Monday, February 22, 2010

Tensi dengan RHB Bank

Hari Isnin ini, aku mulakan dengan perasaan geram dan ‘tensi’. Pagi-pagi ini aku nak buat pembelian bernilai RM 5050. Kami nak gunakan kredit kad tapi had limit hanya RM 5000 sahaja. Bank RHB ni pun satu jugak, bagi aku kredit limit RM 5000 je, mungkin sebab gaji ku yang dikategorikan sebagai berpendapatan rendah.

Tanpa malu-malu, aku telefon customer service bank RHB. Nak minta tambah had kredit sebanyak RM 100 supaya aku boleh buat pembelian tersebut. Mamat yang angkat telefon tu kata tak boleh, walaupun aku ada 2 kad (Visa dan Master), sebab combine limit RM 5,000.

Aku sound kat Mamat tu, 8 bulan lepas aku pernah beli tiket untuk balik Malaysia RM 13,000 pakai kat kredit tu, masa tu pegawai RHB tu Up kan kredit ku sampai 8,000 supaya boleh bantu aku beli tiket, manakala bakinya aku top-up cash dalam kad kredit tu. Aku respek kat customer service yang layan aku dulu, dia jujur bagitahu yang ‘dia tak ada authority’, tapi janji bila bos dia masuk office, ‘dia akan inform kat bos dia’. Bila bos dia masuk office, Dia call dan bantu aku sedaya upaya mereka. Aku ucap terima kasih pada customer service yang bersungguh-sungguh bantu dulu.

Kini segalanya berbeza. Hari ni aku punya ‘eksen’ turun merudum sebab Mamat tu ulang banyak kali yang aku punya ‘combine’ kredit limit hanya RM 5,000. Jagalah korang, lepas ni aku akan potong korang punya kad kredit (Visa dan Master), dan bila balik Malaysia nanti aku akan refinance rumah aku pakai bank lain ...

Kesudahannya, aku telefon Maybank mintak no TAC. Nasib baik walaupun belum subuh waktu Malaysia ada pegawai yang angkat dan bantu. Terima kasih. Tapi Maybank ni pun satu juga, setiap kali nak no TAC kena call diorang, kalau CIMB no TAC tu boleh hantar terus ke hanphone international...

Huh... tak lama lagi aku boleh jadi penganalisa kualiti perkhidmatan bank-bank di Malaysia... he he

2 comments:

  1. salam cik k..

    sy hanya smpaikan pesan shida.Dia kate dia tak leh bukak blog cik nie mgkin sbb virus.So, dia suh sy noted pd cik..;-)

    ReplyDelete
  2. eh no tag mbb2u ngan cimbclicks boleh dapat melalui sms rasanya. saya pakai no malaysia juga di sini, semata2 nak tag tu la

    ReplyDelete