Thursday, November 27, 2008

Upah menukar minyak hitam

Upah menukar minyak hitam di Wellington sangat-sangat lah mahal. Kalau di Malaysia, ia dahulunya adalah sekitar RM 5.00 hingga RM 10.00 atau kadang-kadang diberikan percuma oleh mekanik atau tauke workshop tu. Di sini upahnya ialah NZD 35.00 iaitu lebih kurang RM 80.00. Duit NZ$ 35.00 tu boleh dapat beli kambing separuh atau 7 kilo ayam frozen.



Kos yang amat mahal telah menjadi sebab untuk saya belajar melakukannya sendiri. Sekarang ni saya dah boleh tukar sendiri minyak hitam tu. Jimatlah NZ35.00. Cuma sisa minyak tersebut tidak boleh di buang merata-rata. Jika tidak, masuk jail la jawabnya. Di Lower Hutt City, setiap tahun akan diadakan suatu hari untuk melupuskan bahan merbahaya seperti sisa minyak, racun, bateri, dll. Jadi terpaksalah tunggu hari itu untuk lupuskan semua bahan bahaya ini.

5 comments:

  1. hahahahaha....baru tahu...kalau kat malaysia dah lama buang dlm longkang,kan.hahahaha...tak rimas ke hidup penuh peraturan?

    ReplyDelete
  2. Syaliza,
    kat Malaysia lain, di mana bumi di pijak, disitu langit di junjung.,.. Di sini, masyarakat mementingkan alam sekitar. Budaya recycle di tanam pada kanak-kanak sejak usia yang sangat muda.

    Bagi kami lama lama dah biasa.. yang bagusnya kalau nak bawa anak mandi kat sungai mana-mana pun boleh. dan kalau nak minum air dari paip terus pun boleh ... tak payar pakai water filter .. ha ha

    ReplyDelete
  3. hahaha...Syaliza
    camanalah agaknya kalau hidup tak ada peraturan...
    dalam Islam pun ada peraturan.. semuanya untuk kebaikan sejagat.

    ReplyDelete
  4. Salam Khairul dan keluarga.

    Wah Khairul, banyak betul ilmu yang diperolehi dalam setahun berada di New Zealand. Dah pandai jadi pomen pulak. Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  5. Salam En. Halim
    Apa boleh buat En. Halim. Manusia itu kalau dalam tekanan (susah), barulah potensinya dicungkil sepenuhnya, perasaan malu tak bertempat pun tak ada juga. Ha ha

    Tapi kalau balik Malaysia, saya tetap akan bagi Pakcik Gemereh tu buatkan. Bagilah bisness pada mereka juga... betul tak En. Halim

    ReplyDelete