Allah swt mengaturkan segalanya. Setahun yang lepas, saya menghantar surat memohon cuti tanpa gaji selama tiga tahun bagi mengiringi isteri melanjutkan pengajian di New Zealand. Selepas itu pula, surat pengunduran diri dari jawatan Ketua Program B.Acc(Hons). Saya berlepas meninggalkan KLIA dengan keadaan penuh ketidakpastian tentang masa depan. Saya serahkan kepada Nya.
Hati ini penuh keinginan untuk turut melanjutkan pengajian. Namun apa kan daya. Selepas semua urusan keluarga di New Zealand selesai. Saya mengambil peluang untuk bekerja secara part-time. Tujuannya tidak lain dan tidak bukan untuk mengumpul sedikit wang bagi membayar yuran dan menampung perbelanjaan keluarga. Nasihat dari mak, abah, mertua serta Prof. MKI agar sentiasa bersabar, bersembahyang dan berdoa memohon kepada Nya, tidak saya lupakan. Saya tidak berhenti berdoa memohon dari Nya.
Saya sangkakan hujan sampai ke petang, rupa-rupanya Cerah ditengah hari. Alhamdulillah, Allah memakbulkan doa hambaNya. Deb menerima AnugerahNya dua bulan yang lepas. Walaupun saya sedih dalam gembira, namun tiba-tiba Allah swt menganugerahkan peluang untuk melanjutkan pengajian kepada saya - Anugerah(2). Dan semalam, tanpa disangka-sangka saya menerima satu lagi anugerah, iaitu kenaikan ke gred perkhidmatan yang baru.
Saya panjatkan setinggi kesyukuran ke hadrat Allah swt. Saya berdoa ”Ya Allah Ya Tuhanku, Ampunkan dosaku, dosa ibu-bapaku, dosa datuk nenek moyang ku, dosa isteri ku, dosa ahli keluargaku dan seluruh muslimin dan musliman. Ya Allah Ya Tuhanku, Aku bersyukur atas segala nikmat yang telah engkau berikan. Kau tambahkanlah rasa syukur di hati ku. Ya Allah, Ya Tuhanku, Masukkanlah aku dalam golongan hambamu yang sentiasa mensyukuri rahmatMu... Amin Ya Allah.”
Di sini saya ingin mengucapkan setinggi terima kasih kepada Prof. Dr. Mustaffa, Prof. Dr. Ibrahim Kamal, Prof. Dr. Normah, Prof. MKI, Prof. Madya Omar Samat, Prof. Madya Zaluddin dan semua (bekas) Pengarah UiTM Johor, Timbalan-Timbalan Pengarah HEA/HEP UiTM Johor dan semua pensyarah serta kakitangan yang sentiasa memberikan sokongan dan dorongan dalam saya menjalankan tugas. Hanya Allah swt yang dapat membalas jasabaik Prof./Prof Madya/Tuan/Puan/Cik.
Kepada Mak, Abah, Ma, Abah dan seluruh ahli keluarga. Terima kasih kerana sentiasa mendoakan keselamatan dan kebahagiaan kami sekeluarga.
To KA & Deb...
ReplyDeleteTAHNIAH!!!
Semoga sentiasa tabah, success & gembira....
Best regards
Assalamualaikum..
ReplyDeleteEncik K dan Puan Wan..
Tahniah..sangat2..
Sesungguhnya Allah sangat mengasihi hambaNYA dan Allah selalu mendengar rintihan dan doa hambaNYA..apa yang penting kita hendaklah selalu berdoa moga2 Allah sentiasa memberkati kita..semoga encik K dan puan wan sentiasa tabah dan berjaya di perantauan...:)
Congrats....
ReplyDeleteSaya pun dapat juga, tapi dekan suruh saya reject.... (dalam kebingungan!!!)
Khairul,
ReplyDeleteTahniah diucapkan. Semoga semua ini menambahkan lagi keyakinan terhadap kekuasaan Allah SWT.
Wan Razz
ReplyDeleteTerima Kasih banyak-banyak.. Lama tak dengar berita. Bila nak berlepas ke sini.
Huda,
Terima kasih Huda kerana selalu mendoakan saya dan Pn Wan
Intan,
Tahniah dan Sembahyang Istikharah lah ..
En. Halim,
Terima kasih, InsyaAllah, Allah akan memberikan yang terbaik kepada En. Halim juga, Terima kasih juga kerana selalu memberikan nasihat kepada saya.
Assalamualaikum
ReplyDeleteSebak hingga menitiskan airmata membaca bait2 doa.
Terasa kerdilnya diri ini....
Tahniah KA...
ReplyDeleteSemoga berbahagia dan sejahtera hendaknya...
Tahniah..Alhamdulillah! Selalulah bersyukur semoga dalam jagaan dan rahmatAllah.. Mudah-mudahan Allah akan sentiasa memudahkan segala urusan. Insya-Allah.
ReplyDeleteTahniah to you and of course Deb too...Nadzri pun dapat...muga Allah murahkan rezeki kita ye...
ReplyDeletekongrats encik.
ReplyDeletewah..untung najmi,ain dan imran..
parents mereka bakal doktor;)
puan wan..lama tak dengar berita~~
hope e'thing goes well.
encik..nanti kami buat trip visit encik sefamily di tanah kiwi ye.
tungggu~
*tengah save duit*
Assalamualaikum Abg Khairul,
ReplyDeleteAlhamdulillah, tahniah buat Abg dan family. Kami turut gembira. Kita terserempak di kedai halal meats Sabtu lepas. Kalau ada kelapangan boleh lah emel saya... :) InsyaAllah jumpa lagi!
Maaf, tertinggal, ini emel saya: raizan.rahmat@gmail.com
ReplyDeletewah tahniah...
ReplyDeleteSyah, Abah&Ma (KB) Mulan, Rehan, Raizan, Fazli
ReplyDeleteTerima kasih atas ucapan Tahniah tersebut. Saya doakan agar kita semua beroleh rezeki yang halal lagi berkat.
Wati,
Saya terdengar nasihat dari Imam(khatib) di NZ. Dia mengatakan dia tersilap selama ini. Dia hanya berdoa untuk menyelesai masalah yang besar atau tujuan yang besar sahaja. Sebenarnya Allah Maha Mendengar dan Suka Apabila MakhlukNya selalu meminta dari NYa. Oleh itu, ia menyarankan semua Jemaah agar sentiasa berdoa dan meminta dari Allah swt walaupun ianya perkara yang sangat kecil.
Raizan,
Salam perkenalan dan Semoga bergembira di NZ. InsyaAllah nanti saya akan kenalkan dengan sahabat2 dari Malaysia, Singapura dan Indonesia. Nanti kalau ada program nanti boleh join. Jemputlah datang ke rumah kami ..
Rehan,
Kumpul Jangan Tak Kumpul..
Mulan,
Tahniah untuk Nazri juga,,
Abah & Ma
Selalulah doakan keselamatan dan kebahagian kami ..
Alhamdulillah & tahniah..
ReplyDeleteAllah maha pengasih & pemurah. Setiap hambaNya telah ditetapkan dengan rezeki yang bersesuaian. Teruskan berusaha & berdoa.
BarakALLAHu lak
ReplyDelete" Dan kepunyaan Allahlah segala yang ada pada malam dan siang hari. Dan DIA Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui" ( Al Anaam:13 )
Tahniah la Rul...
ReplyDeleteJumpa di sana,......
Rock, Zamry and Halim.yj
ReplyDeleteTerima kasih atas sokongan dan doa kawan-kawan. Sama-samalah kita berdoa dan berserah padaNya.