Tuesday, December 30, 2008

Macam-Macam Ada

Sudah lama rasanya tak update blog ini. Untuk makluman semua kawan-kawan, kami baru berpindah ke rumah baru. Disebabkan sekarang ni musim cuti krismas, maka tiada techinician yang boleh memasangkan talian telefon, broadband dan digital TV sehinggalah semalam.



Terima Kasih kepada semua kawan-kawan yang membantu


Semoga Allah memudahkan semua urusan kalian juga


Terima kasih kepada rakan-rakan Wellington Post Grads & Ahli Kelab Joran Wellington kerana bersusah payah membantu urusan pindah-mindah ini. Jasa kalian semua amatlah kami hargai. Kepada Abg Ali, Sufian, Niklin, Nik Fadly, Madi, Zaidi, Jestin, Azam, Alif dan semua yang membantu (Bel & Maz), ucapan terima kasih yang tak terhingga.



Minum selepas selesai operasi + sembahyang jumaat


Sekarang ni tengah musim cuti krismas dan tahun baru. Jadi sekolah tutup sehingga awal Februari. Universiti pun tutup juga. Bagi kami sekeluarga, krismas baru-baru ini, kami dan rakan-rakan yang lain berjalan ke Raumati Beach dengan Train. Ianya adalah percuma sempena cuti Krismas. Kalau tahun lepas kami lepak di Paraparaumu Beach, tahun ini di Raumati Beach, mungkin ada keizinanNya tahun depan ke Whaikane Beach pula.



Rumah ini gunakan kayu api untuk panaskan rumah selain dari heater elektrik.

Yang paling menarik tentang cuti krismas ialah keesokan harinya ialah Boxing Day. Jualan murah besar-besaran di semua kedai. Seharilah kami tawaf di Supermarket sekitar Lower Hutt dan Petone.. ha ha .. Tapi kena berhati-hati juga, sebab kadang-kadang Sale tu sebenarnya harga biasa sahaja. Tetapi ada juga setengah barang yang jualan murah hingga 60%. Jadi inilah masa yang terbaik untuk membeli barang pilihan anda. he he .. Mengikut sumber yang boleh dipercayai ramai pelajar post-grads wanita membeli set pinggan noritake hari tu. Harga satu set lebih kurang NZ$ 149 sahaja.

6 comments:

  1. Salam,

    Selamat berkarya semula. Apa ada yang membantu, terasa amat mudah segala pekerjaan. Dan amat perit sekali, jika tidak ada yang sudi menolong. Saya menyeru, berilah juga bantuan kepada mereka yang amat memerlukan bantuan sekarang di Gaza, Palestin yang telah diserang dan dikepung oleh tentera Israel. Saya telah muatkan bahan di blog saya antara cara yang boleh dibuat bagi membantu mereka.

    Salam maal hijrah 1430 dari kami di UiTM Johor Bahru untuk semua warga Malaysia di Wellington.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah dah selamat pindah rumah baru... Baiknya kwn2 di sana, ramai yg membantu.. Dah tengok gambar kawen Abe kat picasa tak?

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum..

    Salam Maalhijrah 1430 buat En K & Puan Wan sekeluarga..
    Semoga sentiasa berada di bawah dan rahmat Allah S.W.T...aminn

    ReplyDelete
  4. Kak Na,

    Thank you very much... dah 2 kali khatam...hehhe

    ReplyDelete
  5. Bila la bole singgah rumah baru KA..

    ReplyDelete
  6. Salam Dr. Ahmad, K.Na, Huda dan Syah,

    Salam Maal Hijrah dari kami sekeluarga
    Terima kasih kepada Dr. Ahmad atas info tersebut
    Alhamdulillah ramai kawan2 yang sudi membantu semasa kami pindah.jika tidak siksa rasanya
    Syah, Boleh singgah bila-bila masa, jangan asyik buat research je. Mai jalan ke sini.

    ReplyDelete