Monday, January 5, 2009

Cari Yang Termurah

Setahun yang lalu, saya membuat kesimpulan bahawa barangan elektronik di New Zealand amat mahal jika dibandingkan dengan Malaysia. Kini pandangan tersebut boleh dipertikaikan. Selepas nilas NZD jatuh dengan teruk sejak Oktober tahun lalu, sebahagian besar dari perkakasan elektrik menjadi lebih murah dibandingkan dengan di Malaysia.



 


Lengkap dengan Fixed Camera (Speed Trap) Warning System


Sudah sekian lama saya mengidamkan sebuah GPS yang lengkap dengan peta terkini dan pelbagai maklumat lain seperti fixed camera detector dll. Sebelum keluar dari rumah untuk membeli GPS idaman kalbu, saya berazam dan berniat untuk membeli yang termurah yang ada di pasaran. Oleh sebab itu, saya pergi meninjau di lima kedai iaitu di Harvey Norman, Norman Ross, Bond and Bond, Noel Lemming dan Dick Smith, dan hasilnya GPS jenama TomTom yang termurah berharga NZ247 dijumpai.



Tetapi entah macama mana dalam sekelip mata semuanya berubah. Saya tewas, mata saya entah tiba-tiba menjadi rabun. Saya bukannya membeli yang termurah sebaliknya membeli GPS TomTom XL yang lebih mahal sedikit. Apabila pulang ke rumah, saya geleng kepala kehairanan (sambil tersenyum) dengan keputusan saya itu. Penat lima kedai saya pergi cari yang termurah, tapi akhirnya beli yang lain pula... hu hu

4 comments:

  1. KA,

    Aku punya lagi murah. AUD25 sahaja - 2008 Perth Directory Guide.

    Tapi ianya datang dengan percuma "guide" (Imah) yang boleh siap bersuara dan memberi arahan.. Hehhehehee

    ReplyDelete
  2. BTW, kereta tak cari keee??? Alang2 dah murah teww..

    ReplyDelete
  3. Salam Syah & Che Mie

    Syah,
    aku baca dua kali baru faham maksud tu, ha ha ... jangan segan2 belilah satu, nanti boleh bawak balik M'sia.
    Kereta tak pasti lagi. Tengok keadaan ekonomi semasa, kadar tax baru 2010 & 2011, dasar AFTA dan yang penting sekali ialah Ongkosnya..

    ReplyDelete