Monday, March 1, 2010

BBQ di Kaitoke, Farewell Nik & Fatma

Pada 20 Februari yang lalu, kami bersama-sama sahabat2 Malaysia di Wellington ber'BBQ' di Kaitoke Regional Park. Hampir semua warga Post-Grads mengikuti program ini. Paling gembira ialah kanak-kanak terutamanya Najmi, kerana BBQ ialah aktiviti kegemarannya.

Najmi seperti biasa bertugas memasak Ayam BBQ

Antara juadah yang disediakan


Kelab Wanita: dari kiri (Datin, Kak Zeti, Deb, Khadijah, Abby, Hani, Aini, Zuryati, Pn Ros)

Sedapnya: Komen Ainul dan Imran
Nik & Fatma

Program ini diadakan sempena sambutan Tahun Baru Cina dan Majlis Perpisahan untuk Nik Fadly dan Wan Fatma Zuharah. Kepada Nik dan Fatma, selamat maju jaya dan terima kasih kerana banyak membantu kami sejak kami belum bertolak ke NZ.

1 comment:

  1. - Comment Deleted -

    Tuan/Puan Prihatin,
    Saya potong komen tuan/puan kerana mencerca orang lain. Semoga Allah swt beri kebaikan, keampunan dan taufik hidayah kepada kita semua.

    ReplyDelete