Maal Hijrah, Tahun Baru dan 31 Disember kebetulan semuanya begitu hampir sekali. Bagi seorang Muslim, Maal Hijrah semestinya membawa pengertian yang besar. Namun di Wellington tiada sambutan yang gilang-gemilang seperti di Malaysia. Di Masjid Lower Hutt pun tiada apa aktiviti yang luar biasa kecuali Summer Camp untuk anak-anak sempena cuti sekolah. Program selama 4 jam sehari, 4 hari seminggu dan selama 4 minggu insyaAllah akan banyak memberi manfaat kepada Najmi. Maklum sahajalah di sini tiada kelas agama seperti di Malaysia.
31 December juga ialah tarikh yang istimewa bagi kami. Bukannya disebabkan majoriti syarikat di Malaysia hatta di seluruh dunia menutup akaun mereka pada tarikh ini, tapi ia adalah tarikh ulangtahun perkahwinan kami. 31 December 2008 ini ialah ulangtahun perkahwinan yang ke 8. Alhamdulillah dalam tempoh 8 tahun ini pelbagai suka-duka telah berjaya dilalui. Kepada isteri tersayang, tiada kata cinta dapat menggambar perasaan ini. Terima kasih atas sokongan dan pengorbanan yang diberikan selama ini.
Kalau ditanya apa yang paling istimewa dalam 8 tahun perkahwinan ini, jawapannya tentulah kehadiran tiga cahaya mata iaitu Najmi, Ainul dan Imran yang menyerikan rumah kami & juga rumah Opah dan Nenek. he he
Salam Mr President..
ReplyDeleteHappy anniversary from both of us. Moga senantiasa berbahagia hingga ke akhir hayat, dimurahkan rezeki dan dikurniakan kesihatan yang berpanjangan.
Cantik betul gambar kawin ni...mahal tu!!!hehe
Salam En Khairul dan Kak Deb.
ReplyDeleteSelamat ulangtahun. 8 tahun yang tentunya penuh asam garam kehidupan berumahtangga. Semoga kebahagiaan yang dinikmati berkekalan sehingga ke akhir hayat dan diberkati Allah SWT selalu.
p/s: 8 tahun berlalu, tapi muka tetap maintain ja... apakah rahsianya? hehehe
Salam Khairul dan Wan.
ReplyDeleteSelamat menyambut ulang tahun perkahwinan ke 8. Semoga kekal bahagia hingga ke akhir hayat.
salam.
ReplyDeleteEpy anniversary buat enkhairul dan kdeb...doa ct, smoga sntiasa mdpt keberkatan dan keredhaanNya...amin
how sweet... happy anniversary.. moga jodoh hingga ke syurga...
ReplyDeleteSalam Ueya, Zaza, En. Halim, ct dan Asiah,
ReplyDeleteThanks for all the wishes, Saya doakan juga agar kita semua sentiasa beroleh kebahagian dan kebaikan dari Nya.
Happy 8th Anniversary K.Cik & Khairul.. sek. cuti lagi kat sana? Abg Hamdi dah naik darjah 3 esok, Sofea 1st day pergi Tadika.
ReplyDeleteThanks Kak Na... Cuti lagi sampai early February. :)
ReplyDelete