Epuni Kindergarten menganjurkan lawatan ke War Memorial Library. Semua kanak-kanak ditemani oleh bapa/ibu masing-masing menaiki bas yang disediakan. Saya membawa Ain dan Imran bersama-sama. Sebenarnya mereka sudah selalu datang ke Library ini. Saya akan membawa mereka ke Library ini setiap hari Isnin untuk meminjam buku atau DVD. Di sini bagi semua DVD kanak-kanak, tiada sebarang caj dikenakan. Jadi, saya selalu meminjam lebih kurang 6-8 buah DVD untuk hiburan anak-anak di rumah. Kalau di Malaysia, ada Astro.. Di sini kami terpaksa berjimat cermat..(ha ha).
(Persembahan dari Librarian)
(Taman di Luar Library)
Perkara yang menarik berkaitan dengan lawatan ini ialah semua kanak-kanak di hiburkanoleh persembahan dari 'Librarian'. Dia bercerita, membuat persembahan 'puppet', menanyi dan menari bersama kanak-kanak tersebut. Ain dan Imran amat terhibur. Selepas habis lawatan tersebut. Mereka bermainan sebentar di Taman Permainan tidak jauh dari Perpustakaan tersebut. Selepas bermain kira-kira 1 jam, kami pulang semula ke kindergarten.
En. K,
ReplyDeletekemudahan2 spt library ni sangat2 diperlukan di Malaysia. Library di Segamat terletak di Segamat Baru. kak ani tak tahu apa fungsi library tu kerana publisiti mengenainya tak ada. buku2 yg adapun tidak memberangsangkan. Rasanya duit utk hiaskan tepi jalan/divider jalan lebih eloklah disalurkan ke library agar lebih ramai orang berminat utk ke sana.
wahh..menariknya en.K...bertuah Ain dan Imran dapat pi sana..kalau kat Malaysia sangat kurang buku-buku di Library..emm..entahlah..sepatutnya budaya membaca menjadi keutamaan pada zaman sekarang...
ReplyDeleteHuda & Kak Ani,
ReplyDeleteDi sini library itu memang banyak. Contohnya di Hutt City (macam di Majlis Daerah Segamat), setiap satu tempat (kawasan) mesti ada library. Jadi kami boleh pinjam buku/DVD dari semua library di Hutt City. Selain itu banyak juga 'learning software' e.g reading, science, math, ...dalam bentuk CD untuk pelajaran anak-anak. Jadi kalau nak software tersebut tak payah beli. (Jimat sedikit)
Yang menariknya juga ialah terdapat section untuk kanak-kanak. Kalau bising pun tak apa. Pada hari tertentu ada reading time, game dan banyak lagi.