Handphone adalah menjadi kebiasaan kepada remaja, hatta kanak-kanak di Malaysia. Di NZ ia bukan suatu yang penting. Berdasar pemerhatian peribadi, remaja di NZ tidak mempunyai hanphone secanggih remaja Malaysia.
Baru-baru ini, kami berikan kepada Najmi handphone dengan talian '2degrees'. Najmi melompat suka menerima handphone tersebut. Dia kini bebas menghantar txt (sms) kepada keluarga di Malaysia. Cajnya agak murah, iaitu 9 sen/text dan 44sen/minit panggilan.
Handphone itu menyebabkan Najmi kini mempunyai talian terus dengan family di Malaysia. Ia telah menjadikan saya lebih berhati-hati untuk memarahinya kerana dikuathiri dia akan 'merepot' kepada Opah di Malaysia.. haha
hahaha... Najmi juga akan report kat opah jika papa selalu sangat pegi main badminton.. tu yang papa takut tu..hihihi
ReplyDelete