Monday, November 3, 2008

NZ Driving Test

Saya mengambil sekali lagi ujian praktikal memandu. Setelah kandas di percubaan kali pertama, saya tercari-cari di mana silapnya. Selepas mengenal pasti beberapa faktor teknikal yang perlu dibaiki, akhirnya jawapan yang paling utama dijumpai iaitu tiada rezeki dari Allah swt. Walaupun sudah berpengalaman memandu selama 15 tahun, ia adalah sebaik-baik peringatan bahawa Allah lah yang sebenarnya memberikan kejayaan dan rezeki. Jangan sekali kita ingat, kita boleh berjaya disebabkan kita dah 'terror' atau berpengalaman.



Sebelum mengambil ujian, saya telefon mak & abah di Malaysia mohon doakan kejayaan saya. Selain itu, saya bersembahyang hajat, baca Yassin dan berdoa agar di permudahkan. Sebelum ujian, saya berselawat, berzikir dan baca doa & ayat penyejuk hati, untuk tiupkan pada 'tester minah saleh' tu.



Tup tup, dapat Tester yang sama. Dua minggu lepas, dia berleter dan marah-marah. Semuanya salah. Dalam hati berkata "Ya Allah Ya Tuhanku, Selamatkan Hamba mu Ini". Alhamdulillah kali ini Minah Salleh tu diam je. Saya tak berhenti berdoa kepada Allah. Lepas satu ujian ke satu ujian lulus. Mula dengan memandu di bandar, taman (kampung), highway dan Hazard identification semuanya berjalan lancar. Sebelum turun dari kereta, Minah Salleh tu berikan lesen memandu sementara sambil berkata "Good driving, your license will be in your mail box in two week times".



Saya bersyukur kepada Allah swt. Terima kasih kepada Bro. Nikin yang membantu mengajar saya dan Terima kasih kepada Abang Ali yang meminjamkan Mazda Capella kesayangannya. Jasa kalian tidak akan dilupakan.

3 comments:

  1. Tahniah, Khairul... dah oleh pandu kereta dtg ke Auckland la....

    ReplyDelete
  2. Salam Ridzuan,
    ok. dah boleh dah ...
    Isnin petang aku sampai Auckland

    ReplyDelete
  3. Wah...tahniah....hehehe en K, gagal sekali tidak bermakna gagal selama-lamanya!

    ReplyDelete