembut terhadap mereka, lindungilah kerana (wanita lemah untuk mempertahankan diri), sesungguhnya mereka adalah teman dan penolong kamu yang setia. Para isterimu adalah amanah yang Allah percayakan kepadamu dan kamu hanya diberi izin (dihalalkan) untuk mencampurinya kerana atas nama (izin) Allah.


Wahai manusia, dengarlah dan perhatikanlah bersungguh-sungguh kataku ini. Aku telah menyampaikan risalah. Semhahlah Allah, dirikan solat wajib, berpuasalah di bulan Ranadhan, tunaikanlah zakat dari harta kamu dan kerjakanlah ibadah haji sekiranya mampu. Ketauhilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada semua Muslim. Tidak halal bagi seorang muslim mengambil sesuatu dari muslim yang lainnya kecuali yang dia berikan secara suka rela. Kerana itu janganlah mengeniayai dirimu sendiri. Kamu semua adalah sama darjat, tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dengan taqwa dan amal soleh.


Ingatlah bahawa kamu akan mengadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggunjawabkan atak segala apa yang telah kamu lakukan. Oleh itu, awasilah tindak-tanduk kamu agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku. Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi dan Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah disampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegan teguh dan mengikuti kedua-duanya nescaya kamu tidak akan sesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku”.


sumber : halaqah.net & email bro. Sufian

Selamat Pengantin Baru (Abe & Kak Ita)

Kami sekeluarga (Khairul, Kak Chik, Najmi, Ainul dan Imran) mengucapkan selamat pengantin baru kepada Abe dan Kak Ita yang selamat melangsungkan perkahwinan pada hari Rabu 10 Disember 2008. Seribu kemaafan kami pohon kerana tidak dapat pulang untuk bersama-sama di majlis yang istimewa ini. Kami di sini sentiasa mendoakan kebahagian Abe dan kak Ita. Gambar kami tak boleh upload sebab tak dapat lagi. InsyaAllah kami sabar menanti gambar majlis tersebut.



Selamat Pengantin Baru - Wann

p/s: "Abe & Kak Ita, bayangkanlah Kak Chik yang nyanyikan lagu ini."

Salam Aidil Adha

Kami sekeluarga mengucapkan selamat hari raya aidil adha kepada semua ahli keluarga, sahabat-sahabat dan semua pengunjung blog. Seribu kemaafan kami mohon atas segala salah dan silap.



Ini gambar raya tahun lepas, tahun ni kami tak pergi Hicom sebab tiada sembahyang raya kat situ. Jadi kami ramai-ramai tumpang beraya kat rumah Nawawi(sahabat Cambodia). hu hu (sedih sungguh). Namun pada sebelah petang kami berpeluang untuk jamuan raya di restoran Istana Malaysia anjuran Malaysian Students Department (MSD).

Monday, December 8, 2008

Konvokesyen

Setinggi-tinggi Tahniah kami ucapkan kepada Elly dan Kak Nor yang telah menamatkan pengajian masing-masing. Perjuangan mendapatkan segulung ijazah pasti menuntut usaha dan pengorbanan yang berterusan. Kami di sini tidak dapat menghadiri kedua-dua majlis konvokesyen kedua-dua ahli keluarga.



Tahniah Dr. Elly


Tahniah kepada Elly (ataupun Dr. Elly) dan juga kepada Ma dan Abah yang memberikan sokongan dan didikan. Selain itu kami ucapkan juga selamat bertugas. Tugas seorang Doktor perubatan adalah tugas yang mulia namun penuh dengan cabaran. Kami di sini yakin pasti Elly boleh mengharunginya.



Tahniah Kak Nor



Bersama keluarga yang sentiasa memberikan sokongan tak berbelah bagi


Kepada Kak Nor, tiada kata yang dapat membayangkan kegembiraan kami. Setinggi tahniah kepada Kak Nor atas usaha Kak Nor belajar setiap hujung minggu disamping bekerja di hari biasa. Kepada Abang Nasir (suami mithali), Dina dan Asiah yang sentiasa memberikan sokongan, juga kami ucapkan tahniah. Kejayaan ini adalah kejayaan seluruh keluarga.


p/s kepada yang lain (Adik Akmal, Kak Na, Din, Nini, Along, Ija, Adan, Adik, Fienah, Ikram ... ) termasuk kami (Kak Chik & Khairul), "InsyaAllah, masa kita akan tiba tidak lama lagi. Amin Ya Allah." Bersabarlah menanti hari bahagia.

Saturday, December 6, 2008

RailEx 2008

Dua minggu yang lepas, kami dan beberapa sahabat melawat pameran model keretapi (RailEx2008) di Porirua. Ramai sungguh pengunjung hadir untuk menyaksikan pameran ini. Model keretapi ini amatlah menarik kerana disertai oleh pelbagai kelab dengan pameran masing-masing.


 



Kagum memerhatikan



Di buat dari Lego System + Modfication



Sungguh kreatif



Imran - geram tidak dapat bermain dengan keretapi tu


Peminat model keretapi mengambil masa yang lama untuk membina model yang dipamerkan pada hari tersebut. Sebagai contoh model keretapi dari Lego itu ialah hasil yang dikumpulkan selama 20 tahun. Hmm. saya tak tahu Najmi, Ain dan Imran boleh menjadi collecter seperti mereka. Melihat gayanya, permainan yang dibeli tidak sampai beberapa hari dah hilang ke mana.. ha ha . Selain itu pelbagai kelab juga membina keretapi dan landskap mengikut pelbagai bandar yang ada di New Zealand.

Thursday, December 4, 2008

Al-Fatihah

Pensyarah, pelajar UiTM maut nahas di New Zealand


Oleh SHARILFUDDIN SAARI

KUALA LUMPUR 3 Dis. – Seorang timbalan dekan dan penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang mengadakan lawatan sambil belajar di New Zealand terbunuh, manakala empat lagi cedera selepas van yang mereka naiki terbabit dalam kemalangan di utara Putaruru, daerah Tirau di negara itu malam ini.
Mereka yang terbunuh ialah Timbalan Dekan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media UiTM, Shafiee Ahmad, 51, (gambar) dan Mariam Ahmad, 19, dari Sabah, penuntut jurusan penyiaran di universiti terbabit.
Tiga lagi mangsa iaitu Amirul Rashid, Siti Murni Ayu dan Khairul Siti Mohd. cedera parah manakala Siti Aishah Razi mendapat cedera ringan.

 

Ni berita dari NZ

Tourists dead after truck and van collide


Thursday, 04 December 2008

Two tourists were killed and four people injured when their van collided with a truck and trailer unit in south Waikato last night

The crash happened at the intersection of State Highway 1 and State Highway 5, east of Tirau.

Senior Sergeant Murray Hamilton of Taupo Police said initial inquiries showed that the van ignored a stop sign on SH5 and drove into the path of the truck and trailer unit on SH1.

Of the injured, two men were flown to Waikato Hospital in a serious condition, while two women were taken by ambulance with minor injuries. The truck driver was uninjured.

SH1 between Putaruru and Tirau was closed following the crash and diversions put in place.

Monday, December 1, 2008

Structural Equation Modelling

Hari ini saya dan deb menghadiri bengkel Structural Equation Modelling (SEM) di Kampus Kelburn. Selain itu kami juga belajar menggunakan program "R". Jenuh juga nak memahamkan SEM ini. Ia menawarkan analisa yang jauh lebih 'power' dan 'kreatif' berbandingkan dengan 'factor analysis'. Secara peribadi kepada sahabat yang menggunakan questionnaires sebagai instrument penyelidikan, saya cadangkan agar gunakan SEM.



Selamat mencuba

Sunday, November 30, 2008

Conference of Corporate Governance

Tiga hari (27-29 Oktober 2008), saya dan deb menghadiri Conference of Corporate Governance. Ianya di adakan di Ground Floor, Rutherford House (iaitu dibawah Pejabat kami di Level 1). Programnya amatlah simple. Selepas mendapat fail, kami terus mengikuti Program yang dilaksanakan. Hadirannya datang dari pelbagai universiti dan pegawai tinggi kerajaan.



Tempatnya juga teramat sempoi iaitu di Dewan Kuliah sahaja. Bila saya tengok brochurenya bukan main banyak Sponsor, iaitu dari PWC, KPMG, Chapman Tripp, Ministry of Economic Development, New Zealand Institute of Charted Accountants (NZICA) dan juga Treasury. Namun yang datangnya bercakap semuanya hebat-hebat, iaitu Accountant General, Chairman Security Commission dan Timb. Perdana Menteri merangkap Minister of Finance and Infrastructure selain dari jemputan dari luar negara.



Bila saya intai lunch mereka, teramatlah simple iaitu sandwich dan Pizza sahaja. Ia jauh berbeza dengan seminar di Malaysia yang diadakan di Hotel yang bertaraf berbintang-bintang. Saya insafi diri bila melihat disiplin dan keazaman semua peserta untuk menghayati isu-isu yang dibahaskan tanpa sedikit komen tentang tempat atau makanan yang disediakan..

Thursday, November 27, 2008

Upah menukar minyak hitam

Upah menukar minyak hitam di Wellington sangat-sangat lah mahal. Kalau di Malaysia, ia dahulunya adalah sekitar RM 5.00 hingga RM 10.00 atau kadang-kadang diberikan percuma oleh mekanik atau tauke workshop tu. Di sini upahnya ialah NZD 35.00 iaitu lebih kurang RM 80.00. Duit NZ$ 35.00 tu boleh dapat beli kambing separuh atau 7 kilo ayam frozen.



Kos yang amat mahal telah menjadi sebab untuk saya belajar melakukannya sendiri. Sekarang ni saya dah boleh tukar sendiri minyak hitam tu. Jimatlah NZ35.00. Cuma sisa minyak tersebut tidak boleh di buang merata-rata. Jika tidak, masuk jail la jawabnya. Di Lower Hutt City, setiap tahun akan diadakan suatu hari untuk melupuskan bahan merbahaya seperti sisa minyak, racun, bateri, dll. Jadi terpaksalah tunggu hari itu untuk lupuskan semua bahan bahaya ini.

Wednesday, November 26, 2008

Day 8 (Finale) : Rotorua-Wellington

Hari ini ialah hari terakhir ekspedisi kami. Perasaan rindu pada rumah di Lower Hutt dan pejabat di Rutherford House mula timbul. Tambahan pula budget kewangan sudah sampai hampir mencapai limitnya. Namun bak kata pepatah Melayu, alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke lengan. Oleh sebab itu pagi-pagi lagi kami sudah bangun bersiap untuk perjalanan hari yang terakhir.



Ainul Skyline Gandola



Imran sungguh gembira


Selepas sarapan dan dan siap semua bekal, kami terus ke Skyline Gandola. Hujan rimis turun tidak mematahkan semangat kami. Kami menaiki Gandola terus ke puncak bukit. Dari situ kami sekeluarga memandu luge turun ke bawah bukit. Najmi memandu sendirian, sementara Ainul dan Imran bertukar-tukar menumpang saya dan deb. Ianya seakan-akan memandu go-kart, tetapi bezanya ialah ia tidak berenjin dan menuruni bukit yang curam.



Papa & anak-anak



Tak sabar nak mencuba luge


Apabila tiba di bawah bukit, kami terpaksa menaiki chair-lift. Masa itu, saya simpankan perasaan gayat jauh-jauh didalam hati supaya Imran tidak panik. Ianya agak menakutkan juga kerana ia amat berbeza dengan Gandola yang tertutup dan selamat. Hati saya amat takut kalau Imran panic dan melompat turun dari chair-lift ini.



Najmi suka sangat memandu Luge



Begitu juga dengan Imran & Ain


Walaupun Imran dan Ain agak takut menaiki chair-lift ini, ia hilang dek keseronokan memandu luge. Bila saya beritahu Ainul dan Imran, jika mereka memandu luge turun dari bukit, mereka terpaksa naik menggunakan chair-lift. Mereka tetap mahu juga. Akhirnya pada hari itu, kami sekeluarga bermain luge sebanyak tiga kali, dengan erti kata lain, tiga kali juga kami menaiki chair-lift untuk naik ke atas semula.



Amat menggayatkan. Tiada tempat letak kaki OO. Kalau anak lompat bawah Camna



Bila dah turun sungguh lega...


Tempat-tempat lain di Rotorua kebanyakannya kami sudah lawati. Kecuali beberapa tempat seperti Agrodome dan Te Puai, yang ini kami reserve untuk tahun-tahun yang akan datang. Dalam perjalanan pulang kami singgah sebentar di Mud Pool. Saje je nak refresh memory.



Mud Pool



Bau Busuk makin menjadi-jadi bila hujan



Imran tertanya-tanya "Bagaimana lumpur ini boleh menggelegak?"


Lebih kurang pukul 6.30 petang kami tiba di Lower Hutt. Berakhirlah sudah percutian selama 8 hari 7 malam kami di North Island. InsyaAllah ada rezeki, musim panas tahun depan boleh pergi jalan ke South Island pulak. He he . Persoalannya adakah ongkosnya, masanya dan Nissan Bluebird kesayangan kami mampu menghadapinya.


Sekian... Sekarang ni tengah sibuk menjalankan kerja-kerja yang menimbun selepas sekian lama meninggalkan Office. Esok sampai Sabtu akan pergi Seminar Corporate Governance...

Tuesday, November 25, 2008

Day 7: Orere Point-Thames-Coromandel-Rotorua

Selepas bersarapan pagi, kami bergerak dari Orere Point ke Thames dengan menyusuri jalan pantai. Cuaca ketika itu sangat panas. Auckland sememangnya sangat panas jika di bandingkan dengan Wellington. Pemandangan laut sepanjang pantai sangat menarik, namun kami memecut laju ke Thames. Kami tidak sabar untuk memulakan ekspedisi menjelajah Coromandel Peninsular yang bermula dari bandar Thames.



Sarapan pagi



Anak teruna kami dah pandai posing


Selepas I jam memandu, kami tiba di bandar Thames dan kemudiannya terus bergerak ke Coromandel. Kereta Nissan Bluebird kami menyusuri tebing-tebing laut. Saya tidak dapat menikmati pemandangan indah tersebut kerana terpaksa focus pada pemanduan. Namun Deb dan anak-anak enjoy menikmati pemandangan indah. Kadangkala mereka gayat bila mana kerete terlampau hampir dengan tebing laut. Bagi saya, secara peribadi saya lebih sukakan Bay of Islands dari Coromandel Peninsular.



Inilah di Waiau Waterworks



Racing siapa lagi jauh



Apa nama permainan ni entah ?



Jam ini digerakkan oleh sistem air


Selepas berehat sebentar di Coromandel, kami membawa anak-anak ke Waiau Waterworks. Tempat ini sebuah taman yang penuh dengan pelbagai benda/permainan yang berasaskan kepada teknologi air. Walaupun barang-barang ini dibuat dari kayu atau barang terpakai, kebijaksanaan penciptanya jelas kelihatan. Setiap barang yang dihasilkan akan di susuli dengan maklumat sains tentang teknologi yang berkaitan. Najmi, Ain dan Imran begitu excited mencuba benda-benda yang ada di situ.



Najmi mengayuh basikal terbang



Bermain perang air


 


Kami sempat makan tengahari dan berkelah di Waiau Waterworks. Peluang berkelah di tepi sungai ini dituruti dengan upacara mandi-manda. Suka yang amat sangat Najmi, Ainul dan Imran dapat mandi di Sungai. Tahu sahajalah apabila budak-budak jumpa air…



Main buai sebelum terjun sungai di belakang



Menyejukkan dan menyegarkan badan


Selepas puas di Waiau Waterworks kami terus bergerak turun ke Rotorua. Perjalanan kali ini jauh dan lama. Jadi untuk bersembahyang amat senang sahaja. Berhenti sahaja di mana-mana tempat rehat. Bentangkan tikar dan keluarkan kompas. Kalau nak cari masjid atau surau memang tiada kelihatan… 



Mandi Jakuzi pula kat Rotorua



Tidur kepenatan


Kami mempunyai dua option iaitu untuk tidur di Rotorua atau Taupo. Berdasar pengalaman lawatan ke Taupo dan Rotorua yang lepas. Saya memilih untuk menginap di Rotorua. Sebab ianya lebih murah dan bilik motel siap dengan jakuzzi. Selain itu, udara yang berbau sulfur juga baik untuk kesihatan. Malam itu, kami makan malam dengan ikan Salmon yang dibeli di PakNSave Rotorua. Tiada ayam atau daging halal dijumpai di Rotorua.