Tuesday, March 4, 2008

Rugby vs Cricket (2)

Saya menghubungi Naenae Soccer Club untuk membuat beberapa pertanyaan berkaitan dengan latihan dan keperluan lain. Maklumat yang didapati ialah terdapat sesi latihan mingguan. Selain itu, mulai 12 April, setiap hari Sabtu akan di adakan perlawanan dengan kelab-kelab lain. Perlawanan mungkin akan di adakan di Home ground atau tempat lain seperti Eastbourne, Stock Valley dan beberapa tempat lagi. Saya terkejut, budak-budak ini baru berumur 7 tahun.





NZ Airforce

Saya berfikir samada untuk meneruskan kehendak Najmi atau pun tidak. Wang bukanlah faktornya. Saya boleh berusaha mencarinya. Namun kekangan utama ialah masa. Saya dan deb memang kedua-duanya sangat sibuk. Mampukah saya menghantarnya ke latihan dan ’weekly game’. Selepas pening memikirkannya, saya terpaksa mengecewakan Najmi.





Eastbourne

Saya tidak tahu bagaimana untuk memberitahu Najmi. Saya tidak mahu mengecewakannya. Namun saya juga takut lebih banyak mengecewakannya nanti bila tidak dapat menghantarnya untuk training dan weekly game. Saya tertekan. Saya ingin memberitahunya, tetapi saya lihat dia sedang makan. Saya tunggu ia selesai makan (takut hilang seleranya). Selepas makan saya memberitahunya. Najmi menerimanya walaupun sedih. (Dalam hati saya ... Ahhh!! Papa minta maaf Najmi).





Mount Victoria

Saya cepat-cepat bertanyakan samada dia mahu PS2 game yang baru atau tidak. Dia mengangguk. Pada petang semalam juga, saya membawanya ke kedai PS2, dia memilih 2 games iaitu Sponge Bob untuknya dan Imran dan Simpson untuk Ain.

3 comments:

  1. Khairul,
    Itulah yang dinamakan situasi menang-menang.

    ReplyDelete
  2. ka,
    teknik win-win tu mmg betul mcm kata halim.. kalau anak aku minta gula2 aku selalu cakap "muaz tak boleh selalu sangat makan gula2, nanti gigi cepat rosak. Abah beli roti nak?" yg penting mesti ada alasan yg munasabah untuk menolak permintaan mereka.

    ps: tapi jiran aku suka betul bagi gula2 kat anak2 aku. Akhirnya abah jugak yg kena abiskan!!

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum..

    En K..

    Emm...susah juga ya nak jelaskan kat anak-anak...byk guna psikologi...Lebih2 lagi dengan budak2 sekarang yang sangat cerdik dan bijak2 belaka...wahh...satu cabaran untuk ibu bapa sekarang...

    ReplyDelete