Sunday, February 7, 2010

Main Sorok-Sorok

Permainan sorok-sorok (hide and seek) adalah satu permainan yang sangat menyeronokkan pada zaman kanak-kanak dahulu. Saya teringat kembali saat menyorok di atas pokok manggis. Walaupun tempat tersebut sudah dikira strategik, namun mungkin disebabkan saiz badan saya yang 'comel', saya begitu mudah di kesan oleh si pencari.

Ketika di sekolah menengah, beberapa orang rakan menyorok maklumat tempat tuisyen subjek Fizik dan 'Math Tambah'. Mereka takut rakan yang lain akan jadi pandai seperti mereka, selain dari kuathir tempat tuisyen akan menjadi penuh dan tidak selesa.

Ketika belajar di Universiti, seorang rakan perempuan menyorok ilmu pengetahuan walaupun dalam 'group discussion'. Dia hanya hadir untuk mengaut kefahaman rakan yang lain, tapi tidak mahu menyumbang apa-apa. Bila ditanya, dia lebih suka menjawab tidak tahu dan tidak pasti. Apabila 'permainan sorok-sorok' beliau dikesan, beliau akhirnya disingkirkan dari'group discussion' tersebut.

Sebenarnya, permainan sorok-sorok ini adalah satu realiti dalam kehidupan. Bukan kanak-kanak sahaja yang suka bermain permainan ini. Permainan sorok-sorok pelajar universiti, termasuklah pelajar peringkat PhD, jauh lebih menarik dan menggelikan hati. Masing-masing ada motif yang tersendiri untuk bermain sorok-sorok. Saya selalu nasihatkan para pelajar agar sentiasa berkongsi ilmu pengetahuan dan jangan sekali-kali kedekut dan suka menyorokkan ilmu pengetahuan. Ingatlah bahawa semua ilmu itu datang dari Allah swt dan DIA memimpin sesiapa sahaja yang ia kehendaki.

Saya ada soalan Quiz Hari ini: Wajarkah kita menyorok ilmu dengan orang yang suka menyorokkannya.

A. Sangat Wajar
B. Wajar
C. Saya tidak tahu
D. Tidak Wajar
E. Sangat Tidak Wajar

7 comments:

  1. ilmu yang disorok tidak akan ke mana. malah tidah rugi sekali pun kalau kita berkongsi ilmu dengan orang lain. hehe :)

    ReplyDelete
  2. Salam,
    Jawpan saya sangat tidak wajar. Kalau kita jugak menyorokkan ilmu macam si penyorok tu, so kita pun 2 X 5 ler jugak.. Hehehe..

    ReplyDelete
  3. aku dapat agak sapa yang kena singkir dr group discussion tu..terima kasih kerana sanggup mengajar aku dan Chris Subject Statistik dulu...aku lulus ,terima kasih byk2

    ReplyDelete
  4. main sorok2 mmg best...main dr pg smpai ptg pun x puas..smpai mak kata nanti klu kena sorok hantu br tau..ilmu jgn disorok..tp perlu diberi kpd org lain spy lebih berkat..krn ianya x akan berkurangan malah smkn bertambah

    ReplyDelete
  5. entri yg menarik teringat zaman2 stdy dr sek rendah smpi masuk u..mmg realiti kehidupan. Sy pernah slow talk ngn kawan yg suke wat keje nie smpi nangis2 dia lam makmal sains.Hahaha..kesian dia.Insaf tul muke dia ms tue..heheheh

    ReplyDelete
  6. Soalan quiz yg susah nak dijawab tapi mudah je sebenarnya....Org buat jahat, kita balas baik balik, mmg susah nak buat baik cuma kena ingat selalu yang Tuhan itu Maha Mengetahui dan Maha Adil. InsyaAllah akan ada rezeki ilmu baru untuk kita dengan cara yang tak pernah kita duga:)

    ReplyDelete
  7. Bukan hanya sewaktu kecil, belajar di sekolah mahupun universiti.. masa kerja juga berlaku hal 'sorok-sorok'. Ouh..

    Bila kita berkongsi ilmu, lagi banyak yang akan kita dapat :)

    ReplyDelete