Pensyarah, pelajar UiTM maut nahas di New Zealand
Oleh SHARILFUDDIN SAARI
KUALA LUMPUR 3 Dis. – Seorang timbalan dekan dan penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang mengadakan lawatan sambil belajar di New Zealand terbunuh, manakala empat lagi cedera selepas van yang mereka naiki terbabit dalam kemalangan di utara Putaruru, daerah Tirau di negara itu malam ini.
Mereka yang terbunuh ialah Timbalan Dekan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media UiTM, Shafiee Ahmad, 51, (gambar) dan Mariam Ahmad, 19, dari Sabah, penuntut jurusan penyiaran di universiti terbabit.
Tiga lagi mangsa iaitu Amirul Rashid, Siti Murni Ayu dan Khairul Siti Mohd. cedera parah manakala Siti Aishah Razi mendapat cedera ringan.
Ni berita dari NZ
Tourists dead after truck and van collide
Thursday, 04 December 2008
Two tourists were killed and four people injured when their van collided with a truck and trailer unit in south Waikato last night
The crash happened at the intersection of State Highway 1 and State Highway 5, east of Tirau.
Senior Sergeant Murray Hamilton of Taupo Police said initial inquiries showed that the van ignored a stop sign on SH5 and drove into the path of the truck and trailer unit on SH1.
Of the injured, two men were flown to Waikato Hospital in a serious condition, while two women were taken by ambulance with minor injuries. The truck driver was uninjured.
SH1 between Putaruru and Tirau was closed following the crash and diversions put in place.
Al-fatihah... semoga roh allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.
ReplyDeleteLast jumpa allahyarham masa konvo sidang 2 (21/11/08) hari tu. Aku tak kenal rapat tapi wife aku pernah sewa rumah dia kat seksyen 8 masa belajar degree dulu. Masih ingat cara dia tengok aku masa kumpul pagi sebelum konvo start. "Macam pernah nampak aje budak ni", mungkin itulah yg dia fikir agaknya. Tapi aku tak introduce diri cuma senyum aje. Lepas konvo kitaorang duduk minum semeja. Pun aku masih tak beritahu macam mana aku kenal dia, cuma borak-borak kosong. Kesal juga pasal tak properly introduce myself.
Tapi itulah kematian, bila dan di mana takkan mungkin kita tahu. Yang pasti semua kita akan melaluinya.
Takziah untuk keluarga mereka. Semoga roh mereka ditempatkan bersama-sama orang-orang soleh. Al-fatihah.
ReplyDeleteAl-Fatihah untuk mereka.Moga mereka ditempatkan dikalangan orang-orang beriman. Dah nak ajal mereka di sini but di sini memang kena careful coz undang-undang and highway mereka agak berbeza dengan Malaysia. Kami pun di sini nyaris2 jugak coz dah biasa dengan keadaan dan undang-undang jalanraya di Malaysia.
ReplyDeleteSalam, ex-lecturer masa kat mass comm dulu. Sedih dengar berita. Al-Fatihah.
ReplyDeleteal-fatihah.
ReplyDeleteSalam Semua
ReplyDeleteAl Fatihah. Semoga roh arwah-arwah berada dikalangan orang yang soleh dan solehah.