Sunday, November 23, 2008

Day 6 - Hole in the Rock

Hari ke 6 cuti-cuti kiwi ini kami isi dengan melawat sekitar Bandar Paihia dan menaiki cruise ke Hole in the Rock. Kami juga berkemas untuk ke destinasi seterusnya iaitu Coramandel Peninsular. Kami menaiki cruise Great Insight untuk melawat ke Cape Brett-Hole in the Rock pada pukul 9.15 pagi. Ain dan Imran dikecualikan dari membayar tiket. Alhamdulillah selamat sikit duit.



Jeti Paihia, sedang tunggu Papa beli tiket



Saya kena bayar, Imran & Ainul percuma



Adakah aku akan mabuk laut.


Kami berhenti sebentar di bandar Russel untuk mengambil penumpang dan kemudiannya bergerak menuju ke Hole in the Rock yang berada di tengah lautan. Sepanjang perjalanan, feri kami berhenti lebih kurang di setiap tempat tempat menarik. Antara yang paling disukai oleh Najmi, Ainul dan Imran ialah melihat dolphin liar bermain-bermain. Mereka meluangkan masa melihat dolphin sambil duduk di depan feri tersebut. Dalam masa yang sama, pemandu feri memberikan penerangan tentang dolphin itu.




Bergerak meninggalkan bandar Paihia

 alt=

Bergurau mesra.. Jangan jatuh dari Feri sudah lah

Tempat yang paling menarik yang ingin menjadi tarikan ialah Hole in the rock. Ia merupakan suatu gua besar yang berada di tengah lautan. Hole in the Rock ini amat menarik perhatian saya deb, tetapi bukan Najmi, Ainul dan Imran. Mereka lebih suka melihat dolphin. Dalam perjalanan pulang ke Paihia, kami dibawa melawat Black Rock, kawasan batu-batu hitam di tengah laut yang terjadi akibat gunung berapi. Ianya sangat unik.




Imran dengan senyuman ala-ala Abang Hamdi (cousin)


Dolphin bermain sekitar feri



Asyik melihat dolphin




Posing di Hole in the Rock


Deb dan anak-anaknya di Hole in the Rock


Kami tiba semula di pelabuhan pada pukul 12.30 tengahari. Selepas berehat sebentar kami bergerak turun ke destinasi seterusnya iaitu Orere Point. Hari sebelum itu, kami menerima jemputan dari dari Suhaimi dan Asiah yang tinggal di Albany, North Shore. Terima kasih Suhaimi dan Asiah. Untuk tidak menghampa mereka dan untuk menjalinkan silatur-rahim, kami singgah sebentar di rumah mereka. Rumah mereka sungguh cantik dan berada dikawasan orang kaya-kaya. Saya sempat mengusik Suhaimi, inilah rumah pelajar Malaysia yang paling cantik yang pernah saya temui.



Inilah peta dan tempat yang kami lawati



Kelab wanita sedang bergambar



Inilah rumah Suhaimi & Asiah. Besar tak?

Terima kasih atas jemputan dan layanan mesra.

Lebih kurang pukul 7.00 petang, kami meneruskan perjalanan ke Orere Point untuk bermalam dan berehat. Esoknya kami akan menyusuri jalan pantai dari Orere Point ke Thames, Coromandel dan seterusnya ke Rotorua.

1 comment:

  1. hi there!
    I made on photoshop animated myspace banners.
    take a look at them:
    http://tinyurl.com/5pq6aj
    Thank you for your site :-) xoxo

    ReplyDelete