Wednesday, December 31, 2008

Insan Istimewa

Sabtu (27 December 2008), kami dan semua rakan-rakan menganjurkan majlis farewell untuk Yang Berbahagia Prof. Dato’ Othman Yatim dan Datin, (Malay Chair di Victoria University of Wellington). Majlis diadakan di rumah Adi Affendi, iaitu pegawai di Kedutaan Malaysia di Wellington. Terima kasih kepada Adi & Zaza yang sudi menjadi host untuk majlis ini. Mereka bersusah payah menyediakan tempat untuk kami berkumpul pada hari itu. Majlis BBQ gilang gemilang ini dihadiri oleh ramai rakan dan keluarga yang terdiri dari pelajar post-grads, pegawai & staff kedutaan dan rakan-rakan yang lain.



Dao' Prof Dr. Othman & Adi Affendi (Tuan Rumah)


Pelbagai jenis makanan disediakan oleh semua hadirin selain dari BBQ. Untuk BBQ kali ini, bukan sahaja penuh dengan ayam dan kambing, tetapi juga makanan-makanan laut hasil tangkapan Kelab Joran Melayu Wellington. Mana tidaknya, Kelab Joran Melayu Wellington telah mendapat hasil tangkapan yang sangat lumayan sejak kebelakangan ini.



Najmi minat memasak BBQ


Dato' Dr. Prof. Othman ini sangat istimewa orangnya. Walaupun beliau seorang yang berharta ($$$), ber’mercedes’, berilmu (Dr.), berpangkat (Professor) dan berdarjat (Dato’), namun beliau tidak sama sekali meninggi diri. Semakin berisi semakin tunduk orangnya. Beliau (Dato’ dan Datin) tidak pernah menganggap pangkat dan anugerah yang telah mereka terima sebagai sesuatu untuk dibanggakan.



Sebahagian dari juadah yang disediakan


Ini menjadikan saya hairan dengan kewujudan manusia spesis lain yang telah diberikan pelbagai anugerah dari Allah swt seperti berharta, berkuasa, berpangkat dan berdarjat namun begitu sombong dan angkuh. Jangankan nak berbual atau bertanya khabar, nak memberikan senyuman pun tidak sudi kepada mereka yang bukan dari kasta yang sama. Hati nakal saya berkata, pangkat, kuasa, darjat dan harta itu mereka boleh sumbatkan bersama-sama ke liang lahat. (kenyataan ini tiada kaitan dengan hidup atau mati, .. entah kenapa tiba-tiba terlebih emosi menulis entri ini)



Dato' & Datin sentiasa menyokong aktiviti post grad welly (Di Miramar Beach)


Saya teringat kembali saat mula tiba di Wellington. Dato’ datang ke majlis menyambut kami walaupun tidak beberapa sihat pada hari itu. Selain itu, kami juga tumpang menyambut hari raya Aidil Fitri dan Aidil Adha di rumah beliau (Teratak Malaysia). Dato’ dan Datin sentiasa gembira menerima kedatangan kami walaupun kadangkala kami akan lepak di rumahnya agak lama untuk berbual dan berborak dengan rakan yang lain. Selain itu, beliau sentiasa mengambil berat tentang hal ehwal kami pelajar post grad dan keluarga walaupun beliau bukan pegawai MSD


Saya menulis entri ini bukan untuk mengagongkan beliau, cuma ingin berkongsi kewujudan manusia istimewa ini, iaitu


yang tak tinggi dek pangkat

tak megah dek puji

yang tak sombong dek kaya

yang tak lagak dek kuasa


Hadiah mesti dibuka serta merta- mengikut adat Kiwi


Mengenali Prof. Othman menimbulkan keinsafan dalam diri saya. Saya memohon ampun dari Nya. Saya mohon jauhkan dari rasa tinggi, megah, sombong dan berlagak. Saya mohon agar sentiasa diberikan rasa rendah diri dan takut kepada Nya. Amin Ya Allah.

4 comments:

  1. Itu lah realiti kehidupan manusia mmg suka menyombong diri...harap2 tak akan menyombong diri bila bergelar Dr atau Prof nanti!

    ReplyDelete
  2. Salam Sham,
    Terima kasih Sham, Saya pun mohon begitu juga agar dijauhkan dari sikap sombong. Amin

    ReplyDelete
  3. ina,mak yah n cik mat (tanah merah)January 6, 2009 at 10:16 AM

    Assalamualaikum wbt...ape kabar angh,kak dib, najmi,ainul & imran..
    ina sekeluarga di msia sihat walafiat..
    bila pengajian angah n kak dib habis...
    seronok dpt menimba ilmu di negara org..
    ina sekeluarga doakan angah n kak dib dapat menamatkan pengajian dengan cemerlang..
    mak n abah kirim salam pada semua..
    ina dapat blog angah n kak dib dr adan n adik...hari tu mereka ade dtg jb jalan2..ina pergi jumpa mereka d'hotel..
    ok angah n kak dib..take a good care...

    ReplyDelete
  4. Salam Ina
    Apa khabar? Terima kasih atas ingatan
    InsyaAllah 2 tahun lagi (april 2011) akan habis, Tolong doakan kejayaan Angah dan Kak Deb
    Nanti kirim salam kak Mak Yah, Cik Mat.

    bye.

    ReplyDelete