Wednesday, February 3, 2010

Back to school

Najmi, Ainul dan Imran kembali semula ke sekolah semalam. Mereka sangat seronok untuk berjumpa dengan rakan-rakan dan guru-guru mereka. Saya menghantar Ainul dan Imran sehingga ke kelas. Maklumlah beg mereka agak berat kerana penuh dengan buku tulis. Tambahan pula semalam adalah hari pertama, jadi elok juga saya pergi beramah mesra dengan guru kelas mereka, selain dari menyerahkan semua buku tulis untuk disimpan oleh guru kelas tersebut. Oh.. ya, Imran baru sahaja melompat pindah ke kelas Ainul.


Najmi, Ainul dan Imran - Di hadapan pintu sekolah


Imran dan Ainul, duduk mendengar taklimat dari guru besar


Wajah Najmi sama seperti papa ketika kecil dahulu

Sebaik sahaja loceng berbunyi, semua murid berkumpul untuk perhimpunan. Berbeza dari kebiasaan, kali ini ia diadakan di luar dewan. Mungkin untuk menikmati cahaya matahari sempena musim panas ketika ini. Saya pulang sebaik sahaja perhimpunan selesai.

3 comments:

  1. Интересно, я даже и недумала об этом…

    ReplyDelete
  2. Selamat belajar Najmi, Ain & Imran!
    Eh, mcm mana Imran boleh lompat masuk kelas kakak?

    ReplyDelete
  3. hmm..betullah. najmi mmg fotostat papa dia. ainul mirip mamanya n imran combination u all berdua. interesting blog. firdaus beritau ttg blog ni

    ReplyDelete