Sunday, November 30, 2008

Conference of Corporate Governance

Tiga hari (27-29 Oktober 2008), saya dan deb menghadiri Conference of Corporate Governance. Ianya di adakan di Ground Floor, Rutherford House (iaitu dibawah Pejabat kami di Level 1). Programnya amatlah simple. Selepas mendapat fail, kami terus mengikuti Program yang dilaksanakan. Hadirannya datang dari pelbagai universiti dan pegawai tinggi kerajaan.



Tempatnya juga teramat sempoi iaitu di Dewan Kuliah sahaja. Bila saya tengok brochurenya bukan main banyak Sponsor, iaitu dari PWC, KPMG, Chapman Tripp, Ministry of Economic Development, New Zealand Institute of Charted Accountants (NZICA) dan juga Treasury. Namun yang datangnya bercakap semuanya hebat-hebat, iaitu Accountant General, Chairman Security Commission dan Timb. Perdana Menteri merangkap Minister of Finance and Infrastructure selain dari jemputan dari luar negara.



Bila saya intai lunch mereka, teramatlah simple iaitu sandwich dan Pizza sahaja. Ia jauh berbeza dengan seminar di Malaysia yang diadakan di Hotel yang bertaraf berbintang-bintang. Saya insafi diri bila melihat disiplin dan keazaman semua peserta untuk menghayati isu-isu yang dibahaskan tanpa sedikit komen tentang tempat atau makanan yang disediakan..

5 comments:

  1. En. Khairul,

    Share lah apa inti pati conference tersebut. Harap di lain masa, En. Khairul boleh updatekan conferences yg menarik & important dates di blog ini.

    TQ

    ReplyDelete
  2. KA,

    Itulah namanya majlis ilmu...

    Kat tempat kita, bukan peserta sahaja, kadang2 ahli penganjur yang lebih kuah dari sudu!!!!

    p/s - Teringat perkara2 yang lepas esp program kita yg dolu-dolu. Saya nak jadi peserta sahaja lepas ni. Dunia...dunia....

    ReplyDelete
  3. tulah. akak pun pernah attend conferences and workshop last year di germany, memang simple majlis mereka. dibuat di universiti. buat di dewan kuliah lama. bangunan dieuropekan lama. tetapi pengisian ilmunya dan yg datang berkongsi ilmunya mmg dasyhat. terasa diri kerdil tetapi seronok bila ada positive feedback dr audience. beg conference pun simple sj. tiada grand dinner or makan dasyhat2 mcm conference di msia ni yg memerlukan belanja tinggi dan susah pula nak dpt sponsor. Moga slps ini ada perubahan baik utk conference di msia.

    ReplyDelete
  4. Salam Majdah
    InsyaAllah pada Feb 2009. Vic. Uni akan anjurkan PhD Colloqium terbuka kepada semua pelajar PhD.

    Salam Syah,
    Betul-betul,.. sebenarnya ilmu tu yang lebih penting dari soru..
    Aku memang terkejut, bila Pro Vice Canselor datang dari dari mula sampai habis dan participate dalam program ni..

    Salam K. Alhan
    Saya setuju dengan Kak. Sebenarnya kita ini terlampau protokol sangat dan sukar untuk mendapatkan sponsor untuk majlis ilmu .. ha h a

    ReplyDelete
  5. Salam Khairul.

    Jauh berjalan luas pandangan dan boleh buat perbandingan.

    ReplyDelete