Monday, March 31, 2008

Terima Kasih Cik 'Dan'

Kami baru sahaja menerima bungkusan dari Malaysia. Terima kasih kepada Mak, Abah, dan terutamanya Cik 'Dan' kerana bersusah payah membeli dan mengeposkan pelbagai barang untuk Najmi, Ain dan Imran. Semuanya Cik 'Dan' (nama sebenarnya Mohd Azlan- adik saya yang ke 5, sedang belajar di UUM) lakukan pada cuti Tahun Baru Cina baru-baru ini.



Najmi dan Imran tak sabar nak buka



'Sea Mail' Pos Malaysia lebih murah


Alhamdulillah semua barang tersebut telah pun selamat sampai. Cik 'Dan' poskan pada 14 Februari 2008 melalui 'jalan laut' sebab cajnya lebih murah. Bagi setiap 20kg kosnya ialah RM98.10 sahaja. Masa yang diambil antara 1 hingga 6 bulan. Untuk pengiriman kali ini, kami terimanya pada 1 April 2008 (iaitu lebih kurang 1 bulan setengah sahaja)..

4 comments:

  1. Assalamualaikum...

    En K..
    Wah..seronok nampak Imran dan Najmi terima bungkusan tu hehhehe

    Bertuah depa dapat atuk, nenek dan pakcik yang sangat prihatin dan sayangkan mereka...
    Semoga diberi kekuatan di rantauan..;)

    ReplyDelete
  2. terima kasih pada Cik Dan juga....

    ReplyDelete
  3. Huda & Bel
    Terima kasih, Depa memang suka sangat kalau dapat apa-apa bungkusan. Nanti saya bagikan alamat rumah ya .. ha ha..

    ReplyDelete
  4. Salam ziarah.. Ingin berhijrah dari yang nakal kepada yang lebih baik.. harap sokonglah saya..

    ReplyDelete