Hari ke empat, kami mulakan dengan melawat One Tree Hill. Pemandangan Bandar Auckland kelihatan dari puncak bukit ini. Nama One Tree Hill ini disebabkan adanya sebatang pokok yang sangat besar di puncak bukit ini. Tetapi tiada lagi pokok yang sebatang tu, saya tidak pasti cerita pasal pokok sebatang ni . Yang pastinya ada orang geram pergi menebangnya. Adakah orang Maori atau orang Putih, saya tak pasti.

One Tree Hill

Pemandangan bandar Auckland dari One Tree Hill

Parry Kauri Park di Warkwarth

Aduh!! beratnya kayu Kauri ni

Singgah-Menyinggah di Sheep World

Saya nak beli Sheep ni

Town Basin - Bandar lama yang masih dikekalkan di Whangarei

Posing di Whangarei

Nampak kesenian bangunan lama

Melawat Clock Musuem di Whangarei

Waitangi Treaty House

Melawat tempat sejarah

Family Photo di Waitangi
Kami kemudiannya bergerak meninggalkan Bandar Auckland. Kami singgah di bandar Whangarei sebelum tiba di Bay of Islands. Selepas ‘check in’, pada sebelah petang kami pergi ke Waitangi Treaty Ground (tempat perjanjian Mouri dan Mat Salleh). Kami kemudiannya berehat sebentar di tepi Pantai. Pemandangannya sungguh indah. Sebelum pulang ke Sub Lime Apartment, saya pergi mencari Ayam atau daging halal, namun tiada (di Auckland dan Wellington, ayam Halal ada dijual di Supermarket PakNSave). Jadi malam tu kami makan makanan laut sahaja.
No comments:
Post a Comment