Wednesday, December 17, 2008

Kenapa Menulis Blog ?

Sehari sebelum berlepas ke NZ untuk meneruskan pengajian, Prof. MKI hadiahkan saya web ini. Pesan beliau, tulislah sesuatu untuk keluarga dan rakan-rakan di Malaysia. Saya terfikir "Apa yang nak saya tuliskan, tiada kisah yang menarik dalam hidup ini untuk dikongsikan atau dijadikan teladan, tambahan pula saya jarang menzahirkan perasaan saya". Namun saya gagahkan juga menulis baris-baris kata untuk pengisian blog ini.


Lama kelamaan saya mula mengerti. Blog ini dibaca oleh keluarga dan rakan-rakan di Malaysia. Setiap kali mereka melihat blog ini, mereka tahu kami dalam keadaan sihat di sini. Opah, Atuk, Nenak dan Atuk tahu bahawa cucu-cucu mereka dalam keadaan baik setiap kali melayari blog ini. Setidak-tidaknya, jika ada keluarga, rakan-rakan atau bekas-bekas pelajar yang ingin mengetahui khabar kami, mereka tahu di mana untuk mencarinya.


Perasaan teruja timbul bilamana blog ini juga dijadikan rujukan dan dimanfaatkan oleh sahabat seperti Ridwan, Zaidi, Haza, Abg Azam dan Kak Azizah. Catatan pengalaman sejak mendarat di Wellington hingga kini telah memberi satu gambaran jelas tentang kehidupan yang akan dilalui oleh mereka di bumi kiwi ini. Abang Azam berpuluh kali mengucapkan terima kasih atas tips-tips yang saya berikan di dalam blog ini. Kata beliau blog ini telah memberi persedian mental dan psikologi kepada mereka. Anak-anak mereka juga seolah-olah sudah lama mengenali Najmi, Ainul dan Imran. Saya gembira jika ia benar begitu. 


Kenapa kami tidak menulis tentang PhD kami. Ohh.. ianya bukan kisah menarik dan mudah difahami oleh semua. Blog ini adalah tempat kami lari dari segala teori, permasalahan penyelidikan, kaedah kajian, methodologi dsb nya. Tambahan pula kisah PhD ini adalah sama sahaja seperti kisah yang ada didalam buku-buku panduan PhD iaitu kajian literature, research proposal, data collection, sampling dan lain-lain. Saya berharap ia akan kekal begitu..

5 comments:

  1. ia sangat indah apabila apa yang dilalui dalam kehidupan kita dapat dizahirkan dengan kata-kata...

    ReplyDelete
  2. Salam,
    Saya pada peringkat awal pun memang tak berapa berminat nak menulis kisah diri sendiri dalam blog. Tapi rasanya ada hikmah yang besar disebalik semua ini. Sekurang-kurang dapat mendorong seseorang menyibukkan diri dengan perkara yang baik serta memberikan nasihat berguna kepada orang lain. Mungkin inilah yang dikehendaki dari maksud surah al-Asr; "sesungguhnya manusia berada dalam kerugian, kecuali mereka yang beriman, beramal saleh, berpesan-pesan dengan kesabaran dan berpesan-pesan dengan kebenaran". Tahniah dan teruskan menulis.

    ReplyDelete
  3. Salam,
    Permulaan saya menulis blog terasa amat kaku. Saya mengambil nasihat dari seorang teman supaya latih diri untuk menulis dari sekarang kerana ia amat membantu sewaktu penulisan tesis nanti. Ternyata benar kata2 itu kerana selepas seketika saya menjinak2 kan diri dgn dunia penulisan blog, saya terasa fikiran saya clear dan amat mudah untuk mengungkapkan sesuatu dgn kata2. Saya adalah peminat setia Blog Cik K. Thanks for all valuable information.

    ReplyDelete
  4. Salam Payat, Dr. Ahmad & Syaliza,
    Terima kasih dan selamat berblog juga..

    ReplyDelete
  5. Salam, terima kasih kerana memeriahkan dunia blog. Cukup bermanfaat pada orang lain yg bakal duduk di negara asing.

    ReplyDelete