Tuesday, November 25, 2008

Day 7: Orere Point-Thames-Coromandel-Rotorua

Selepas bersarapan pagi, kami bergerak dari Orere Point ke Thames dengan menyusuri jalan pantai. Cuaca ketika itu sangat panas. Auckland sememangnya sangat panas jika di bandingkan dengan Wellington. Pemandangan laut sepanjang pantai sangat menarik, namun kami memecut laju ke Thames. Kami tidak sabar untuk memulakan ekspedisi menjelajah Coromandel Peninsular yang bermula dari bandar Thames.



Sarapan pagi



Anak teruna kami dah pandai posing


Selepas I jam memandu, kami tiba di bandar Thames dan kemudiannya terus bergerak ke Coromandel. Kereta Nissan Bluebird kami menyusuri tebing-tebing laut. Saya tidak dapat menikmati pemandangan indah tersebut kerana terpaksa focus pada pemanduan. Namun Deb dan anak-anak enjoy menikmati pemandangan indah. Kadangkala mereka gayat bila mana kerete terlampau hampir dengan tebing laut. Bagi saya, secara peribadi saya lebih sukakan Bay of Islands dari Coromandel Peninsular.



Inilah di Waiau Waterworks



Racing siapa lagi jauh



Apa nama permainan ni entah ?



Jam ini digerakkan oleh sistem air


Selepas berehat sebentar di Coromandel, kami membawa anak-anak ke Waiau Waterworks. Tempat ini sebuah taman yang penuh dengan pelbagai benda/permainan yang berasaskan kepada teknologi air. Walaupun barang-barang ini dibuat dari kayu atau barang terpakai, kebijaksanaan penciptanya jelas kelihatan. Setiap barang yang dihasilkan akan di susuli dengan maklumat sains tentang teknologi yang berkaitan. Najmi, Ain dan Imran begitu excited mencuba benda-benda yang ada di situ.



Najmi mengayuh basikal terbang



Bermain perang air


 


Kami sempat makan tengahari dan berkelah di Waiau Waterworks. Peluang berkelah di tepi sungai ini dituruti dengan upacara mandi-manda. Suka yang amat sangat Najmi, Ainul dan Imran dapat mandi di Sungai. Tahu sahajalah apabila budak-budak jumpa air…



Main buai sebelum terjun sungai di belakang



Menyejukkan dan menyegarkan badan


Selepas puas di Waiau Waterworks kami terus bergerak turun ke Rotorua. Perjalanan kali ini jauh dan lama. Jadi untuk bersembahyang amat senang sahaja. Berhenti sahaja di mana-mana tempat rehat. Bentangkan tikar dan keluarkan kompas. Kalau nak cari masjid atau surau memang tiada kelihatan… 



Mandi Jakuzi pula kat Rotorua



Tidur kepenatan


Kami mempunyai dua option iaitu untuk tidur di Rotorua atau Taupo. Berdasar pengalaman lawatan ke Taupo dan Rotorua yang lepas. Saya memilih untuk menginap di Rotorua. Sebab ianya lebih murah dan bilik motel siap dengan jakuzzi. Selain itu, udara yang berbau sulfur juga baik untuk kesihatan. Malam itu, kami makan malam dengan ikan Salmon yang dibeli di PakNSave Rotorua. Tiada ayam atau daging halal dijumpai di Rotorua.

5 comments:

  1. 'udara yang berbau sulfur juga baik untuk kesihatan'.. arr? iyer ke? tak tahu pon.. heheh. Seronoknya berjalan, saya tumpang seronok bca dan tgk gambar jer laa heheh. BTW saya balik 2dec =) bleh raya haji kat rumah

    ReplyDelete
  2. Zen,
    Sorry kalau salah fakta, Itu orang Maori (Whakarewarewa Village) yang cakap. Dia kata baik untuk bronchitis dll.

    Entah lah Zen, takut dia temberang je. Tapi baik pulak batuk-batuk abg khairul ni bila sampai kat sana. he he

    ReplyDelete
  3. Suka yang amat sangat Najmi, Ainul dan Imran dapat mandi di Sungai. Tahu sahajalah apabila budak-budak jumpa air…

    Encik,ayat kat atas ngan gambo yang disertakan macam encik je paling excited?ngee.bestnye jalan jalan makan angin negara orang!!:)

    ReplyDelete
  4. Rehan,
    Saya pun excited juga. Teringat zaman kecik2 dulu setiap hari mandi sungai.

    Rehan,
    jom la jalan sini ajak Kalsum dan kawan-kawan yang lain sekali.. he he

    ReplyDelete
  5. InsyaAllah encik, ade masa dan duit, kami jejak nz tuh nanti.
    tungguu~~ hehe.
    Encikk, u will be there until when ey? (nak plan2 and buat budget;p)

    ReplyDelete