Sunday, November 30, 2008

Conference of Corporate Governance

Tiga hari (27-29 Oktober 2008), saya dan deb menghadiri Conference of Corporate Governance. Ianya di adakan di Ground Floor, Rutherford House (iaitu dibawah Pejabat kami di Level 1). Programnya amatlah simple. Selepas mendapat fail, kami terus mengikuti Program yang dilaksanakan. Hadirannya datang dari pelbagai universiti dan pegawai tinggi kerajaan.



Tempatnya juga teramat sempoi iaitu di Dewan Kuliah sahaja. Bila saya tengok brochurenya bukan main banyak Sponsor, iaitu dari PWC, KPMG, Chapman Tripp, Ministry of Economic Development, New Zealand Institute of Charted Accountants (NZICA) dan juga Treasury. Namun yang datangnya bercakap semuanya hebat-hebat, iaitu Accountant General, Chairman Security Commission dan Timb. Perdana Menteri merangkap Minister of Finance and Infrastructure selain dari jemputan dari luar negara.



Bila saya intai lunch mereka, teramatlah simple iaitu sandwich dan Pizza sahaja. Ia jauh berbeza dengan seminar di Malaysia yang diadakan di Hotel yang bertaraf berbintang-bintang. Saya insafi diri bila melihat disiplin dan keazaman semua peserta untuk menghayati isu-isu yang dibahaskan tanpa sedikit komen tentang tempat atau makanan yang disediakan..

Thursday, November 27, 2008

Upah menukar minyak hitam

Upah menukar minyak hitam di Wellington sangat-sangat lah mahal. Kalau di Malaysia, ia dahulunya adalah sekitar RM 5.00 hingga RM 10.00 atau kadang-kadang diberikan percuma oleh mekanik atau tauke workshop tu. Di sini upahnya ialah NZD 35.00 iaitu lebih kurang RM 80.00. Duit NZ$ 35.00 tu boleh dapat beli kambing separuh atau 7 kilo ayam frozen.



Kos yang amat mahal telah menjadi sebab untuk saya belajar melakukannya sendiri. Sekarang ni saya dah boleh tukar sendiri minyak hitam tu. Jimatlah NZ35.00. Cuma sisa minyak tersebut tidak boleh di buang merata-rata. Jika tidak, masuk jail la jawabnya. Di Lower Hutt City, setiap tahun akan diadakan suatu hari untuk melupuskan bahan merbahaya seperti sisa minyak, racun, bateri, dll. Jadi terpaksalah tunggu hari itu untuk lupuskan semua bahan bahaya ini.

Wednesday, November 26, 2008

Day 8 (Finale) : Rotorua-Wellington

Hari ini ialah hari terakhir ekspedisi kami. Perasaan rindu pada rumah di Lower Hutt dan pejabat di Rutherford House mula timbul. Tambahan pula budget kewangan sudah sampai hampir mencapai limitnya. Namun bak kata pepatah Melayu, alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke lengan. Oleh sebab itu pagi-pagi lagi kami sudah bangun bersiap untuk perjalanan hari yang terakhir.



Ainul Skyline Gandola



Imran sungguh gembira


Selepas sarapan dan dan siap semua bekal, kami terus ke Skyline Gandola. Hujan rimis turun tidak mematahkan semangat kami. Kami menaiki Gandola terus ke puncak bukit. Dari situ kami sekeluarga memandu luge turun ke bawah bukit. Najmi memandu sendirian, sementara Ainul dan Imran bertukar-tukar menumpang saya dan deb. Ianya seakan-akan memandu go-kart, tetapi bezanya ialah ia tidak berenjin dan menuruni bukit yang curam.



Papa & anak-anak



Tak sabar nak mencuba luge


Apabila tiba di bawah bukit, kami terpaksa menaiki chair-lift. Masa itu, saya simpankan perasaan gayat jauh-jauh didalam hati supaya Imran tidak panik. Ianya agak menakutkan juga kerana ia amat berbeza dengan Gandola yang tertutup dan selamat. Hati saya amat takut kalau Imran panic dan melompat turun dari chair-lift ini.



Najmi suka sangat memandu Luge



Begitu juga dengan Imran & Ain


Walaupun Imran dan Ain agak takut menaiki chair-lift ini, ia hilang dek keseronokan memandu luge. Bila saya beritahu Ainul dan Imran, jika mereka memandu luge turun dari bukit, mereka terpaksa naik menggunakan chair-lift. Mereka tetap mahu juga. Akhirnya pada hari itu, kami sekeluarga bermain luge sebanyak tiga kali, dengan erti kata lain, tiga kali juga kami menaiki chair-lift untuk naik ke atas semula.



Amat menggayatkan. Tiada tempat letak kaki OO. Kalau anak lompat bawah Camna



Bila dah turun sungguh lega...


Tempat-tempat lain di Rotorua kebanyakannya kami sudah lawati. Kecuali beberapa tempat seperti Agrodome dan Te Puai, yang ini kami reserve untuk tahun-tahun yang akan datang. Dalam perjalanan pulang kami singgah sebentar di Mud Pool. Saje je nak refresh memory.



Mud Pool



Bau Busuk makin menjadi-jadi bila hujan



Imran tertanya-tanya "Bagaimana lumpur ini boleh menggelegak?"


Lebih kurang pukul 6.30 petang kami tiba di Lower Hutt. Berakhirlah sudah percutian selama 8 hari 7 malam kami di North Island. InsyaAllah ada rezeki, musim panas tahun depan boleh pergi jalan ke South Island pulak. He he . Persoalannya adakah ongkosnya, masanya dan Nissan Bluebird kesayangan kami mampu menghadapinya.


Sekian... Sekarang ni tengah sibuk menjalankan kerja-kerja yang menimbun selepas sekian lama meninggalkan Office. Esok sampai Sabtu akan pergi Seminar Corporate Governance...

Tuesday, November 25, 2008

Day 7: Orere Point-Thames-Coromandel-Rotorua

Selepas bersarapan pagi, kami bergerak dari Orere Point ke Thames dengan menyusuri jalan pantai. Cuaca ketika itu sangat panas. Auckland sememangnya sangat panas jika di bandingkan dengan Wellington. Pemandangan laut sepanjang pantai sangat menarik, namun kami memecut laju ke Thames. Kami tidak sabar untuk memulakan ekspedisi menjelajah Coromandel Peninsular yang bermula dari bandar Thames.



Sarapan pagi



Anak teruna kami dah pandai posing


Selepas I jam memandu, kami tiba di bandar Thames dan kemudiannya terus bergerak ke Coromandel. Kereta Nissan Bluebird kami menyusuri tebing-tebing laut. Saya tidak dapat menikmati pemandangan indah tersebut kerana terpaksa focus pada pemanduan. Namun Deb dan anak-anak enjoy menikmati pemandangan indah. Kadangkala mereka gayat bila mana kerete terlampau hampir dengan tebing laut. Bagi saya, secara peribadi saya lebih sukakan Bay of Islands dari Coromandel Peninsular.



Inilah di Waiau Waterworks



Racing siapa lagi jauh



Apa nama permainan ni entah ?



Jam ini digerakkan oleh sistem air


Selepas berehat sebentar di Coromandel, kami membawa anak-anak ke Waiau Waterworks. Tempat ini sebuah taman yang penuh dengan pelbagai benda/permainan yang berasaskan kepada teknologi air. Walaupun barang-barang ini dibuat dari kayu atau barang terpakai, kebijaksanaan penciptanya jelas kelihatan. Setiap barang yang dihasilkan akan di susuli dengan maklumat sains tentang teknologi yang berkaitan. Najmi, Ain dan Imran begitu excited mencuba benda-benda yang ada di situ.



Najmi mengayuh basikal terbang



Bermain perang air


 


Kami sempat makan tengahari dan berkelah di Waiau Waterworks. Peluang berkelah di tepi sungai ini dituruti dengan upacara mandi-manda. Suka yang amat sangat Najmi, Ainul dan Imran dapat mandi di Sungai. Tahu sahajalah apabila budak-budak jumpa air…



Main buai sebelum terjun sungai di belakang



Menyejukkan dan menyegarkan badan


Selepas puas di Waiau Waterworks kami terus bergerak turun ke Rotorua. Perjalanan kali ini jauh dan lama. Jadi untuk bersembahyang amat senang sahaja. Berhenti sahaja di mana-mana tempat rehat. Bentangkan tikar dan keluarkan kompas. Kalau nak cari masjid atau surau memang tiada kelihatan… 



Mandi Jakuzi pula kat Rotorua



Tidur kepenatan


Kami mempunyai dua option iaitu untuk tidur di Rotorua atau Taupo. Berdasar pengalaman lawatan ke Taupo dan Rotorua yang lepas. Saya memilih untuk menginap di Rotorua. Sebab ianya lebih murah dan bilik motel siap dengan jakuzzi. Selain itu, udara yang berbau sulfur juga baik untuk kesihatan. Malam itu, kami makan malam dengan ikan Salmon yang dibeli di PakNSave Rotorua. Tiada ayam atau daging halal dijumpai di Rotorua.

Sunday, November 23, 2008

Day 6 - Hole in the Rock

Hari ke 6 cuti-cuti kiwi ini kami isi dengan melawat sekitar Bandar Paihia dan menaiki cruise ke Hole in the Rock. Kami juga berkemas untuk ke destinasi seterusnya iaitu Coramandel Peninsular. Kami menaiki cruise Great Insight untuk melawat ke Cape Brett-Hole in the Rock pada pukul 9.15 pagi. Ain dan Imran dikecualikan dari membayar tiket. Alhamdulillah selamat sikit duit.



Jeti Paihia, sedang tunggu Papa beli tiket



Saya kena bayar, Imran & Ainul percuma



Adakah aku akan mabuk laut.


Kami berhenti sebentar di bandar Russel untuk mengambil penumpang dan kemudiannya bergerak menuju ke Hole in the Rock yang berada di tengah lautan. Sepanjang perjalanan, feri kami berhenti lebih kurang di setiap tempat tempat menarik. Antara yang paling disukai oleh Najmi, Ainul dan Imran ialah melihat dolphin liar bermain-bermain. Mereka meluangkan masa melihat dolphin sambil duduk di depan feri tersebut. Dalam masa yang sama, pemandu feri memberikan penerangan tentang dolphin itu.




Bergerak meninggalkan bandar Paihia

 alt=

Bergurau mesra.. Jangan jatuh dari Feri sudah lah

Tempat yang paling menarik yang ingin menjadi tarikan ialah Hole in the rock. Ia merupakan suatu gua besar yang berada di tengah lautan. Hole in the Rock ini amat menarik perhatian saya deb, tetapi bukan Najmi, Ainul dan Imran. Mereka lebih suka melihat dolphin. Dalam perjalanan pulang ke Paihia, kami dibawa melawat Black Rock, kawasan batu-batu hitam di tengah laut yang terjadi akibat gunung berapi. Ianya sangat unik.




Imran dengan senyuman ala-ala Abang Hamdi (cousin)


Dolphin bermain sekitar feri



Asyik melihat dolphin




Posing di Hole in the Rock


Deb dan anak-anaknya di Hole in the Rock


Kami tiba semula di pelabuhan pada pukul 12.30 tengahari. Selepas berehat sebentar kami bergerak turun ke destinasi seterusnya iaitu Orere Point. Hari sebelum itu, kami menerima jemputan dari dari Suhaimi dan Asiah yang tinggal di Albany, North Shore. Terima kasih Suhaimi dan Asiah. Untuk tidak menghampa mereka dan untuk menjalinkan silatur-rahim, kami singgah sebentar di rumah mereka. Rumah mereka sungguh cantik dan berada dikawasan orang kaya-kaya. Saya sempat mengusik Suhaimi, inilah rumah pelajar Malaysia yang paling cantik yang pernah saya temui.



Inilah peta dan tempat yang kami lawati



Kelab wanita sedang bergambar



Inilah rumah Suhaimi & Asiah. Besar tak?

Terima kasih atas jemputan dan layanan mesra.

Lebih kurang pukul 7.00 petang, kami meneruskan perjalanan ke Orere Point untuk bermalam dan berehat. Esoknya kami akan menyusuri jalan pantai dari Orere Point ke Thames, Coromandel dan seterusnya ke Rotorua.

Saturday, November 22, 2008

Day 5: Cape Reinga - Pertemuan Dua Lautan

Pada pukul 6.oo pagi kami bertolak ke Kaitaia, iaitu bandar terakhir di North Island. Dari situ, kami ke menaiki bas pelancong untuk ke Cape Reinga (titik paling hujung di utara New Zealand). Dalam perjalanan, kami singgah melawat ke bekas Gumdigger site, di mana suatu ketika dahulu pendatang Yugoslovakia menggali Gum yang dihasilkan oleh pokok Kauri yang tertanam beribu-ribu tahun di dalam tanah. Pokok Kauri ini hanya terdapat di bahagian Northland, New Zealand sahaja. Ia merupakan suatu bahan yang beharga dan banyak kegunaannya. 



Bandar Kaitaia ke Cape Reinga lebih kurang 100 km




Menunggu bas pelancong tiba


Posing di Gumdiggers Park


 


Kami juga singgah di Rarawa Beach di mana pasirnya adalah dari bahan silika putih. Warnanya sangat putih dan nak buka mata pun sangat susah. Dahulu, silika ini di ambil untuk membuat kaca bermutu tinggi. Pemandu bas (bernama Bobby) sentiasa memberikan penerangan tentang sejarah dan aktiviti masyarakat di sepanjang laluan menuju ke Cape Reinga. Sesekali beliau menyanyikan lagu Maori untuk menghiburkan kami.. Sepatah pun liriknya kami tidak fahami. Ha ha ...




Rarawa Beach- Tak boleh nak buka mata


Cape Reinga: Pertemuan dua lautan



Family Photo ke light house Cape Reinga




I was here at the northest point in New Zealand

Pada pukul 12.00 tengahari, kami tiba di Cape Reinga. Terdapat sebuah rumah api sebagai mercu tandanya. Perjalanan ke situ amat membosankan selain dari terpaksa melalui jalan tidak berturap sejauh 20km terakhir sebelum tiba di sana. Namun ianya sangat-sangat berbaloi. Tempatnya sungguh mempesonakan. Dari rumah api Cape Reinga, kami dapat menyaksikan pemandangan yang tersangat indah, iaitu pertermuan dua lautan. Jelas kelihatan arus pertemuan Tasman Sea dan South Pacific Sea. MasyaAllah. Sungguh indah pemandangan itu. Mungkin disebabkan itu, orang Maori percaya bahawa roh nenek-moyang mereka berlepas ke alam lain melalui kawasan petemuan dua lautan tersebut.


 



Perjalanan ini sentiasa menyebabkan saya lapar.



Mendaki Sand Dunes


Kemudiannya kami dibawa ke Sand Dunes, iaitu sebuah gunung pasir halus. Kawasan ini hanya boleh dimasuki dengan kenderaan 4X4 atau pemandu bas professional. Di sini kami bermain luncur menggunakan sled (upih pinang) seakan-akan bermain-main salji, tapi kali ini meluncur pasir yang sangat halus. Najmi, Ainul dan Imran seakan-akan tidak mahu pulang dek keseronakan bermain.




Imran jatuh TERGOLEK, namun gembira


Best, macam pergi main snow kat Turao, Mount Ruapehu



Family Photo kat 90 Mile Beach


Perjalanan pulang ke Kaitaia melalui pantai 90-mile Beach sangat menarik kerana bas bergerak melalui pasir sepanjang pantai. 90-Mile Beach ialah pantai yang sangat cantik dan hanya boleh dilalui oleh bas atau kenderaan 4x4. Sesekali di luar tingkap bas, kelihatan sisa kenderaan yang terperangkap di dalam pasir atau pasir jerlus di situ.




Najmi di 90 Mile Beach


Batang pokok Kauri yang ditebuk untuk dijadikan tangga



Perabut dari pokok Kauri


Akhir sekali, kami singgah di Kauri Kingdom, tempat jualan hasil-hasil dari pokok Kauri. Selain dari perabut, terdapat juga batu-batu permata dan hiasan yang dibuat dari gum yang keluar dari pokok Kauri. Pada pukul 5.00 petang, bas kami tiba di bandar Kaitaia dan kami kemudiannya memandu pulang ke Bay of Islands. Malam itu, kami tidur kegembiraan dalam kepenatan. InsyaAllah, jika ada izin Nya sebelum pulang ke Malaysia suatu hari nanti, ingin sekali lagi kami melawat Cape Reinga dan menyaksikan keindahan alam ciptaanNYa.