Saya tergamam apabila melihat facebook.com terjumpa bekas pelajar yang sedang ghairah menjalankan bisnes “DOWNTREND” (bukan nama sebenarnya).
Keinginan untuk menjadi Kaya adalah impian semua. Speaker Skim Cepat Kaya akan memanaskan perasaan hadirin dengan mengatakan bahawa mereka menikmati pelbagai nikmat apabila menyertai skim tersebut :
• Pulangan berganda dalam masa yang singkat
• Lepas dari segala beban hutang semasa
• Boleh memakai kenderaan mewah
• Peralatan-peralatan canggih dan mewah
• Rumah yang besar
• Percutian ke destinasi-destinasi menarik ke luar Negara
Semasa bertugas sebagai Pegawai Pembangunan Pelajar saya sering menegaskan kepada pelajar-pelajar agar jangan mudah terpedaya dengan skim ini. Malah satu ketika pernah menumpaskan satu sindeket Skim Cepat Kaya yang cuba menyelinap masuk di dalam kampus. Nasib baik ada maklumat dari pelajar-pelajar yang berakal.
Pada permulaan skim tersebut, penganjur skim cepat kaya akan menggunakan wang deposit yang diterima daripada pendeposit baru untuk membayar pulangan atau wang pokok pendeposit yang awal. Produk yang dijual contohnya makanan kesihatan, perisian, dan seribu satu barangan lagi hanyalah untuk mengabui mata pihak pengusa. Apabila dipujuk oleh penganjur skim cepat kaya, anda akan dinyatakan agar TIDAK PERLU MENJUAL APA-APA PRODUK.
Selain itu, nama pelbagai artis, ahli korporat, anak-anak menteri akan juga dihamburkan untuk menyakin mangsa. Kadangkala jaminan HALAL juga diberikan dengan merujuk kepada sokongan pihak tertentu seperti Ustaz-ustaz terkenal, badan-badan tertentu seperti (PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA) dan sebagainya. Selain itu buku akaun, cek, kereta pengajur, handphone mewah akan ditunjukkan kepada mangsa sehingga MANGSA MELELEH AIR LIURNYA.
Secara kebiasaannya, para penganjur skim cepat kaya tidak akan melaburkan keseluruhan deposit yang diterima ke dalam pelaburan atau perusahaan yang mendatangkan keuntungan yang sama atau lebih tinggi. Oleh yang demikian, mereka tidak dapat terus menanggung pembayaran pulangan yang tinggi kepada pelabur yang sedia ada. Oleh itu ahli baru atau DOWNLINE mestilah ada, barulah ahli diatas akan menikmati pulangan ($$$).Jika tiada ahli dibawah mereka, pendeposit akan kehilangan duit (atau nama lainnya ialah share atau pelaburan) mereka.
Dengan erti kata lain, orang yang berada di atas akan menikmati hasil (duit) orang yang dibawah mereka. Lagi ramai orang menyertai skim tersebut, lagi kayalah mereka. Kalau peniaga roti canai, lagi banyak roti canai dijual, lagi kayalah peniaga tersebut. Tapi di dalam skim cepat kaya, LAGI RAMAI DOWNLINE lagi kayalah mereka. Oh ya.. kadang-kadang pendeposit akan dinyatakan bahawa mereka membeli lot-lot perniagaan di internet.. Itu semua adalah teknik mengabui mata untuk menunjukkan skim cepat kaya itu ada menjual sesuatu. Sebenarnya mereka tidak membeli apa-apa produk tetapi hanyalah MEMBELI HARAPAN DAN IMPIAN UNTUK KAYA.
Saya selalu menasihatkan para pelajar agar mencari rezeki yang halal lagi berkat. Saya bukannya orang yang arif dalam Agama. Tetapi persoalan HALAL DAN BERSIH kah wang yang banyak kita terima hasil penipuan dan kerugian ahli-ahli di bawah (downline). Pengajur Skim cepat kaya ini akan menafikan bahawa bahawa kehilangan wang downline itu disebabkan mereka yang bersalah kerana gagal mencari downline yang downline yang lain.
Bersambung
p/s: saya tahu pelajar tersebut akan marah kerana saya menulis isu ini di blog. Tapi apakan daya, saya menulis atas dasar tanggungjawab, bak kata pak Ramlee Sarip "Aku Menulis Bukan Kerna Nama".
salam akak, ni fathen dari Vic jugak. akak, nak tanye, bebaruni kite view akaknye blog yg mase gi picnic kaitoke park tu.
ReplyDeletekite cam berminat nak ke sane. kite nak tanye, boleh tak kite tau camne nak ke sane? amek tren ke upper hut ke? then ade tak bus ke sane? thanks tau :)
sweet as
fathen
Salam Fathen,
ReplyDeleteRasanya yang terbaik sekali kena naik kreta... sebab dari main road nak masuk ke tempat BBQ, Rivendale and jambatan gantung tu, jauh jugak.
Mungkin boleh sewa kereta ngan kawan-kawan :)
Kalau selidik kat internet sistem downtrend ni relate dgn MLM. Saya pernah terjumpa satu artikel oleh seorang ustaz megatakan MLM adalah HARAM sbb beberapa ciri. Salah satunya ialah harga produk yang wajib di beli apabila join sbg ahli adalah terlalu mahal di bandingkan dgn harga pasaran. Maka itu menjadikan ianya haram, tambahan pula beli kerana terpaksa. Memang ada sijil halal yang dikeluarkan ke atas produk company tersebut tetapi apa yang saya faham ialah halal dari segi ramuan produk tetapi bukan dari cara menjalankan perniagaan tersebut.
ReplyDeleteSalam Imah
ReplyDeleteSaya sangat setuju dengan apa yang Imah katakan. Masalahnya keinginan untuk kaya dengan cepat selalu mengabui mata kita. Semoga kita sentiasa selalu berAWAS dengan skim sebegini.