Thursday, March 25, 2010

Cita-cita

Saya bertanya kepada Najmi, Ainul dan Imran tentang cita-cita mereka. Najmi menjawab bahawa dia ingin menjadi 'professional gamer', manakala Ainul pula ingin bercita-cita untuk menjadi doktor. Yang paling mengejutkan saya ialah jawapan dari Imran, beliau bercita-cita menjadi tukang kebun. Saya cuba sedaya upaya untuk tersenyum sambil bersetuju dengan pilihannya.

Otago University adalah sangat popular dalam bidang perubatan.


Saya doakan suatu hari nanti Ainul akan kembali semula ke Dunedin untuk mengikuti pengajian di Otago Universiti dalam bidang perubatan. Untuk Imran dan Najmi, saya tidak dapat memberi sebarang komen buat masa ini. [he he]

6 comments:

  1. hah, dah sampai Dunedin ke khairul?? kami tunggu ni..

    ReplyDelete
  2. Anija,

    Belum lagi, itu gambar tahun lepas.

    ReplyDelete
  3. haha..tukang kebun..ok ape En K. Petani moden.

    Professional gamer sounds cool je..mungkin lps ni dia akan jd game inventor yg hebat instead of main game je..hehe

    dh mmg lumrah ppuan mmg cpt matang skit dr lelaki En K, sbb tu Ainul dh bfikiran jauh kehadapan..Di doakan Ainul dpt mengejar cita² dia.

    Saya ingt dulu saya pernah bercita² jd akauntan (masa tu tak tau pun ape benda akaun tu) and here i am..wpun bukan akauntan lg..but dekat² lah..heheh

    ReplyDelete
  4. SY BARU TERKENANG EN KHAIRUL, PN WAN.. TETIBA TERJUMPA PULA KAT FB.. INGAT SY LG? KALAU XINGAT CUBE LA INGAT KATA2 SY NI.. " SAMPAI MATI SY TAK LUPA EN KHAIRUL DAN PN WAN"...

    ReplyDelete
  5. Menariknya cita2 Najmi & Imran.. hehe.. Cita2 Ain sama dgn Sofea & Dina.. inspired by Cik Elly, agaknya nampak cool pakai kot warna putih. Tp Sofea kata dia tak nak jadi Dr yg balik lambat mcm Cik Elly :P Abg Hamdi dulu nak jadi zoologist, skrg nak jadi angkasawan pulak.

    InsyaAllah Cik Na doakan Ain & Sofea sama2 dpt buat Medic kat Univ of Otago, mcm aunty & mama sama2 belajar kat MRSM Taiping :-)

    ReplyDelete
  6. Shaifa & kak Na,

    Terima kasih banyak2, harap2 cita-cita Najmi dan Imran akan berubah bila mereka meningkat dewasa nanti.

    Cik Anonymous,
    Saya dan Puan Wan takkan lupa kata-kata tu. Hanya seorang pelajar sahaja yang pernah sebut perkataan tu dengan penuh perasaan. [he he] Saya pasti Cik Anonymous ialah pelajar [yang membawa beg yang banyak] yang cuba berjalan dari UiTM ke bandar Segamat disebabkan tiada teksi dan bas kan.. Kalau diizinkan nanti saya tulis entri pasal itu.

    ReplyDelete