Monday, March 3, 2008

Rugby vs. Cricket

New Zealand terkenal dengan kedua-dua sukan ini. Siapa yang tidak tahu pasukan Rugby New Zealand "All Black". Ianya begitu popular walaupun prestasi agak kurang memuaskan baru-baru ini. Bagi pasukan Cricket New Zealand, ia memang hebat di arena antarabangsa. Pasukan Black Caps memang sangat terkenal dan mempunyai ramai pemain-pemain yang bagus. Selepas bersekolah selama 4 bulan, Najmi telah mencuba ke dua-dua permainan ini. namun Najmi lebih sukakan Cricket. Bila di tanya berkaitan Rugby, dia berkata "Saya tidak minat, Main Rugby ini sakit, Nanti kawan-kawan tolak".




All Black

Ingatkan Najmi nak main Rugby

Namun kini perkara yang lain berlaku. Selepas habis waktu sekolah, Najmi akan bermain sekejap bola sepak bersama-sama kawan-kawannya. Minggu lepas, dia membawa balik 'Brochure' Naenae Soccer Club. Dia ingin menyertai kelab tersebut. Saya diamkan sahaja - seakan-akan tidak setuju. Mana tidaknya saya kaki bangku. Lagipun ianya bukannya percuma. Saya kena membayar Yuran kelab tersebut.




Blackcaps

Atau pun bermain Cricket

Tetapi.. kini... keputusan itu seakan-akan berubah. Setiap kali datang mengambilnya dari sekolah. Saya sentiasa melihat Najmi bermain bola sepak bersama-sama kawan-kawannya. Bukannya Najmi pandai dan fit sangat, tapi dia begitu meminati sukan yang tiada masa depan di Malaysia. Bila ditanya "Do you want to join the Soccer Club". Najmi dengan pantas akan menjawab "Yes, I want ", "I want to be a goalkeeper". Ahhh !!! Posisi yang tidak glamour. Namun saya akan terus menyokongnya.

4 comments:

  1. Jadi goalkeeper pon glamer jugak.. oliver kahn, casillas, peter cech, chilavert dan lain2 lagi.

    p/s- saya tak main bola tapi saya suka tgk org main bola =)

    ReplyDelete
  2. sebenarnye bola sepak boleh popular di malaysia
    tapi kalau dah semua nak dipolitikkan, lain jadinye
    bayangkan ranking malaysia lebih rendah daripada palestin yang berperang nun...ish

    ReplyDelete
  3. Zen & Payat

    I have to change the plan.

    ReplyDelete
  4. i dont watch football, i watch the footballer instead.hehe;p

    ReplyDelete