Sudah lebih sebulan, kami berpindah ke rumah baru. Rumah baru ini terletak di Naenae, Lower Hutt iaitu lebih kurang 30 minit dari Wellington City. Sebelum ini kami tinggal di Epuni, iaitu sebuah rumah 2 bilik. Di rumah lama, kami gunakan 1 bilik sebagai office dan satu lagi sebagai bilik tidur. Kami semua tidur berjemaah la... Di rumah baru ni, anak-anak tidur di Master Bedroom, kami pula ambil 1 bilik dan 1 lagi kami gunakan sebagai office.
Sewa kawasan ni lebih murah sebab ia agak jauh sedikit untuk ke Bandar. Sewa rumah baru ini ialah NZD 320 seminggu iaitu mahal NZD 20 berbanding dengan rumah sebelumnya. Alhamdulillah rumah baru ini lebih selesa terutama anak-anak. Najmi, Ainul dan Imran sungguh gembira apabila pindah ke sini. Mereka boleh lepak di bilik mereka untuk bermain atau bermain di luar rumah.
Najmi minat memasak BBQ
Imran berehat makan Aiskrim lepas penat main basikal
Saya kemudiannya belikan satu set BBQ untuk Najmi. Apalagi, suka yang amat sangat Najmi. Jiran-jiran kawasan ni pun ok juga. Jiran sebelah kanan rumah namanya Claire, siap bagi kebenaran untuk ambik buah plum dia. Sementara jiran sebelah kiri pula namanya Ivan, dia siap offer pinjamkan mesin potong rumput jika perlukan.
Salam Khairul.
ReplyDeleteApa khabar? Wah! seronoknya anak-anak pindah rumah baru. Dapat bilik sendiri.
Salam Tuan Presiden?
ReplyDeleteHow was ur trip?? jangan lupa share ur experience with rombongan che kiah...coz kami pun nak menyusul jugak...bila x tau..soon!!!Takpun jom kita ke Aussie...hehe
wahh... imran dah besar dlm gmbr tu. dah tak mcm baby.
ReplyDeleteSalam En Halim
ReplyDeleteTerima kasih. Alhamdulillah. rumah ini lebih selesa
Salam Ueya,
Tiada masalah, semua maklumat akan dikongsikan. ke Oz, he he ,, bergantung kepada progress PhD ni...
Salam Nuha,
bila nak jalan ke sini