Showing posts with label Resepi. Show all posts
Showing posts with label Resepi. Show all posts

Wednesday, March 17, 2010

Kuih Cakoi

Tiba-tiba teringat kesedapan kuih cakoi. Sedap macam mana ye? Rasanya biasa je. Mungkin bila dah lama-lama di perantauan ni, semua makanan jadi sedap. Kuih cakoi sebenarnya 'simple' sahaja (resepi ada di mymesra). Saya selalu beli di Pasar Ramadhan di Segamat. Paling saya suka kalau dicicah dengan kuah kacang.. huh sedapnya.


Alhamdulillah, percubaan pertama membuat kuih ni berjaya. Walaupun mungkin bentuknya tak se'perfect' macam di pasar Ramadhan tu, tapi rasanya sedap. Nampaknya kemahiran memasak semakin bertambah ni.. dari nugget, keropok lekor, apam balik, murtabak, satay, kuih cakoi, beriyani, dll, InsyaAllah, bila pencen nanti bolehlah saya bukak gerai pasar malam.. ha ha .. [gurau sahaja]

Monday, January 12, 2009

Ayam Panggang Rosemary

Saya sudah tidak ada idea untuk menulis entri untuk blog ini. Di sini saya kongsikan resepi menyediakan ayam panggang Rosemary. Inilah makanan yang selalu saya bawa, kalau ada sebarang majlis dianjurkan oleh rakan-rakan. Ini disebabkan ia amat mudah disediakan. Resepi ni saya dapat dari mesra.net. (http://resepi.mesra.net/Detailed/4733.shtml).

 

Kepada semua sahabat, Selamat Mencuba.  

 

Bahan-Bahan Untuk Ayam:

1 ekor ayam(dibersihkan)
3 ulas bawang putih(dimesinkan)
½ bawang besar(dipotong bulat-bulat)
½ bawang besar(dipotong 2 besar-besar)
1 sudu teh lada hitam
1 sudu teh Rosemary herb
½ sudu teh serbuk Oregano
1 ½ sudu besar Lea Perrin's Worcester Sauce
Garam secukup rasa
Minyak Zaitun


 



Bahan-Bahan Untuk Gravy:

25 gm mentega(salted butter)
Tepung gandum
½ cawan air panas













Cara:
Cara Memasak Ayam Panggang Rosemary:1. Perapkan ayam bersama garam, bawang putih,rosemary,oregano, lada hitam dan Worcester Sauce selama 45 minit. 

2. Sumbatkan bawang besar yang dipotong besar ke dalam ayam.

3. Letakkan bawang besar yang dipotong bulat diatas ayam.

4. Tuangkan sedikit minyak zaitun ke atas ayam.

5. Masukkan ayam tadi ke dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu.

6. Masak lebih kurang 35-40 minit atau sehingga cecair jernih keluar dari ayam apabila dicucuk dengan garfu. Hidangkan Ayam.

Cara Membuat Gravy:

1. Setelah ayam diangkat, tuangkan air panas ke dalam bekas memanggang dan kacau untuk mendapatkan baki minyak dan jus yang ditinggalkan ayam panggang tadi. Ketepikan.

2. Di dalam periuk, panaskan mentega dengan api kecil sehingga cair.Angkatkan dari dapur. Masukkan tepung sehingga campuran menjadi pekat kacau hingga sebati.

3. Masukkan air tadi dan kacau sebati diatas dapur dengan api yang kecil. Masak sehingga pekat sedikit dan jangan masak terlalu lama. Hidangkan.