Saturday, March 22, 2008

Perhimpunan

Sudah 2 kali saya menghadiri perhimpunan di sekolah Najmi. Ibu bapa dijemput hadir pada hari Jumaat (pukul 2.30 petang) setiap dua minggu sekali. Saya mengambil peluang terus ke perhimpunan tersebut sebaik sahaja selesai sembahyang Jumaat. Kali pertama saya menghadiri perhimpunan ini ialah sebulan yang lalu. Saya menerima 'newsletter' dari sekolah yang mengatakan perhimpunan pada hari tersebut akan dikendalikan oleh kelas Najmi iaitu kelas 'Ablaze'. Di sini, banyak perkara yang sangat menarik berkaitan dengan perhimpunan tersebut yang ingin saya kongsikan.


Pertama kali perhimpunan tersebut di kendalikan oleh para-pelajar yang berumur 7 tahun. Majlis di acarakan secara bergilir oleh pelajar dari kelas Ablaze. Peralatan PA System, Notebook dan LCD Projector pula dikendalikan oleh pelajar yang lebih senior. Kelas di mulakan dengan nanyian pelbagai lagu. Para pelajar dan guru-guru menyanyi sambil 'menari' gembira. Mereka bukan menyanyi lagu kebangsaan New Zealand tetapi lagu-lagu motivasi seperti 'Kiwi Kids' dan 'Individuality',


Selepas itu, pelajar-pelajar kelas Ablaze berkongsi pengalaman pembelajaran mereka di dalam kelas. Kemudiannya mereka membacakan satu puisi bertajuk 'Glad to be Me'. Mereka juga menyampaikan nasihat kepada rakan-rakan yang lain. Selepas itu, upacara penyampaian hadiah. Pelbagai kategori hadiah di berikan. Namun ianya jauh bebeza dari Malaysia kerana di Malaysia hadiah diberikan bukannya kepada pelajar yang pintar sahaja (mendapat nombor 1, 2 dan 3). Di sini hadiah diberikan kepada pelajar dengan pelbagai kategori (sebab) tersendiri seperti "Always raise hand in class", "Improve writting skill", "Always wearing hat outside class" dan pelbagai hadiah lagi. Pada pendapat saya semua pelajar akan menerima hadiah bila tiba masanya. Selain itu yang menariknya juga, Ia hanya mengambil masa 30 minit sahaja kerana sesi persekolahan akan tamat pada pukul 3.00 petang. Guru besar hanya bercakap selama 3 minit sahaja, yang selebihnya ialah nasihat oleh sesama pelajar.


Berkaitan dengan hadiah. Selalunya pelajar akan menerima buku ataupun sijil bersaiz kecil (saiz A5). Namun ianya cukup mengembirakan para pelajar. Pelajar akan berdiri menghadap kesemua rakan-rakan yang lain sehingga semua hadiah disampaikan. Hadiah juga tidak di 'wrap' cantik seperti di Malaysia. Penghargaan dan pengiktirafan kepada semua pelajar tanpa berasakan kepintaran ini menyebab semua pelajar tidak berasa di"diskriminasi"kan dan sentiasa berminat untuk ke sekolah.


Jumaat lepas saya menghadiri perhimpunan sekolah sekali lagi, tetapi kali ini ia dikendalikan oleh pelajar berumur 8 tahun iaitu kelas 'Rising Star'. Selepas menanyikan lagu "Reaching the Star', setiap pelajar membawa objek berbentuk bintang. Mereka memperkenalkan diri dan menyatakan apakah 'kehebatan' masing-masing. Ada yang mengatakan mereka hebat di dalam 'swimming', 'painting', 'horse riding', 'singing' dan banyak lagi. Saya percaya ini baik untuk membina 'self esteam' setiap pelajar.


Pada perhimpunan kali ini, Najmi menerima hadiah sebuah buku disebabkan "konon-konon"nya menunjukkan "Showing High Interest in Math'. Ia merupakan hadiah yang ketiga di terima oleh Najmi sejak 3 bulan bersekolah di situ. Dua minggu sebelum itu, Najmi mendapat hadiah 'Button' yang tertulis "Epuni Primary School Proud of You'. Apabila saya tanyakan kenapa mendapat 'Button' ini. Najmi mengatakan dia mendapatnya disebabkan "For Being Good and Responsible". Najmi bangga kerana hanya dia dan Zara mendapat "Button" tersebut. Saya percaya semua pelajar akan mendapatnya 'bila tiba masanya'. Pada Disember tahun lepas, Najmi mendapat hadiah "For Settling Well in Fireflies". Saya sentiasa berdoa kepada Allah swt agar Najmi, Ain dan Imran sentiasa gembira di sini.

3 comments:

  1. wah dapat bayangkan...
    bestnye...hehe

    ReplyDelete
  2. Sistem seperti ini masih ada di sekolah-sekolah Inggeris di Malaysia. Masa saya sekolah dulu pun (di SRK Convent Kota dan SM Convent) macam ni juga. Pelajar menguruskan perhimpunan (selalunya darjah 4 ke atas). Setiap kali perhimpunan, ada sesi baca poem, riddles, story telling dan juga beberapa hadiah. Bila tiba hari ibu etc. pelajar akan membuat kad ucapan untuk ibu dll. Cuma agak rugi rasanya cara seperti ini tidak dipraktikkan di sekolah kebangsaan di Malaysia.

    ReplyDelete
  3. waaa..memang menarik la..

    ReplyDelete