Thursday, January 15, 2009

Lavender Farm

Welly PostGrads menganjurkan lawatan ke Lavender Farm di Te Horo baru-baru ini. Punyalah ramai yang hadir. Bila dicongak-congak keluarga yang hadir ialah (1) Kami sekeluarga ; (2) Bel & Abg ; (3) Mizan & Yani ; (4) Jas & Mas ; (5) Sham & Ueya; (6) Nik & Fatma; (7) ; Zaidi & Haza (8) Siti, Khadijah & Alia; (9) Sufian & Nita ; (10) Jestin & Hani dan (11) Suzana & Sham. Turut memeriahkan program ini ialah dengan kehadiran sahabat-sahabat dari Hicom, iaitu (1) Adi & Zaza; (2) Puan Siti; (3) Ina & Nezam dan (4) Tuan Kolonel. Kalau ada yang tertinggal mohon maaf. Ahli rombongan terlampau ramai.



Ainul & Mama



Ainul


 


Dalam lawatan ni kami sempat mendalami teknik penuaian dan penghasilan minyak lavender. Bunga Lavender ini hanya dituai dalam bulan Januari dan Februari sahaja setiap tahun. Hasil utama ialah minyak Lavender.



Demonstrasi mengetam Bunga Lavender.


Mesin ni di ubah suai dari mesin memetik daun Teh.



Sisa Lavender dari periuk memasak/menyuling 



Bahagian atas tu ialah minyak lavender


Cita-cita anak-anak untuk memetik strawberry berkecai apabila hujun mula turun. Apakan daya, kita sebagai makhluk menerima ketentuanNya. Selepas tu, kami berehat sebentar di Levin Park untuk makan tengahari. Apabila sesi makan tengahari tiba, masing-masing menghidangkan makanan masing-masing. Fulamak punyalah banyak. Terlupa pulak nak tangkap gambar, sebab terlampau fokus pada aktiviti makan ni. Kalau Blue Wave Shah Alam punya F&B Manager tengok makanan tu, dia pun akan mengucap panjang.



Imran pun posing kat bunga Lavender


Dalam perjalanan pulang, kami singgah makan Aiskrim di Lindale. Ia adalah konon-kononnya Aiskrim yang tersedap di New Zealand, iaitu Kapiti Aiskrim.

5 comments:

  1. Salam Khairul..

    Lama tak dengar cerita, rupanya dah ada kat New Zealand.. jadi juga belajar ye.. best tengok kau punya blog.. aku arrived dari Prof. Kamil blog.. Rakan bilik masa PTK 3 kat Intekma bersama dgn Halil, dan tah apa nama bomoh tu tah.. ramal soalan PTK keluar...ha ha.. orang muda memang selalu terpengaruh... good knowledge for your children belajar cara minyak dihasilkan... yusof uitm perak @ university of salford. uk..

    ReplyDelete
  2. Lama tak menjengah ke sini. Sekali tgk, mcm2 entry dah ada. Menariknya life kat sana....and what's more amaze me is that....ada time tu nak update citer mcm2 kat sini. bagus le....

    Sedapnya bau lavender kan? menenangkan....

    ReplyDelete
  3. Salam KA...lama tak post email kat aku?...Yusof..ha..ha..hidup kau di UK ha..ustaz bomoh tu dari T'ganu...

    ReplyDelete
  4. salam khairul

    mohon emailkan pada kawan-kawan yang you tahu ambik kwsp dan nak tukar ke pencen layari web www.jpapencen.gov.my dan download borang, pastu sign dan lengkapkan butiran khususnya no pekerja pos ke Timbalan Pendaftar Kanan Bahagian Kebajikan stf pejabat pendaftar uitm 40450 shah alam selangor. mohon satu salinan hantar pada saya di segamat

    thanks

    ReplyDelete
  5. Salam Yusof & Halil,
    nampaknya semua sahabat PTK masing jauh di perantauan. Haha . Lama tak dengar berita dari Bomoh PTK. InsyaAllah kita jumpa nanti untuk bincang soalan exam PTK seterusnya .. Ha ha .. emaillah saya kat khairul.kamarudin@gmail.com

    Salam Dalila,
    Terima kasih Dalila, entry ni sekadar mengisi masa. Menulis dengan santai sahaja untuk tatapan keluarga dan sahabat2. semoga Dalila sukses dan dipermudahkan dalam PhD..

    Salam En. Khairul (PTD)
    InsyaAllah akan sampaikan pada semua rakan2 yang lain. Untuk makluman saya tidak mendapat opsyen untuk Gaji dan Opsyen lain. nanti saya email alamat terkini saya... Terima kasih atas makluman tentang info terbaru itu...

    ReplyDelete