Wednesday, November 26, 2008

Day 8 (Finale) : Rotorua-Wellington

Hari ini ialah hari terakhir ekspedisi kami. Perasaan rindu pada rumah di Lower Hutt dan pejabat di Rutherford House mula timbul. Tambahan pula budget kewangan sudah sampai hampir mencapai limitnya. Namun bak kata pepatah Melayu, alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke lengan. Oleh sebab itu pagi-pagi lagi kami sudah bangun bersiap untuk perjalanan hari yang terakhir.



Ainul Skyline Gandola



Imran sungguh gembira


Selepas sarapan dan dan siap semua bekal, kami terus ke Skyline Gandola. Hujan rimis turun tidak mematahkan semangat kami. Kami menaiki Gandola terus ke puncak bukit. Dari situ kami sekeluarga memandu luge turun ke bawah bukit. Najmi memandu sendirian, sementara Ainul dan Imran bertukar-tukar menumpang saya dan deb. Ianya seakan-akan memandu go-kart, tetapi bezanya ialah ia tidak berenjin dan menuruni bukit yang curam.



Papa & anak-anak



Tak sabar nak mencuba luge


Apabila tiba di bawah bukit, kami terpaksa menaiki chair-lift. Masa itu, saya simpankan perasaan gayat jauh-jauh didalam hati supaya Imran tidak panik. Ianya agak menakutkan juga kerana ia amat berbeza dengan Gandola yang tertutup dan selamat. Hati saya amat takut kalau Imran panic dan melompat turun dari chair-lift ini.



Najmi suka sangat memandu Luge



Begitu juga dengan Imran & Ain


Walaupun Imran dan Ain agak takut menaiki chair-lift ini, ia hilang dek keseronokan memandu luge. Bila saya beritahu Ainul dan Imran, jika mereka memandu luge turun dari bukit, mereka terpaksa naik menggunakan chair-lift. Mereka tetap mahu juga. Akhirnya pada hari itu, kami sekeluarga bermain luge sebanyak tiga kali, dengan erti kata lain, tiga kali juga kami menaiki chair-lift untuk naik ke atas semula.



Amat menggayatkan. Tiada tempat letak kaki OO. Kalau anak lompat bawah Camna



Bila dah turun sungguh lega...


Tempat-tempat lain di Rotorua kebanyakannya kami sudah lawati. Kecuali beberapa tempat seperti Agrodome dan Te Puai, yang ini kami reserve untuk tahun-tahun yang akan datang. Dalam perjalanan pulang kami singgah sebentar di Mud Pool. Saje je nak refresh memory.



Mud Pool



Bau Busuk makin menjadi-jadi bila hujan



Imran tertanya-tanya "Bagaimana lumpur ini boleh menggelegak?"


Lebih kurang pukul 6.30 petang kami tiba di Lower Hutt. Berakhirlah sudah percutian selama 8 hari 7 malam kami di North Island. InsyaAllah ada rezeki, musim panas tahun depan boleh pergi jalan ke South Island pulak. He he . Persoalannya adakah ongkosnya, masanya dan Nissan Bluebird kesayangan kami mampu menghadapinya.


Sekian... Sekarang ni tengah sibuk menjalankan kerja-kerja yang menimbun selepas sekian lama meninggalkan Office. Esok sampai Sabtu akan pergi Seminar Corporate Governance...

2 comments:

  1. salam,
    Seronok tengok gambar awak anak beranak di NZ. Masa kami di Edinburgh dulu tak ada blog. cuma ambik gambar dan simpan dalam album je.. sekarang ni semua boleh tengok dan moga-moga ramai yg teringin sambung belajar di NZ plak. Memang buat PhD ni teruk tapi kena pandai bagi masa dan ada masa kita memang enjoy betul.. selamat berjuang dan berseronok.

    ReplyDelete
  2. Salam Dr. Ahmad,
    Terima kasih. Selepas penat studi, seronok sangat dapat membawa anak-anak berjalan. Dapat juga lepaskan tekanan dan celebrate stage defend proposal. Saya 'syok' sendiri menulis blog ini. Namun ia dapat juga memberi khabar kepada keluarga dan sahabat di Malaysia.
    Di tempat saya (Victoria University of Wellington) ada department religious studies. Bolehlah Dr. Ahmad buat Sabatikal kat sini..

    ReplyDelete