Friday, March 26, 2010

Kereta Baru

Ini berita dari surat khabar lama. Sebulan yang lalu, kami telah membeli sebuah kereta baru [sebenarnya kereta lama] model Honda Odyssey tahun 1997. Harganya ialah NZD 3,350 [lebih kurang RM 8,400]. Boleh dikira sangat murah jika dibandingkan dengan harga di Malaysia. Kereta 7 seaters ini dibeli sebagai persiapan untuk membawa Atuk, Nenak dan Opah yang akan datang menziarah kami nanti.

Yang paling suka dengan kereta baru ini ialah Ainul, Najmi dan Imran. Dalam sekelip mata, Najmi, Ainul dan Imran beralih selera. Kalau boleh mereka nak saya menghantar dan menjemput mereka dari sekolah dengan kereta ini. Bak kata pepatah melayu, sudah ada gading bertuah, tanduk sudah tidak berguna lagi... he he. Secara peribadi saya lebih suka membawa kereta Nissan Bluebird lagi kerana ia lebih jimat kerana enjinnya hanyalah 1800cc manual transmission berbanding dengan Odyssey (2200cc, automatic)

Kepada abang atau kakak Pegawai Kastam yang baca entri ni, tolonglah kira berapa agaknya cukai yang yang kena bayar kalau bawa balik ke Malaysia? Entah-entah sekali ganda dari harga belian, ke boleh diskaun.. he he

4 comments:

  1. cantiklah kereta!!! Adelia siap boleh cakap dia tak suka kereta kecik kitorang...prefer Odyssey orang lain...sebab naik Odyssey boleh tgk keliling dgn jelas...hehehe.

    ReplyDelete
  2. Akma,
    Apa kata kita tukar ? Nak tak ?

    ReplyDelete
  3. en k, even cukai sekali ganda pon still murah dr nak beli kat m'sia...hehehhe... nanti en k leh tambah lg anak sbb odyssey nih 7 seaters, ada 2 lg yg kosong..hahhahaha

    ReplyDelete
  4. Siti,
    Ye lah tu, terima kasih atas cadangan. Kamu pakai kereta ke naik motosikal? Kalau naik motosikal tak boleh ada anak sampai dah beli kereta. Ha ha. Kalau pakcik yang ada bas sekolah tu, ramailah anak mereka ye. Ha ha ha // (jangan marah ye Siti)

    ReplyDelete