Saturday, November 22, 2008

Day 5: Cape Reinga - Pertemuan Dua Lautan

Pada pukul 6.oo pagi kami bertolak ke Kaitaia, iaitu bandar terakhir di North Island. Dari situ, kami ke menaiki bas pelancong untuk ke Cape Reinga (titik paling hujung di utara New Zealand). Dalam perjalanan, kami singgah melawat ke bekas Gumdigger site, di mana suatu ketika dahulu pendatang Yugoslovakia menggali Gum yang dihasilkan oleh pokok Kauri yang tertanam beribu-ribu tahun di dalam tanah. Pokok Kauri ini hanya terdapat di bahagian Northland, New Zealand sahaja. Ia merupakan suatu bahan yang beharga dan banyak kegunaannya. 



Bandar Kaitaia ke Cape Reinga lebih kurang 100 km




Menunggu bas pelancong tiba


Posing di Gumdiggers Park


 


Kami juga singgah di Rarawa Beach di mana pasirnya adalah dari bahan silika putih. Warnanya sangat putih dan nak buka mata pun sangat susah. Dahulu, silika ini di ambil untuk membuat kaca bermutu tinggi. Pemandu bas (bernama Bobby) sentiasa memberikan penerangan tentang sejarah dan aktiviti masyarakat di sepanjang laluan menuju ke Cape Reinga. Sesekali beliau menyanyikan lagu Maori untuk menghiburkan kami.. Sepatah pun liriknya kami tidak fahami. Ha ha ...




Rarawa Beach- Tak boleh nak buka mata


Cape Reinga: Pertemuan dua lautan



Family Photo ke light house Cape Reinga




I was here at the northest point in New Zealand

Pada pukul 12.00 tengahari, kami tiba di Cape Reinga. Terdapat sebuah rumah api sebagai mercu tandanya. Perjalanan ke situ amat membosankan selain dari terpaksa melalui jalan tidak berturap sejauh 20km terakhir sebelum tiba di sana. Namun ianya sangat-sangat berbaloi. Tempatnya sungguh mempesonakan. Dari rumah api Cape Reinga, kami dapat menyaksikan pemandangan yang tersangat indah, iaitu pertermuan dua lautan. Jelas kelihatan arus pertemuan Tasman Sea dan South Pacific Sea. MasyaAllah. Sungguh indah pemandangan itu. Mungkin disebabkan itu, orang Maori percaya bahawa roh nenek-moyang mereka berlepas ke alam lain melalui kawasan petemuan dua lautan tersebut.


 



Perjalanan ini sentiasa menyebabkan saya lapar.



Mendaki Sand Dunes


Kemudiannya kami dibawa ke Sand Dunes, iaitu sebuah gunung pasir halus. Kawasan ini hanya boleh dimasuki dengan kenderaan 4X4 atau pemandu bas professional. Di sini kami bermain luncur menggunakan sled (upih pinang) seakan-akan bermain-main salji, tapi kali ini meluncur pasir yang sangat halus. Najmi, Ainul dan Imran seakan-akan tidak mahu pulang dek keseronakan bermain.




Imran jatuh TERGOLEK, namun gembira


Best, macam pergi main snow kat Turao, Mount Ruapehu



Family Photo kat 90 Mile Beach


Perjalanan pulang ke Kaitaia melalui pantai 90-mile Beach sangat menarik kerana bas bergerak melalui pasir sepanjang pantai. 90-Mile Beach ialah pantai yang sangat cantik dan hanya boleh dilalui oleh bas atau kenderaan 4x4. Sesekali di luar tingkap bas, kelihatan sisa kenderaan yang terperangkap di dalam pasir atau pasir jerlus di situ.




Najmi di 90 Mile Beach


Batang pokok Kauri yang ditebuk untuk dijadikan tangga



Perabut dari pokok Kauri


Akhir sekali, kami singgah di Kauri Kingdom, tempat jualan hasil-hasil dari pokok Kauri. Selain dari perabut, terdapat juga batu-batu permata dan hiasan yang dibuat dari gum yang keluar dari pokok Kauri. Pada pukul 5.00 petang, bas kami tiba di bandar Kaitaia dan kami kemudiannya memandu pulang ke Bay of Islands. Malam itu, kami tidur kegembiraan dalam kepenatan. InsyaAllah, jika ada izin Nya sebelum pulang ke Malaysia suatu hari nanti, ingin sekali lagi kami melawat Cape Reinga dan menyaksikan keindahan alam ciptaanNYa.

No comments:

Post a Comment