Monday, March 29, 2010

Fancy Shoes

Cuti sekolah akan bermula tidak lama lagi. Pihak sekolah pun semakin sibuk mengajurkan pelbagai aktiviti. Antara yang menarik ialah fancy shoes day. Najmi, Ainul dan Imran sibuk mencari kasut-kasut lama untuk dihias. Nasib baik saya tidak buangkan lagi. Mereka pun menampal pelbagai hiasan untuk menjadikan kasut buruk mereka menarik.


Setelah siap, kasut-kasut tersebut disimpan dengan baik untuk dipakai pada hari Jumaat. Mereka tak sabar untuk menggayakan fancy shoes tersebut. Apabila hari Jumaat tiba, masing-masing bersemangat untuk kesekolah kerana ada hadiah yang ditawarkan.

7 comments:

  1. Hmm. kasut lama yang di hias semula..

    ReplyDelete
  2. Mesti anak2 nie semakin bertambah kreatif..bagus

    ReplyDelete
  3. comei btul la......

    ReplyDelete
  4. Kami bersedia menerima tempahan.. he he

    ReplyDelete
  5. wah cantiknya. kreatif gilo tu. buat banyak-banyak nanti cik noor bukak car boot kat stadium pandamaran klang.he....he...

    ReplyDelete