Selepas bermalam di Manukau City, kami bersiap-siap untuk ke Rainbow's End. Bagi menjimatkan kos percutian ini, kami bermalam di Holiday Park sahaja. Ianya jauh lebih murah dan Cabin yang kami sewa lengkap dengan kemudahan memasak. Selain itu, di Holiday Park juga disediakan mesin basuh dan Dryer dengan caj NZ$ 2.00 setiap satu. Jadi sangat-sangat sesuailah untuk kami.
Pukul 10 pagi, kami sudah berada di Rainbow's End. ianya terletak lebih kurang 4 minit sahaja dari tempat kami bermalam. Rainbow's End ini ala-ala Genting Highland Theme Park, tetapi ianya lebih kecil. Namun ianya sudah cukupuntuk mengembirakan Najmi, Ainul dan Imran

Melompat keriangan bila tiba di tempat yang dijanjikan

Sabar menanti Papa membeli tiket

Jom tengok peta dulu

Yeah kami nak pergi Cadbury Land Castle

Naik Dragon Flight

Imran naik 7 round Space shuttle

Papa dan Najmi main 'bumper boat'

Excited masa nak naik ..

Tu Dia... Menjerit Sakan

Jom Tengok 3D Sponge Bob kat Motion Master

Saya nak naik ni (Fear fall)

Riang gembira

Log Flume (ni round ke 2)

Beli air sekejap, makanan tak boleh (haram).. jadi nanti kita buka bekal

Yeah.. dalam princes castle

Ainul puas hati

Imran & Ainul - Car Wash Convoy
Tepat pukul 5.00 petang, kami meninggalkan Rainbow's End untuk ke Avondale Motor Park, Auckland. Kami sempat mencuri sedikit masa untuk berehat sebentar, sebelum bersiap untuk pergi berjumpa dengan Zati dan Shah. Mereka membelanja kami makan Heat Pizza pada malam itu. Kami juga dibekalkan Pizza untuk Sarapan esok hari. Sedap sungguh Heat Pizza tu, tambahan pula bila orang lain yang bayar.. he he


No comments:
Post a Comment