Pada pagi Selasa dua hari yang lalu, 4 cubic meter kayu jenis Pine dan Gum tiba di halaman rumah kami. Ia adalah persiapan untuk menghadapi musim sejuk yang akan tiba tidak lama lagi. Pada hari itu, terpaksalah saya mengambil cuti kecemasan untuk menguruskan kayu-kayu ini. Kayu-kayu ini mestilah dimasukkan ke dalam garaj dengan segera. Jika berlengah dan tiba-tiba hari hujan, nanti terpaksa pula menunggu lama untuk matahari mengeringkan kayu ini.
Buruh kanak-kanak ini tak dapat bekerja sebab pegi sekolah
Tugasnya nampak mudah, iaitu angkat dan susun sahaja. Tapi apa yang berlaku ialah baru 1/2, badan, pingang, tangan dan kaki sudah mula sengal-sengal. Mungkin dah lama tak buat kerja berat.. Ha ha.. Semua otot-otot ini telah terlampau lama dimanjakan. Saat-saat ini, saya dan Deb terfikir bagaimana susahnya mereka yang bekerja sebagai buruh kasar mencari rezeki. Alhamdulillah menjelang tengahari semua kayu telah berjaya di susun. InsyaAllah kayu ini boleh tahan untuk kegunaan selama 6-8 bulan.
banyaknya Khairul.. kalah kami yang dok kat South Island ni.. :-)
ReplyDeletedi sini seb baik pakai gas heater. centralised lagi. hehe :)
ReplyDeleteAnija
ReplyDeleteInsyaAllah cukup untuk 6 bulan.
KNizam
Di sini ada juga gas heater, heat pump dll,
Cuma kayu api ini untuk yang paling jimat..