Kepada semua sahabat, Selamat Mencuba.
Bahan-Bahan Untuk Ayam:
1 ekor ayam(dibersihkan)
3 ulas bawang putih(dimesinkan)
½ bawang besar(dipotong bulat-bulat)
½ bawang besar(dipotong 2 besar-besar)
1 sudu teh lada hitam
1 sudu teh Rosemary herb
½ sudu teh serbuk Oregano
1 ½ sudu besar Lea Perrin's Worcester Sauce
Garam secukup rasa
Minyak Zaitun
Bahan-Bahan Untuk Gravy:
25 gm mentega(salted butter)
Tepung gandum
½ cawan air panas
Cara: | |
Cara Memasak Ayam Panggang Rosemary:1. Perapkan ayam bersama garam, bawang putih,rosemary,oregano, lada hitam dan Worcester Sauce selama 45 minit. 2. Sumbatkan bawang besar yang dipotong besar ke dalam ayam. 3. Letakkan bawang besar yang dipotong bulat diatas ayam. 4. Tuangkan sedikit minyak zaitun ke atas ayam. 5. Masukkan ayam tadi ke dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu. 6. Masak lebih kurang 35-40 minit atau sehingga cecair jernih keluar dari ayam apabila dicucuk dengan garfu. Hidangkan Ayam. Cara Membuat Gravy: 1. Setelah ayam diangkat, tuangkan air panas ke dalam bekas memanggang dan kacau untuk mendapatkan baki minyak dan jus yang ditinggalkan ayam panggang tadi. Ketepikan. 2. Di dalam periuk, panaskan mentega dengan api kecil sehingga cair.Angkatkan dari dapur. Masukkan tepung sehingga campuran menjadi pekat kacau hingga sebati. 3. Masukkan air tadi dan kacau sebati diatas dapur dengan api yang kecil. Masak sehingga pekat sedikit dan jangan masak terlalu lama. Hidangkan. |
Assalamualaikum..
ReplyDeleteEn K dan Puan Wan apa khabar? semoga sihat2 selalu dan di bawah rahmat Allah..;)
perghh..masih lagi bergiat aktif dalam aktiviti masakan rupanya abe khairull..hehehe..
ReplyDeletesalam, en k...
ReplyDeletepn wan...
waa.....meletoppp!!! blognyer...
mntk izin link blog ni dari blog sy...
(http://andehsilodeh.blogspot.com/)
slamat belajar
sy da graduate
ade pluang nk smbg cam en k and pn wan
...hehehee~
awat tak letak gambaq dia sama, barulah terliuq(org utara). nak cubalah.
ReplyDeletesalam..
ReplyDeleteemmm..nampak menarikk..tapi kalau ada gambar lagi menggoda...
kakliza pun dah pernah masak ayam bakar rosmary ni...