Tanggal 13 December 2008 bersamaan dengan hari Sabtu, semua pelajar post grad wellington dan keluarga berkumpul di pantai Miramar untuk majlis BBQ sempena Aidil Adha. Selain itu, satu pertandingan GP Joran juga diadakan dengan tawaran pelbagai hadiah yang menarik. Pelbagai juadah juga dibawa, Seekor kambing dan beberapa ekor ayam di'BBQ'kan. Bila tengok makanan yang sangat banyak ini, timbul konflik dan persoalan dalam diri, tentang makanan mana yang nak disantap.
Kambing dengan 5 jenis resepi marinate berbeza, Ikan pun ada
Imran gembira
Program ini juga lebih meriah dengan kehadiran jemputan-jemputan di kalangan rakan-rakan karib & keluarga sini seperti Nawawi (Cambodia), Niklin (Acheh), Adi & Zaza (Hicom), Lt.Col Ahmad Faiezzelan (Hicom) dan Nizam & Ina (Hicom). Yang paling istimewa ialah kehadiran Y. Berbhg Dato Prof. Othman Yatim dan Datin ke Majlis ini. Y.Berbhg Dato Prof. Othman telah melepaskan acara GP Joran dan juga meng'sponsor' pelbagai hadiah untuk pertandingan ini. Terima kasih kepada Dato' dan Datin yang sentiasa menyokong aktiviti kami dan sentiasa sudi membantu kami selama ini.
Kelab Wanita menjamu selera.
Makan time
Peserta pertandingan masing-masing sibuk dengan umpan tersendiri. Selain itu juga pelbagai jenama joran digunakan seperti Katmandu, Shimano, Jorvois, dan lain-lain lagi. Selepas beberapa minit pertandingan bermula, beberapa peserta menarik diri lebih awal kerana tidak tahan dengan godaan bau BBQ. Kelab wanita juga lebih sibuk dengan sesi temubual & perbincangan hal ehwal semasa. Bagi anak-anak mereka kelam kabut bermain dengan anak-anak Malaysia yang lain.
Y. Berbhg Dato Prof. Otham Yatim melancar pertandingan
Mencari Spot yang Terbaik
Tangkapan terawal, Sham menggunakan pancing Shimano
Juara tangkapan terbanyak & tangkapan terbesar
Datin menyampaikan hadiah cabutan bertuah kepada Mizan
Datin menyampaikan hadiah cabutan bertuah kepada sdr. Niklin
Aktiviti ini telah merapatkan hubungan silatur-rahim dikalangan semua pelajar, pasangan, anak-anak dan rakan-rakan di Wellington. Yang paling menarik, ialah semua orang boleh duduk bersama walaupun berlainan (1) Darjat (Dato vs non Dato); (2) Pangkat (Pegawai vs Pelajar); (3) Kelab kereta (Mercedes vs Non-Mercedes). Alangkah bagusnya kalau di Malaysia pun begitu juga.
Kitalah Sahabat, Kitalah Keluarga
Salam eid adha,
ReplyDeleteApa khabar Khairul & Adibah. Alhamdulilah, menerusi blog ini anda kelihatan ceria. InsyaAllah kalau saya berurusan di Wellington boleh le saya ziarah anda berdua. Selamat maju jaya.
Salam Tuan Hj. Dr. Ridwan
ReplyDeleteTahniah di atas kejayaan Viva baru ini.
kejayaan Dr. memberi motivasi kepada kami . .
InsyaAllah jika Ridwan ada mesyuarat di sini.. bolehlah kita berjumpa
salam semua... wah bestnye.. siap ada sponsor lagi tu... well siapa pula la ganti prof othman yea, chair of malay studies? dia akan kembali ke tanahair kan hujung bulan nih.. if khairul bole kenalkan dgn new chair, bole ler nanti sy apply grant! mana tahu ada rezeki org albany ke... hehehe....
ReplyDelete